Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

BERFIKIRAN NEGATIF PUNCA GEMUK

Assalamualaikum...



Dipetik dari dailymail.co.uk..
ketika fikiran negatif menyelimuti diri anda,
Anda akan cenderung untuk mengambil maknaan yang
diawet atau makanan ringan
Sedangkan ketika Anda merasa optimis dan berfikiran positif,
Anda cenderung mengambil makanan sihat..

Bila kita putus cinta ke,,
kita tengah marah ke..
kita sakit hati
memang biasanya kita akan makan je..
Selalunya kita tengok kat tv
bila orang putus cinta dia tak lalu nak makan..
tv memang menipu je..
orang yang tak lalu nak makan ni
sebab dia sakit je..
kan??

Bila pikir2 balik..
tengok orang gemuk tu..
maknanya dia tu selalu berfikiran negatif la kot..
kan???

sekian...


10 GAMBAR FENOMENA AURORA BOREALIS

Assalamualaikum..
Aurora Borealis adalah kejadian alam yang cantik di langit malam di Kutub Utara. Jika selepas hujan ada pelangi, di Kutub Utara, ketika malam tiba dan langit gelap, akan muncul cahaya-cahaya warna-warni yang membuat kita terpesona.










cantik kan??
sekian...

PEMINAT SHARNAZ PAKSA LISDAWATI DAN SUAMI MINTA MAAF

Assalamualaikum...
Benarlah .. kat neraka nanti paling ramai adalah perempuan.. sebab mulut..kan?? Semalam baca kat IG lisdawati dan Fauzi Nawawi ramai sangt  perempuan yang lidah nya jahat.. Suka masuk campur urusan orang.. Mudah sangt menghukum..

Bukan tu saja diaorang ni memaksa Lisdawati dan suaminya meminta maaf pada Sharnaz Ahmad. pelik sangt.. yang diaorang sibuk sangt tu kenapa entah.. urusan orang biarlah diaorang sendiri yang uruskan..




Lagipun Lisdawati sendiri dah bagitau dia tak pernah cakap macam tu pada Sharnaz. kalau awak percaya pada cakap sharnaz kenapa cakap Lisdawati awak tak boleh percaya?? ye la..sebab awak minat kat dia jadi  awak nampak dia betul semua..kan?? minat2 jugak..tapi urusan peribadi diaorang  tak payah la kita sibuk masuk campur nak belagak jadi hero..


Dia kan tengah mengandung.. kita yang tak de kaitan dengan dia buat apa tetiba nak jadikan dia musuh?? Kalau diperhatikan semua komen tu semuanya dari perempuan..
Kita kan perempuan .. jaga la diri bai…

TANDA-TANDA SEBELUM HAID YANG LELAKI KENA TAHU

Assalamualaikum...



Datang haid setiap bulan bagi wanita adalah sesuatu yang amat menyulitkan.Bukan saja keselesaan nya terganggu namun ada sebab2 lain yang membuatkan wanita kadang kala menjadi lain dari kebiasaan nya dan boleh menyebabkan salah faham dan petelingkahan suami isteri atau dalam satu2 perhubungan..

kebanyakan wanita akan mengalami PMS sebelum datang haid dan selalunya ia berterusan sehingga hari kedua haid.

Tanda -tanda ini  disebabkan oleh pergantian tahap hormon estrogen dan juga progesteron dalam tubuh.beberapa wanita akan merasa lebih sensitif dari selalu.Ianya akan muncul seminggu sebelum datang haid.sebenarnya ada banyak lagi tanda lain namun ini yang paling kerap berlaku pada wanita.



Jerawat di wajah/kepala/belakang
Payudara membesar
Merasa cepat letih/mengantuk
Susah tidur
Perut sakit
Cirit birit
Perut kembung
Sakit kepala
Sakit Punggung
Nafsu makan meningkat
sakit otot/kebas kaki dan tangan/
sakit dibahagian betis hingga peha.
kerap lupa dan hilang tumpuan
Moody

GAYA ANAK NABILA HUDA DI DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR

Siap silang kaki gitu..hahah...


Gaya nya tu dah macam orang besar2 je.. siap bawak beg tangan ..
Kat IG Nabilla Huda ni  aku suka tengok video2 si Keisya nih. mulut macam bertih jagung..
sekian..

ROTI PERTAMA SAYA

Assalamualaikum...

Semalam aku buat roti..
tak sangka mudah je..]

cuma nak uli tu je kena uli lama sikit la..
buat pun tak banyak..
buat 4 je..
untuk cuba2..

Aku ambik resepi ni dari blog ZalinZalina
Lepas ni aku nak try buat
Maxicen Bun..atau Roti boy..


resepinya dah ada,..
Izan bagi ..nak try menelaah dulu nih..
hehhehe..

sekian...




NAK MARAH JE RASA...

Assalamualaikum..



Penat nya rasa hari ni..
nak marah pun ada..
Pagi2 pi bank nak buka akaun baru..
tunggu 2 jam setengah..
nak marah...



Lepas tu
aku bagitau nak buat maybank2u sekali..
dia kata ok..dia buatkan terus..
nanti aku tak payah le
nak daftar kat mesin tu..



balik umah tekan2 nombor yang dia bagi
hampeh tak de apa pun.
nak marah..



pegi balik bank daftar kat mesin tu..
balik masuk kan no pin tak boleh jugak..
semua urusan tu
dari jam 9:30 pagi sampai sekarang 4 petang..
masih tak boleh..
nak marah..

last2..

You have reached the maximum number of PIN attempts.
For assistance, please contact Maybank Group Customer Care at 1-300-88-6688 or 603-7844 3696 (overseas)


memang aku marah la..
sekian...

AIDIL DAN ZAREMA PILIH 16 MARCH

Assalamualaikum...
Depa dah start edar kad jemputan nih.. Maknanya memang tak lama je lagi.. Nak tau bila? Majlisnya berlangsung pada 16 march 2014.. Tak sampai sebulan pun lagi.. Seronok sangt tengok orang nak kawen.. Hati nya berbunga2 dah tentu..kan??


Ni kad yang aku nampak kat IG  David Teo.. Kalau nak tau kawan2 Zarema ni ramai artis2 tau.. Salah seorang nya ialah Nora Danish... Jadi tak heran la kalau dia jemput artis2 ke  Majlis dia.. Walaupun dia bukan artis..

Ahkak Rita Rudaini  Di jemput tak korang rasa???

Sekian...

BERGOSIP JE ENGKORANG BERDUA YE?

Assalamualaikum...

tengok depa berdua ni...bergosip je kerja nya..

Itu je la kerja korang ye..bergosip tak sudah2...

Eii..tak kose aku...dok ngata aku ke apa tu??

sampai anak lapar pun tak dipeduli..sibuk bergosip! apa nak jadi la..

Apa tengok2????betul pe aku kata..korang ngata aku kan???

sekian..

ORANG LAIN SEMUA DAH BUAT BENDA LAIN...

Assalamualaiukum...

Aku tak de  entry tips2 hari ni..
tak bersedia macam ni la jadi nya..
terus jadi nyesal sebab dari pagi tadi dok
sibuk dengan urusan diri sendiri dan anak2..
Selalunya malam2 sebelum tidur aku dah
ada idea apa nak tulis untuk esok.
tapi malam tadi lupa le. ..

Sekarang ni aku rasa macam nak belajar buat roti la..
tengok kat Facebook ada kawan2 yang buat roti ..
buat kek keju meleleh2  la..
rasa teringin sangt nak buat.
Tapi bila keluar mesti mesti lupa nak beli bahan2.



Kawan kita tu..si Lydia Miza..
siap buat bisnes roti ..
lepas tu adik kecik comel kita..
si Wani,..Dj hot Fm kelate yang sensasi tu pun..
dah mula jual2 kek keju meleleh dia tu..



Rasa kagum pulak sebab tak de pergi kelas mana2
tapi berjaya buat dan jual.


Sekarang ni tengok Izan pun dah mula buat roti..
walaupun hanya untuk jamu anak2 dn suami
tapi ianya sangt membantu poket suami jugak tau..
hahah..nak beli pizza sekeping je dah berapa puluh..
yang saiz biasa je dah 20 lebih..
kalau buat sendiri jimat…

TIPS MENGHADAPI PASANGAN KITA YANG SERING MOODY

Assalamualaikum...



Ada tak  yang menghadapi masalah pasangan yang asyik moody ?
entry kali ni nak bagi tips sikit untuk menghadapi
pasangan yang selalu moody.

1-jangan pedulikan dia.
jalani saja hidup kita.lakukan aktiviti harian kita seperti biasa.kebanyakan dari kita bila melihat saja pasangan moody kita sedaya upaya ingin mencari punca dia jadi begitu.tapi kalau kerap kali terjadi pedulikan saja.biar dia tahu sikap buruk nya itu tak bagi kesan pada kita.dan biar dia tahu yang dia sendiri menyuramkan harinya.

2-beri pilihan.
sampai satu masa kita mungkin akan berasa muak dan bosan dengan sikap begini..kan?jadi beri dia pilihan samaada ingin terus melalui hari2 dengan suasana yang suram atau masing2 menjalani hidup sendiri.

3-fikir..perlu kah diperjuangkan..
cinta ni sesuatu yang indah.dan bila kita ada dalam satu2 hubungan kita nak kan perjalanan cinta kita tu dipenuhi dengan perkara2 yang indah.tapi jika sikap moody pasangan sering memberi kesan tak baik pada perhubungan sudah sampai…

NAMPAK MACAM SENANG 7

Assalamualaikum..
Hari ni kita belajar  BUAT BUAH STRAWBERI PULAK.. Bagi yang baru2 nak belajar buat craft macam aku ni, boleh la cuba2 buat..

Boleh lekat2 kat topi ke..
kat beg key..
buat keychain pun boleh kan??

sekian...

WAJAH TERKINI ANJALI KUCH KUCH HOTA HAI YANG CANTIK

Assalamualaikum...
Ingat lagi pada Kanak-kanak ini... Dia pegang watak Anjali dalam filem Kuch kuch Hota hai bergandingan dengan pelakon filem pujaan ramai Shahrukh Khan.


Sana Saeed yang ketika itu berusia 10 tahun membintangi filem KKHT pada tahun 1998. Namun sekarang dia sudah pun berusia 26 tahun membesar sebagai gadis yang cantik.
cantik kan dia? tapi dia tak belakon dah. mak ayah nya tak bagi..


sekian..

4 TANDA BLOG ANDA BAKAL BERKUBUR

Assalamualaikum....



Ada Tak yang makin hari makin
bosan dah dengan blog?
Itu tanda2 blog nak berkubur le tu tak lama lagi..
Kalau masa mula2 buat blog dulu teruja je nak update.
sekarang ni ..erm..
fikir pasal blog pun tidak..

Tanda-tanda lain yang menunjuk kan blog korang bakal berkubur..

1-rasa malas update yang membuak2
kalau sebelum ni jangan kan kerap update,
header dan layout blog pun asyik la bertukar..
tapi makin lama makin malas nak update blog..
last post "september 2013"

2-Blogwalking bukan lagi menjadi rutin
Berhenti blogwalking bukan sebab UV dari teknik
SEO bagai..tapi berhenti bw sebab tak kose nak jenguk blog orang.

3-Jarang-jarang buka blog.
Lebih banyak buka fb je..
kejap chat,kejap like kejap share..
Blog??"biar la dulu,tak de citer nak update.."
padahal sebelum ni pakai baju apa pi kerja
pun dia citer kat blog.heheh..



4-lupa pasword
Yang ni kes berat nih..
sampai lupa pasword disebabkan punya lama tak buka blog.
dok garu sana garu sini nak
ingat…

CANTIKNYA ROZITA CHE WAN TANPA MAKEUP

Assalamualaikum...
Biasa nya kita tengok Rozita Che Wan mesti tampil  dengan makeup tebal dan baju yang wow! Bila selalu sangt tengok macam tu kita rasa "ala..nampak biasa je.."
macam gambar2 kat bawah ni.. kita tengok dia nampak biasa je kan??


Ingat tak masa dia kawen hari tu.. ramai yang cakap dia nampak biasa saja.. mungkin sebab kerap bersolek jadi tak de la nampak serinya walaupun baju dia cantik.. dan pelamin bukan main mewah lagi...


tapi kalau dia bergambar macam gambar bawah ni  nampak lain sangat kan?? dengan mata panda dia Rambut sanggul makcik2.. Baju pun biasa2 je walaupun  berlatarkan beg tangan berjenama.. heehheh...
#selfiesambiltungguhubbybalik.. 
sekian....