Skip to main content

MASAKAN IBU MEMANG YANG TERBAIK

Assalamualaikum..



Aku ni bukan pandai sangt memasak..
kalau rasa nak makan biasanya aku google je resepi2..
Tapi Biasanya kalau masak yang cincai2 tu
mesti maisara puji sedap sangt sampai peluk2 aku ..hahah
Yang paling dia suka bila aku masak sup ayam..



Tak susah pun sup ayam aku..
bahan pun tak lengkap..
tapi tu la yang dia paling suka..
kalau masak sup siap
dengan sup bunjut ke,dengan rempah sup ke memang
dia kurang selera sikit..

Sup ayam aku..
rebus ayam dengan ubi kentang..
lepas tu tumis kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih.
tumis sekali dengan bawang merah,bawang putih dan halia.
tumis sampai garing campak je terus dalam ayam dan kentang yang tengah di rebus tu..
lepas tu potong2 daun sup,campak je dalam periuk.
boh garam..
tunggu masak,dah siap..
hahahaha..senang kan..tu pun makan sampai 2,3 kali tambah..

Satu lagi yang dia suka..
ayam masak sos mutiara..
korang pernah buat ayam masak sos mutiara ni??
tak kan tak pernah..
guna sos mutiara la..
tak kan sos mutiara pun tak tahu..
rupa dia macam ni..







hahaha..
maisara panggil ni sos mutiara..
memula dulu aku pun pelik..
cemana la boleh sampai jadi sos mutiara..

<<... sayu bila dengar pesanan dan luahan ibu-ibu ni.. 

sekian..




Comments

  1. sos mutiara tu sos titram rupanya.. hehe.. masakan ibu yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. confuse jap bile baca psl sos mutiara. sos tiram rupanye..! mutiara pun bollehh.. ha3..

    ReplyDelete
  3. samalah cara kita masak sup!
    saya pun buat gitu, tapi kalau rajinlah
    kalau tak rajin saya bubuh sup bunjut aje...licin juga

    tapi betullah kan, saya pernah terbaca dekat mana entah
    sebab apa masakan ibu ni sedap adalah
    disebabkan ianya dimasak dengan penuh rasa kasih dan sayang

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Masakn ibu even simple pun dpt kalahkn mskn 5 bintang. Sb air tgn dr ibu mmg terbaik xda galang ganti nya.. ^^

    ReplyDelete
  6. Masih ingat kari aruah ibu, selagi ada dalam periuk, selagi itu tak jemu habiskan. Last sekali cicah kari dengan roti. Memang masakan ibu yang terbaik dan masih dirindui hingga kini....

    ReplyDelete
  7. love mum's cooked...apapun ini pilihan terbaik kan?

    ReplyDelete
  8. sos tiram rupanya...dtg dr mana sos mutiara ni

    ReplyDelete
  9. mak kalau goreng telur pun akan jadi sedap dan berselera... ini kan pula lauk pauk lain. Rindunya masakan mak.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. FYZZ Msti paling tidak sebulan sekali blik umah mak..semata2 nk rasa masakan mak..superb...

    ReplyDelete
  11. kasik la masterchef ke sape ke..masakan ibu takde tandingan..sesimple mane pn tetap sedap ;)

    ReplyDelete
  12. masakan ibu memang yang terbaik! kalau balik kampung pun nak mak masak jugak..hihi..maisara mesti fikir tiram yang ada mutiara tu..hihi

    ReplyDelete
  13. ank sy suke masak kicap.ari tu bt sup ari2 dia boring kot.haha.tp xde masak beria pon.msk cincai je.

    ReplyDelete
  14. Akk pun jenis msk biasa2 jek..pun anak2 suka

    ReplyDelete
  15. Salam, hahahha bijak pandai sgt si Maisara ni kak, atleast dia tahu dalam tiram ada mutiara..hahaha..comel! sy pun kdg2 makan mak masak rase terharu cam nak nangis berguling2 sbb sedap betull...even pdahal nasi panas dgn belacan goreng je pun, hahaha

    ReplyDelete
  16. mutiara = sebab dia nampak tiram tu kot :)
    good girl :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …