MAISARA::KISAH MAISARA DI SEKOLAH

Assalamualaikum..



Aku dah citer ke belum ye pasal Maisara masuk darjah satu..rasa nya belum.kan??Tahun ni Maisara dah masuk darjah satu..Dia memang tak sabar2 nak masuk darjah satu..masa cuti panjang tu pun hari2 menangis sebab cuti lama sangat.dia nak pergi sekolah.bosan kat rumah katanya..Bila dah start sekolah rasa lega sanagt..malas nak layan menangis2 ni.

Hari pertama pergi sekolah,hari oriantasi tu,aku set alarm pukul 6:15 pagi.jam 5:30 dia dah bangun.aku suruh dia tidur balik.awal lagi.aku sambung tidur,Jam bunyi aku bangun masuk bilik tengok2 dia dah siap pakai baju sekolah.aku suruh buka balik sebab baju tu belum gosok pun lagi..kalut sangt aih..:p



Sampai je kat sekolah ambik tanda nama..Maisara masuk kelas 1 merah.kelas sementara sebelum depa tentukan kelas sebenar.. beli buku ,dengar taklimat lepas tu jam 10 dah selesai.lepas tu tunggu la kat bawah jap sebab budak2 tengah buat ujian.nampak dia dah keluar kelas ,aku tanya la "entah apa kakak tulis atas kertas ujian tu.Entah2 lukis gambar Fin and Jake.."

Maisara:tulis jawapan la.soalan semua senang2.

Ibu: ala..tak mencabar le..jadi kakak jawab semua betul ke?

Maisara:ye la.mesti kakak dapat seratus dan bintang banyak.

ibu: dia tak bagi bintang..kalau markah kakak bagus dia masuk kan la kakak kat kelas pertama..tak de bintang2 nye..

Maisara:bagi kelas je??ala..kami nak bintang..

huhuhu..haru!



hari Khamis..mula seisi persekolahan .malam sebelum nya baru perasan bekas pensil dia hilang.Pagi tu ayah je hantar dia kat sekolah aku pesan naik ke kelas yang dia masuk masa hari oriantasi tu dan tengok bawah meja ada tak bekas pensil.Mujur la ada..aih..tak reti nak jaga barang lansung.

Ayah hantar lepas tu balik ..tak de nak tunggu2 nya..dia memang suka pergi sekolah jadi tak payah risau dia nak menangis meraung ke apa..sampai sekolah je dia dah lupa dah kat ibu ayah dia..hahah..



Balik dari sekolah start la cerita pasal sekolah.sampaikan tengah mandi pun cerita pasal sekolah dia.jenuh la kami nak dengar.tadah je la telinga ni...

Sekolah ni ada 4 kelas.kelas pertama PERDANA,lepas tu WAJA,kedua SATRIA dan last sekali KELISA.cikgu kata kelisa ni untuk pelajar  kelas pemulihan....hari isnin hari tu baru tau kelas dia.memang lambat sikit sebab cikgu kata tahun ni paling ramai darjah satu.tahun2 sebelum ni ada 3 kelas je.tahun ni kelas jadi 4 dah.pernah bagi tau kat Maisara,tak kisah la masuk kelas apa pun,yang penting setiap kali ujian markah kena tinggi ..heheh..awal2 ibu dah paksa2 nih..:p



korang rasa Maisara dok kelas mana?

Sebelum sekolah hari tu dia cakap kat aku dia nak jadi ketua kelas.aku kata kalau nak jadi ketua kelas kena adil,bedisiplin dan pandai.dan yang penting cikgu pilih.kalau cikgu kata tak boleh,maknanya kakak tak boleh la jadi ketua kelas.semalam dia cakap kat aku.."ibu..kakak dah bagitau cikgu kakak nak jadi ketua kelas" hahahha..aduhai,,mesti cikgu pening kepala..

Ibu:cikgu setuju ke?

Maisara:cikgu kata nanti dia akan fikirkan.

heheheeh...

Apa2 je la Maisara..

sekian..

Post a comment

17 Comments

  1. bgs la maisara ni..suka gi sekolah.
    kena rajin2 belajar pasni..
    kalau jd ketua, nnt minta ibu blanje kepsi k!
    ;-)

    ReplyDelete
  2. terrlajak bagus maisara ni. siap pakai baju renyuk, lepas tu boleh volunteer nak jd ketua kelas lg. konfem garang. hahaa.

    ada tokoh jadik perdana menteri malaysia perempuan yg pertama ni.

    ReplyDelete
  3. wah dia berani minta nak jadi monitor ye
    well done maisara =)

    ReplyDelete
  4. dashatla maisarah, mengofferkan diri jadi ketua...hheee

    ReplyDelete
  5. hahaha.. lawak jugak maisara ni.. nak bintang..

    bagus la kak dia semangat..outspoken lagi.. ada bakat jadi ketua darjah..

    ReplyDelete
  6. Bagus..berani & proaktif! Mesti masuk kelas Perdana ni. :)

    ReplyDelete
  7. sronok bc pengalaman anak-anak yg br tahun satu ni. mcm kita dulu, takut dgn cikgu tp budak skrg selamba jer..apa yg dia nak direct bgtahu..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Diana

    moga terus berjaya yer Maisara

    ReplyDelete
  9. maisara sangat advance! mesti dpt masuk kelas perdana ni... kat sini pun dlm kelas kembar majoriti adalah budak perempuan...lelakinya ciput je.

    ReplyDelete
  10. amboih! ntah2 siap melobi cikgu bagai

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Maisara dah jadi macam calon pilihanraya parti politik pulak, melobi boss utk dapatkan jawatan, hehehehe...

    ReplyDelete
  12. Senanglah cikgunya dah ada yg tawar diri, cikgu tak payah sakit kepala pikir sapa yg nak dilantik jadi ketua....

    ReplyDelete
  13. Wah bagus maisara over confident gitu hehe.. Harap cikgu dpt lantik maisara jadik ketua kelas yea, selalu budak takut2 ni maisara berani.. Semoga maisara sukses dlm pelajaran.

    ReplyDelete
  14. wah maisara boleh jadi kakak kawasan ni..baguslah dia rajin knak pergi sekolah..senang betul,tak payah nak risau da

    ReplyDelete
  15. bagusnya maisara ni, tak meragam pun nak gi sekolah..biasa kalau tahun 1 ni mula mula, semua ada ragam tak nak gi sekolah..hehehe..

    ReplyDelete
  16. bagusnya maisara ni. konfiden level dia tinggi. tak takut langsung n tak peduli apa org kata. takde fikiran negatif malu ke takut ke. camne akak buat eh

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)