Skip to main content

MAISARA::bekal

Assalamualaikum...





selamat pagi...
Setiap pagi hari persekolahan aku mesti pening kepala nak masak
apa la untuk bekal Maisara ni..
Dia memang cerewet bab makan ni..
sebab tu kena bawak bekal..
Dia memang tak makan makanan kantin sekolah..


Tiap hari la dia bawak bekal.
aku memang tak sediakan duit belanja sekolah untuk dia.
Kadang2 tanya jugak tak de ke nak beli apa2 kat kantin tu.
dia kata makan bekal je pun dah kenyang.
kalau makan banyak2 tak sempat nak main..
huhu..rehat nya setangah jam je..

Biasanya kat rumah dia makan nasik pun satu jam..
kalau setengah jam je rehat
memang tak sempat la dia nak makan macam 2..

jadi selalunya bekal dia
aku siapkan donut atau pun apa2 je yang guna roti..
sandwich ayam ,sandwich tuna,donut,wedges,
bihun singapore, dan kalau sarapan kebiasaan nya aku SUAP nasik je..
ye.kena suapkan..
kalau tidak satu jam makan tak habis2 lagi..

setakat ni dia ok la kalau pun
menu pun berulang2 dalam seminggu tu..
sebab aku cuma sediakan makanan yang betul2 dia makan je.
pernah la jugak dia bawak roti gardenia coklat je
sebab aku tak sempat masak bekal dia..heheh..
tu pun dia ok je sebab dia suka..
yang penting sarapan pagi sebelum keluar tu mesti nasi.

Orang kata bagus bawak bekal ni..
tapi yang tak bagus nya..
dia tak tahu nak guna duit cemana..
kalau setakat 4,5 puluh sen tu dia boleh la nak tolak2
bila dibayar dengan duit seringgit..
tapi masuk bab benda makan yang harga beringgit2 ni dia pening la...
jenuh nak kira guna pensil kertas..

#selalu main kedai2 dengan dia..heheh

sekian...





Comments

  1. Bagus kak ajar anak bawak bekal. Leh jimat. Nanti sal duit tu ajar dia sendiri2. Bawak p kedai kea. Hihi. Pndai pulak nina ajar akak. Padahal anak lam peyut lagi nih. Hakhak

    ReplyDelete
  2. Bgsnya maisara. Sy selalu sgt berdoa moga anak sy mcm ni gak. Mkn makanan yg sy bekalkan tp mcm susah sket. Lelaki,kan? Kecik2, bolehlah. Dah bsr2 kang....segan nak bwk bekal lak. Sobs...sobs...

    ReplyDelete
  3. main kedai2 pun ok gak. buleh bantu dia mengira dgn baik. +, bebdk lebih mudah ingt & paham dengan pembelajaran melalui games.

    ReplyDelete
  4. betul...bagi bekal yg dia makan je... kang kita beria lah prepare yg grand2 dia tak makan pon...hhee

    ReplyDelete
  5. wah..bagusnya anak akak :) kalau adik saya, memang tak la nak bawak bekal.dia lagi suka beli makanan kat sekolah..hehe

    ReplyDelete
  6. bawak bekal jimat sikit duit hehe

    ReplyDelete
  7. bekas air pink, bekas makanan pun pink..beg petah lagi..pinky maisara

    ReplyDelete
  8. Baguslah jika anak2 mau bawa bekal. Pertama, menjimatkan perbelanjaan. Kedua, kebersihan makanan lebih terjamin dan dpt elakkan food poisoning...

    ReplyDelete
  9. berbeza dgn anak saya...anak saya susah nak makan...tp ketagih membeli makanan...walhal baru masuk tahun satu...setiap hari mesti nak beli sesuatu kat kantib tu...hehehe...kalau bawa bekal pon mesti die beli ape-ape yg boleh...kadang2 belia ir pon jadi la..

    ReplyDelete
  10. bagus kalau dia sendiri yg nak bawka bekal. Lagipun diana boleh pantau apa yg dia makan. ada kes tertinggal bekas bekal tu tak? hehe. dulu saya biasa tinggal bekas bekal kat skolah.

    ReplyDelete
  11. anak saya, afif pun tiap hari nak bawa bekal
    bukannya cikgu tak bagi makan
    dia kata mama buat lagi best
    kelam kabut pagi sebelum p kerja
    buatkan bekal untuk dia dulu
    tapi saya rasa seronok bila balik tengok bekas tu kosong =)

    ReplyDelete
  12. bgs cara ni kak..at least boleh hlg drpd keracunan mknn..cuma kita la kn kalut sket...alaaa google kn ada...;-)

    ReplyDelete
  13. baguslah maisara suka makan bekal.okay jugak tu main kedai² nanti takdelah dia tak tahu gunakan duit..er main tolak² tu maksudnya bile org kedai bagi baki dia tak nak ke kak?hee

    ReplyDelete
  14. alaa tomey nye bekal dia...berkat air tangan ibu..mesti pandai anak nanti.kebersihan pun terjamin kan huhu..saving pon saving

    ReplyDelete
  15. Sama juga anak buah deno pun bawak bekal hari2 ke sekolah :)

    ReplyDelete
  16. Bagus maisara bagi je bawak bekal insya allah akan berterusan sikap tu..Anak kita Zarif tu mmg bawak bekal je dari darjah satu sampailah sekarang ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …