Skip to main content

BAHAYA MENYUNTIK VITAMIN C DI WAJAH

Assalamualaikum...



Baru2 ni aku ada terbaca kat insta seorang artis ni suntik muka dengan vitamin c.rasanya memang ramai yang suntik pun.tapi tak mengaku..Ada jugak yang terang2 mengaku dan suka jawab "vitamain c je..tak de apa2 la.."
sebenarnya ada jugak bahaya nya kalau kita suntik vitamin c ke wajah.Vitamin c di suntik dengan bertujuan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah atau boleh dikatakan sebagai jalan pintas merawat kulit wajah.. Namun di sebalaik nya ada bahaya yang menanti pengguna yang mengamalkan suntikan vitamin c ini.

Vitamin c tidak boleh diberikan kepada pesakit buah pinggang. Ada yang mengatakan vitamin C boleh menyebabkan  pembentukan batu karang. Vitamin C juga boleh mengganggu penyerapan mineral yang diperlukan tubuh.

Vitamin C merupakan senyawa yang mempermudahkan  penyerapan zat besi. Sebaiknya jangan diberikan pada mereka yang mempunyai lebihan zat besi, misalnya pesakit hematokromatosis. Pengidap ulser juga perlu berhati-hati, kerana vitamin C yang bersifat acid dapat menimbulkan rasa pedih di perut.

Di beberapa Negara, menyuntik vitamin C adalah dilarang. Di Amerika dan Australia, doktor yang menyuntik vitamin c akan di penjarakan. Malah di Afrika hal ianya  sudah dilarang sejak 20 tahun yang lalu.

Kepada mereka yang terlintas untuk menggunakan kaedah suntikan vitamin c jangan terpedaya dengan janji2 konon nya "tidak ada kesan sampingan".memang ramai sekarang yang menjual secara terbuka dan sebelum menggunakan nya dapatkan nasihat doktor dan periksa tahap kesihatan anda dahulu. selain itu menyuntik vitamin c juga boleh menyebabkan ketagihan.

Ini di sebabkan kerana dengan penyuntikan vitamin C, kulit akan menjadi lebih cerah, tetapi bila tidak disuntik lagi kecerahan nya akan hilang,begitu juga dengan  dan kehalusan kulit.

Perlu diketahui suntikan vitamin C bukan cara yang betul untuk mengatasi masalah kulit wajah. Untuk merawat dan meremajakan  kulit , cara yang terbaik adalah dengan penggunaan krim malam dan siang .Jika ingin menggunakan vitamin c sebaik nya gunakan terus dari sumber alam dan digunakan terus ke wajah..

Aku bukan doktor.tapi ini melalui apa yang aku baca dan faham selama ni.kalau ada yang terkecil hati atau kurang senang atau tak bersetuju dengan apa yang aku tulis dan merasakan apa yang aku tulis ni sekadar satu pembohongan diharapkan dapat la sama2 kita mencari kepastian sebenar.mungkin apa yang korang tahu aku belum tahu.yang penting kita jangan buat2 tak tahu..

sekian..

Comments

  1. ada kawan kt sekolah, suntik vitamin c sebab kulit jenis alergik. doc yg suruh dia ckp. adei!~

    ReplyDelete
  2. sungguh menakutkan
    biarlah muka yang natural je kan diana

    ReplyDelete
  3. Eee.. ni nk nmpk cntik ngan jalan mudah laa ni. Cantek skjp jaa kalo amal mcm ni.. better amik lgkah hidup sehat ngan jga pmaknn dan bsenam kn ? Mmg laa hasil dr tu lmbt tp yg pntg cara kita nk kekalkn kcantikn tu selamat.. huhu..

    ReplyDelete
  4. jangan sebab nak cantik je tak fikir kesan jangka panjang..menakutkan je nak cucuk² ni

    ReplyDelete
  5. Amerika dan Australia mengharamkan suntikan vitamin C kerana mereka negara maju. Kita masih negara primitif dalam sisi-sisi tertentu, banyak yang negara lain tak buat kita masih buat...

    ReplyDelete
  6. hari hari amik vit c....sihat tubuh skrg ni...pil vit c la...x injet nya...khee

    ReplyDelete
  7. biasanya kalau nak cepat cantik dorang nih memang dah tak fikir kesan jangka masa panjangnya...

    ReplyDelete
  8. Memang tak akan buat sebab saya memang takut bab2 suntik menyuntik nie. Hihi.

    ReplyDelete
  9. sekarang kan pelbagai vit c ada jual..makan je tak perlu cucuk²

    ReplyDelete
  10. tua itu pasti dan tiada ubat baginya. dan yang cantik itu dari hati. kalau hati cantik, wajah tetap bercahaya.

    والله اعلم

    ReplyDelete
  11. INJECTION VITAMIN C, SERVICE AREA MELAKA! WAZZUP ME 0122787024 . WAZZUP ME 0122787024 . OR EMAIL beautyservicejab@gmail.com . WAZZUP ONLY .

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …