Thursday, 30 January 2014

BAHAYA MENYUNTIK VITAMIN C DI WAJAH

Assalamualaikum...



Baru2 ni aku ada terbaca kat insta seorang artis ni suntik muka dengan vitamin c.rasanya memang ramai yang suntik pun.tapi tak mengaku..Ada jugak yang terang2 mengaku dan suka jawab "vitamain c je..tak de apa2 la.."
sebenarnya ada jugak bahaya nya kalau kita suntik vitamin c ke wajah.Vitamin c di suntik dengan bertujuan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah atau boleh dikatakan sebagai jalan pintas merawat kulit wajah.. Namun di sebalaik nya ada bahaya yang menanti pengguna yang mengamalkan suntikan vitamin c ini.

Vitamin c tidak boleh diberikan kepada pesakit buah pinggang. Ada yang mengatakan vitamin C boleh menyebabkan  pembentukan batu karang. Vitamin C juga boleh mengganggu penyerapan mineral yang diperlukan tubuh.

Vitamin C merupakan senyawa yang mempermudahkan  penyerapan zat besi. Sebaiknya jangan diberikan pada mereka yang mempunyai lebihan zat besi, misalnya pesakit hematokromatosis. Pengidap ulser juga perlu berhati-hati, kerana vitamin C yang bersifat acid dapat menimbulkan rasa pedih di perut.

Di beberapa Negara, menyuntik vitamin C adalah dilarang. Di Amerika dan Australia, doktor yang menyuntik vitamin c akan di penjarakan. Malah di Afrika hal ianya  sudah dilarang sejak 20 tahun yang lalu.

Kepada mereka yang terlintas untuk menggunakan kaedah suntikan vitamin c jangan terpedaya dengan janji2 konon nya "tidak ada kesan sampingan".memang ramai sekarang yang menjual secara terbuka dan sebelum menggunakan nya dapatkan nasihat doktor dan periksa tahap kesihatan anda dahulu. selain itu menyuntik vitamin c juga boleh menyebabkan ketagihan.

Ini di sebabkan kerana dengan penyuntikan vitamin C, kulit akan menjadi lebih cerah, tetapi bila tidak disuntik lagi kecerahan nya akan hilang,begitu juga dengan  dan kehalusan kulit.

Perlu diketahui suntikan vitamin C bukan cara yang betul untuk mengatasi masalah kulit wajah. Untuk merawat dan meremajakan  kulit , cara yang terbaik adalah dengan penggunaan krim malam dan siang .Jika ingin menggunakan vitamin c sebaik nya gunakan terus dari sumber alam dan digunakan terus ke wajah..

Aku bukan doktor.tapi ini melalui apa yang aku baca dan faham selama ni.kalau ada yang terkecil hati atau kurang senang atau tak bersetuju dengan apa yang aku tulis dan merasakan apa yang aku tulis ni sekadar satu pembohongan diharapkan dapat la sama2 kita mencari kepastian sebenar.mungkin apa yang korang tahu aku belum tahu.yang penting kita jangan buat2 tak tahu..

sekian..

LIRIK LAGU DAN VIDEO ARJUNA BETA - FYNN JAMAL

Arjuna beta.





Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
Datang petir menyambar--
jengking dan ular–-
bonda takkan berundur.

Nyamanlah Arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
ambil yang sarat duri.

hiduplah Arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

Ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.

hiduplah Arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

Nyamanlah Arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa..


Sekian

Wednesday, 29 January 2014

INI TIPS MENCUCI JEANS SUPAYA TIDAK ROSAK




Aku ada banyak jeans hitam..
Jeans biru ada 4,5 helai je..
tu pun jarang pakai sebab biru bukan warna kegemaran..hahha..
boleh pakai tak alasan tu??

Satu yang tak best bila pakai jeans hitam ni
susah sangt nak basuh..
Bila dah kering mesti ada tompok putih sikit2..
tak cantik la kalau macam tu kan??
Dah tu kena basuh lain...
jeans ni bukan boleh basuh lama2 atau kerap2
nanti fabrik nya rosak..

Aku nak kongsikan tips untuk
kita basuh jeans tapi tak menjejaskan fabrik tu..
jeans pun tahan lama..



1-jangan guna serbuk pencuci..
Lebih baik guna cecair pencuci sebab serbuk pencuci akan meninggalkan tompok2 putih pada fabrik.tompok2 putih tu bukan boleh hilang dengan lap saja..
korang kena cuci lain baru dia hilang.

2-jangn campur dengan pakaian lain bila mencuci.
-sebab bila campur korang akan ambik masa yang lama untuk cuci jeans.

3-terbalik kan jeans
-Setiap kalai cuci jeans jangan lupa
terbalik kan dulu jeans tu.supaya warna nya tak pudar..
macam tu jugak kalau nak jemur..
kena terbalik kan dia.

4-jangan sesekali seterika jeans.
ada ke yang seterika jeans..
jangan buat ye...
sayang le jeans mahal2 dia pi seterika pulak..
heheh..


sekian..

GAMBAR KANAK-KANAK DI SUNTIK BOTOX

Assalamualaikum..

Gila la ibu bapa sekarang ni...
Dah macam apa la ibu bapa zaman sekarang .
suka dera anak tanpa dia sedar..

Di khabarkan seorang ibu menyuntik botoX di wajah anak nya
demi untuk memasuki sebuah pertandingan kecantikan.
namun ibu tersebut menyangkal dakwaan orang ramai
yang mula mengecam tindakan beliau.

Dsebab kan hal itu gambar-gambar2 kanak-kanak yang 
memasuki pertandingan kecantikan yang di ragui 
menggunakan botox mula tersebar.

Jom tengok gambar..
korang rasa depa guna botox ke tidak???








Sekian...

Tuesday, 28 January 2014

JADIKAN OAT SAHABAT BAIK ANDA

Assalamualaikum....

Aku dah lama tak amalkan diet atkins..
Sejak tekanan darah rendah datang menyerang
Tak berani la nak diet gitu..
Dulu2 boleh la..
Muda lagi, dah tua ni tak berani la..

Cuma nasik je aku tak  makan lagi.
Benda lain aku makan je..



Salah satu yang aku ambik
Untuk ganti nasik ialah oat 25 ni..
Sedap ..ada buah2 kat atas dia..
Bila gigit berkeping2 oat tu kita kunyah..
Biskut ni ada gula..
Mikhail pun suka..

Dan lagi satu bila malam aku minum ini..


Boleh kata oat ni
Jadi sahabat baik aku la..
Haha...

Sedap tau
Sebab ada epal dalam nya..
Bila minum boleh gigit2 sikit epal tu..
Aku suka tambah coklat..
Hehe..

Jom2 kita jadi sahabat baik oat..
Sayangi jantuhg anda...

Sekian...


Monday, 27 January 2014

HOW SODA IMPACTS YOUR BODY

Sunday, 26 January 2014

GUESS THE EMOJI




Dah tak best dah main guess the emoji ni..
Sebab ada orang yang belagak pandai
Dok share2 jawapan penuh kat facebook.

Entah apa2...

Sekian...


Saturday, 25 January 2014

DIDEKATI LELAKI YANG KITA TIDAK SUKA? INI TIPS NYA....




Orang perempuan memang suka di pujuk dan di rayu.lagi2 bila lelaki yang diidam-idamkan datang memujuk merayu dengan ayat2 cinta yang boleh buat kita ni cair.tapi macam mana pulak kalau lekaki tu bukan lah lelaki yang kita suka.dia datang dan kerap merayu meminta dirinya di terima.apa perlu kita buat?

1. Katakan Anda Menyukai lelaki Lain 
Jika dia mula merayu, katakan padanta tang anda telah nempunyai kekasih.jabgan sembunyikan status anda .




2. Membuatnya Cemburu
Cara lain untuk membuat lelaki seperti ini menjauhkan diri dari kita adalah  dengan membuatnya cemburu.perkenalkan teman lelaki anda kepada nya supaya dia tahu hubungan anda dan kekasih adalah hubungan yang serius.layan kekasih anda dengan baik didepan nya.

3. Jangan terlalu memberi perhatian 
Jika anda dan dia adalah rakan sekerja mungkin agak susah untuk mengelak dari bertemu.namun anda holeh menjaga jarak dan perbualan dengan nya.jangan terlalu banyak berbual dan kurangkan memberi perhatian padanya.


4. Katakan Anda Tidak Menyukainya
Jika si dia terus berusaha mendekati Anda dan masih tidak putus asa mengajak anda menjadi kekasihnya katakan secara jelas kepadanya yang anda tidak mempunyai apa2 perasan padanya. Jangan menjauhinya secara tiba2 kerana dia akan keliru dan mengejar Anda. Jika tidak ada apa2 petubahan  jelaskan secara bahawa Anda tidak suka dengannya dan tidak selesa untuk bertemu dengan nya lagi. 


5. Abaikan
Jika dia tetap memaksa  untuk mendekati Anda, padahal si dia sudah tahu perasaan Anda,dah tiba masanya anda berkeras dengan nya.. Anda tidak perlu membalas sms atau menjawab panggilan telefon darinya lagi. Jika dia bertanya pada Anda kenapa menjauhkan diri katakan padanya anda sudah cuba bermacam cara untuk membuatkan dia faham .katkan padanya juga anda tidak mahu lagi mendekati dirinya kerana tidak mahu dianggap wanita yang memberi harapan palsu.


Sekian

FAZURA TETAP CANTIK TANPA SOLEKAN TEBAL

Assalamualikum....

Suka sangat tengok muka Fazura ni..
Dua nampak cantik walaupun
Tanpa mekap yang tebal..










 


Cantik kan dia...?


Sekian....

Friday, 24 January 2014

MIKHAIL:GIGI

Assalamualaikum.....


Dia ni tengok je gigi 2 kat bawah tu..
Tapi akai banyak tau....

Sekian...



Thursday, 23 January 2014

INI 5 MERTUA PALING KEJAM DI DUNIA

Assalamualaikum..

mertua kejam..perkara paling ngeri bagi mereka2 yang dah berkahwin..
mintak dijauhkan la dari dapat mertua kejam nih..
Rasanya zaman sekarang ada lagi tak mertua kejam.??
tak kot..kan??
eh!ada ke??wah...ada rupanya..


wanita 70 tahun ini mengupah pembunuh upahan untuk membunuh isteri anak nya. Diana Reaves Costarakis, dia mengatakan akan membunuh sendiri anak nya jika pembunuh upahan menolak tawaran nya.
Rasa benci pada menantu nya disebabkan menantunya itu seorang pemabuk dan 
akibat perbuatannya dia didenda membayar $ 5000  atas tuduhan bersekongkol dengan penjahat.tapi dia hanya membayar $ 1500 dolar dan mengatakan akan membayar baki jumlah tersebut  jika dia berjaya membunuh menantunya itu..
(Aih..bukan semua orang nama diana ni kejam tau..)




Naseebah Bibi wanita yang memperlakukan menantunya,Nagina Akhtar seperti hamba selama 13 tahun.Ketika suami Nagina dan 3 anaknya keluar negara untuk bekerja Nagina diperlakukan seperti hamba apa bila di suruh melakukan kerja2 rumah 24 jam sehari malah dia juga di pukul.


Pada tahun 2011, Carolyn Bourne, mengirim email untuk calon menantunya. Dalam email, wanita 60 tahun ini menyenaraikan semua keburukan yang ada pada bakal menantunya..

Sayangnya, email yang dikirim Bourne ini entah bagaimana tersasar  ke email orang lain. Akhirnya email yang penuh dengan caci maki ini tersebar di internet. Sejak itu, Carolyn Bourne mendapat gelaran monster-in-law.


Teruja apabila baru mendapat  cucu membuatkan sikap seorang mertua tiba2 berubah menjadi kejam.Dia memaksa menantu nya menyerahkan anak yang baru dilahirkan kepada nya dan tidak membenarkan menantunya menjaga dan menyusui anaknya sendiri dan menyatakan dia sendiri akan menyusui cucu nya itu..
(tua dah ..ada ke susu?)



Ok..yang ni lagi giler.Seorang ibu mertua bernama Felistus Gopoza berkahwin dengan menantunya sendiri.anak perempuaNn nya yang bernama Rozie Gopoza, meninggal pada tahun 2008. Dua tahun kemudian, ibu nya berkahwin dengan suami Rozie iaitu Judah Magarasadza.Perkahwinan tersebut ditentang oleh pihak keluarga kedua belah pihak.(yang ni suka sama suka kot...kot la..)


Tahun 2002  Dalbir Kaur Bhakar dibayar sejumlah wang  oleh ibunya untuk menceraikan isterinya. Selain diceraikan, Dalbir perlu memperkosa isterinya ,Gina Satvir Singh dan menjadikan isterinya hamba.Entah kenapa dalbir menurut semua perintah ibnya.


 Seorang wanita berpura-pura setuju merestui pernikahan anak dan calon isterinya. dia juga membantu semua persiapan perkahwinan anak dan calon menantunya itu. tapi tak disangka dia menghubungi semua tetamu yang diundang dan mengatakan bahawa perkahwinan anaknya dibatalkan dan mendakwa hubungan anak dan calon mennatunya itu telah putus.Akhirnya dia berterus terang menyatakan tidak merestui hubungan anak dan kekasihnya..
(mak tahu apa yang terbaik untuk anak hnya..kan mak2 sekalian?)

sekian..

sumber:vemale.

GAMBAR ROSALIA LOMBARDO ,MUMIA KANAK-KANAK PALING SEMPURNA

Assalamualaikum....


Kebiasaan nya kalau kita tengok mumia kulit nya akan rosak sebab dah makan tahun..kan??. Tapi lain pulak dengan satu mumia seorang kanak-kanak yang dikenali sebagi  Rosalia Lombardo.



Bila tengok gambar ni dia tak ubah macam sedang tidur.padahal dia sebenarnya dah meninggal dunia pada tahun 1920 dan diawet.
Rosalia Lombardo adalah mumia paling sempurna yang pernah ditemui sepanjang sejarah. Dia meninggal ketika usia nya 2 tahun akibat jangkitan paru-paru. Ayahnya rasa sangat sedih dan meminta Alfredo Salafia untuk  mengawet anak perempuan nya itu  supaya dia dapat sentiasa melihat dan berada disisi anak nya.






Menurut kajian , ianya kelihatan sempurna kerana penggunaan formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya menjadi busuk. oleh kerana uniknya mumia ini dia juga dikenali sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.






Ketika ini Rosalia Lombardo disimpan di sebuah ruang bawah tanah di Itali Selatan. Ada  beberapa orang yang mendakwa pernah lihat Rosalia Lombardo membuka matanya..

eiii!!kalau aku sah lari lintang pukang dah..hahaha


sekian...

Wednesday, 22 January 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com


Assalamualaikum..

Hadiah nya best tau...
doakan aku menang ye..:)

sekian...

TIPS CANTIK KAN MATA GUNA SUDU

Assalamualaikum...

Memang susah kadang2 tu bila nak pakai eyeliner kat hujung mata nih..
macam aku yang bermata cantik ni (muahahahha)
cukup setakat eyeliner bawah mata je..

Bagi yang bermata sepet mesti nak juga 
mata tu nampak besar dan cantik. macam mata aku

Kalau mata macam gambar ats nih nak tak??
memang kadang2 kita bentuk kan dia 
jadi tak sama..

meh nak ajar satu cara mudah..
guna sudu je...


Ok tak??
cer buat..cer buat..
aku tak pernah cuba pun...
maklum la..mata dah memang sedia cantik..
ekekekekk...

sekian,,,

5 WANITA ISLAM INI MEMILIH KERJAYA SEBAGAI BINTANG FILEM PORNO

Assalamualaikum...

Cantik tapi tidak berakal..
itu lah yang boleh aku katakan untuk 5 wanita muslim ini
yang memilih kerjaya sebagai pelakon filem porno.



1.Nama asalnyaSaidah Voraji merupakan seorang wanita berasal dari india.Dia juga dikenali sebagai Sahara Knite.keputusan nya menjadi pelakon filem lucah menerima kecaman hebat dari keluarga kerana sejak kecil dia sudah diajar bertudung,mengajai dan bersolat.


2.Tehmeena Afzal merupakan wanita kelahiran Pakistan  dan dilahirkan dari latar belakang keluarga Islam yang sangat tegas. .Banyak cemuhan dan kritikan yang ditujukan pada Afzal  Namun wanita berambut hitam ini tetap fokus pada apa yang dia lakukan ketika ini


3.Sila Sahin merupakan warga negara Jerman yang lahir pada 3 Desember 1985 . dia merupakan seorang model cantik yang memeluk agama Islam.
ketika dia mula menjejaki  dunia model, banyak tawaran yang datang padanya.Tak terkecuali tawaran untuk berlakon dalam filem porno .dalam sekelip mata dia terus berubah dan menerima kecaman hebat dari keluarga dan orang sekeliling.


4.Sibel Kekilli adalah pelakon terkenal yang kelibatnya dapat dilihat dalam beberapa filem.berasal dari jerman dan berdarah campurtan turki.Yah Sibel merupakan wanita yang lahir dalam keluarga islam yang taat pada tuhan. namun jalan hidup yang dipilih membuatkan keluarga nya benar2 merasa terhina. 


5.Sahari memiliki darah Pakistan dan juga Arab Saudi. Wanita seksi bermata coklat ini memulakan karier nya sebagai pelakon filem porno pada tahun 2011.dia juga menerima kecaman dan kritikan dari keluarga dan orang ramai namun dia seolah-olah kebal dengan sebarang tomahan.

Ini baru 5..sebenarnya ada ramai lagi wanita islam yang memilih jalan hidup yang menyimpang dari landasan islam.di sekeliling kita juga ada..sama-sama kita berdoa semoga mereka berubah satu hari nanti.

Firman Allah taala dalam surah An-Nur- 30-31

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita] atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. “(31)
 

 sekian...