ZUL MUHAMMAD

"TO DO LIST" SEORANG IBU~KISAH SEDIH




Ini Ada cerita menyentuh hati yang ditinggalkan oleh seorang pengidap kanser payudara, yang ketika ini telah meninggal dunia. Bukan bagaimana mencegah kanser payudara atau berjuang melawan penyakit tersebut, tapi ini adalah mengenai apa yang dia lakukan ketika hampir tiba saatnya berpisah dengan keluarga kerana penyakit ini .Di petik dari theguardian, semoga cerita ini memberi inspirasi untuk anda memperbaiki hubungan Anda dan keluarga.

Kate Greene adalah seorang ibu yang meninggal akibat kanser pada usia 37 tahun. Dia meninggalkan St John Greene, suaminya, dan kedua-dua anak lelaki yang berusia 6 dan 4 tahun.



Suatu malam, dalam ketakutannya menghadapi maut yang terasa semakin dekat, Greene ditemani suaminya berbual dan memutuskan untuk membuat 'to do list'. Dalam senarai itu Greene menulis 100 perkara yang ingin dilakukannya untuk anak-anaknya. Dan sehingga waktu ini,walaupun  Greene telah tiada, suami dan kedua anak nya menunaikan satu per satu permintaan tersebut.salah satunya adalah  untuk membawa anak-anaknya menikmati pantai yang disukai Greene waktu kecil, menonton pertandingan rugby antarabangsa dan pergi ke Switzerland tempat St John meminang Greene.

Dia juga meminta anak-anaknya  berusaha mencari daun semanggi empat, belajar bermain alat muzik dan juga menanam  bunga matahari.Greene juga berpesan agar keluarganya memiliki meja makan supaya mereka dapat selalu makan bersama. Dia juga menetapkan peraturan anak-anaknya mesti diberi ciuman 'selamat malam' dua kali sebelum  tidur.

Greene juga menetapkan prinsip-prinsip yang ingin ditanamkan kepada kedua anak lelakinya, termasuk untuk selalu menepati masa, menghormati teman wanita, belajar mengemas, tidak merokok, tidak menunggang motorbike atau menganggotai mana2 angkatan beresnjata.St John, suami Greene, bertekad untuk memenuhi semua yang diinginkan dalam senarai tersebut dan sudah membeli sebuah meja makan untuk rumah mereka di Clevedon, Somerset.

Tiket penerbangan ke Egypt dan rancangan ke Dublin untuk melihat pertandingan rugby juga sudah dirancang. Bagi St John, menunaikan setiap permintaan Kate Greene membuatkan isterinya selalu berhubung secara emosional dengan dirinya dan anak-anak, dan dia sudah menyelesaikan sebahagian besar dari permintaan di senarai tersebut.



Satu permintaan yang sukar dipenuhi St John adalah permintaan untuk mencari  wanita bagi mendampingi hidupnya  supaya  anak-anaknya membesr dalam didikan  seorang ayah dan ibu.

"Saya telah menemui seorang "soulmate" dan  sukar untuk mencari orang lain lagi",katanya... Memang  tidak mudah bagi suami Kate Green untuk meletak kan hatinya dengan keperluan seorang ibu bagi anak-anak dan juga untuk memenuhi permintaan terakhir  isterinya.



Dari kisah ini kita dapat lihat betapa kuatnya hati seorang Kate Green, untuk memikirkan apa yang terbaik bagi anak-anak dan keluarganya di saat dirinya sendiri sedang dalam ketakutan menghadapi maut. Bagi seorang ibu, dirinya bukanlah hanya tubuh, hati dan jiwa yang dimiliki namun juga tubuh, hati dan jiwa suami dan anak-anak yang dipertanggungjawabkan kepadanya.


sekian...
posted from Bloggeroid

Post a comment

8 Comments

  1. sedihnya.. macam mana la perasaan dia masa menyediakan to do list tu..

    ReplyDelete
  2. Sue bangga dengan usaha seorang ibu :)

    ReplyDelete
  3. hati seorang ibu dan tanggungjawab ibu.

    ReplyDelete
  4. kasih sayang seorang ibu untuk memastikan anak-anak dan suami bahagia walaupun dia sendiri telah tiada

    ReplyDelete
  5. Arghhh...sedihnya! Just nak membayangkannya aje sudah meleleh air mata. Tak boleh bayangkan kehidupan anak-anak yang masih kecil tanpa ibu. Sedihnya!

    ReplyDelete
  6. sedih plak kisah ni...pengorbanan ibu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)