ZUL MUHAMMAD

SUAMI ISTERI BATALKAN PERCERAIAN KERANA TANDAS


Zaman sekarang macam-macam punca boleh sebabkan perceraian..Tandas tak senonoh pun boleh jadi punca..ye la..lalu ke kita hari2 nak mengadap tandas yang tak sempurna.kalau kotor boleh dibersihkan.tapi kalau tak sempurna cemana pulak.tak berdinding ke,tersumbat ke..susah kan?

Macam kisah yang berlaku di India ni..Wanita bernama Savita Malviya (27 tahun),Dia membatalkan perceraian setelah suaminya berjanji akan membaiki tandas rumah mereka.Savita bertekad pulang ke rumah orang tua bersama dua anaknya setelah tandas dirumah mereka rosak 3 tahun lalu.

Suaminya Devkaran (30 tahun) tidak melakukan apapun sewaktu tandas di rumah mereka rosak. malah dia meminta isteri dan anak-anak nya membuang air di mana2 sahaja. Savita menganggap itu adalah perkara yang sangt memalukan.Dia tidak tahan dan akhirnya memilih untuk  berpisah.

Aku agak tandas depa gini la rupanya nanti
Namun, pasangan dari  Mundlaana, India ini tidak lama lagi akan kembali bersama semula selepas Devkaran berjanji akan mengubahsuai tandas dirumah mereka supaya lebih baik . Dia berjanji tandas itu akan siap sebelum 10 januari tahun 2014. Isterinya bersetuju asalkan tandas rumah mereka di baiki.

#bertemu dan berpisah hanya kerana tandas..heheh..

sekian..

Post a comment

3 Comments

  1. lawak pulak dengan alasan ni..macam² la ni.

    ReplyDelete
  2. adui.... boleh pengsan cam ni...

    ReplyDelete
  3. 3 tahun tu. Padan la. Mesti isteri dia stress tahap gaban dah tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)