ZUL MUHAMMAD

MESRANYA SHARNAZ DAN NELLYDIA DALAM DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Assalamualaikum..

Mesranya Sharnaz dengan Nellydia Senrose
dalam drama Bukan Kerana aku tak cinta
yang bakal menemui penonton malam ini..
Bagi penggemar Novel "Bukan kerana Aku Tak cinta "
jangan lupa malam ini jam 10 malam di Astro mustikaHD










mesti best drama ni kan??


Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta:
Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Jebat, seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Tonton Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Astro MustikaHD jam 10 malam.

Lirik lagu tema OST

SALAHKAH- Hafiz dan Rossa

Salahkah ku bila
Mencintamu sepenuh hati
Sedang ku tahu pasti
Keluarga tak merestui

Biarkan dunia berputar
Seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui
Cinta yang terlarang
Untuk kita berdua

Dari jauh ku berlari
Mengejar mimpi-mimpi
Berat rasanya
Kudapatkan semua

Dari situ kusadari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua
Bisa ku miliki

sekian..


posted from Bloggeroid

Post a comment

4 Comments

  1. Tanpa berpegang tangan, tanpa berpeluk, tanpa bersentuh yg bukan muhrim, tapi filem2 Iran selalu menang anugerah antarabangsa. Filem2 Melayu punyalah nak tunjuk real sampai melakukan segala yg dilarang Islam, tapi jarang2 menang anugerah antarabangsa...

    Pokoknya kalau filem yg mengikut kerangka Islam seperti filem2 Iran itu pun masih boleh menang anugerah antarabangsa jika jalan ceritanya memukau...

    ReplyDelete
  2. sangat menghayati cerita dorang ni ye

    ReplyDelete
  3. tgk sekejap jerr semlm, pastu tido... hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)