Skip to main content

KETAHUI PUNCA KENAPA ANDA DAN PASANGAN DIBENCI ORANG



Orang yang sedang dilamun cinta memang perangai nya tidak2 sikit.heheh..maklum la..tengah mabuk..kan??jadi orang yang memandang ni kadang2 kena sabar je la..nanti kalau kita tegur dah dikatanya kita ni dengki .tak boleh tengok depa bahagia.

Pada adik-adik yang tengah mabuk kepayang bercinta tu,tak de nye orang nak dengki dengan ampa...ada sesetengah perangai ampa tu yang buat orang meluat ja..nak tau apa??meh kita tengok.ada tak salah satu ni yang ampa ada buat??



TAK MAU KELUAR KALAU KEKASIH TAK IKUT SERTA

Ke mana-mana selalu berdua,tak boleh dipisahkan lagi . Awal-awal memang la orang kan kata "sweet nya..."tapi lama-lama orang neluat dan bosan.. Tambah-tambah pulak bila orang ajak kemana-mana mesti tak nak sebab kekasih tak ikut sama..

SEMUA JEMPUTAN DIANGGAP JEMPUTAN UNTUK BERDUA

Bila ada kawan-kawan jemput ke majlis atau ke sesuatu tempat mesti korang pikir itu jemputan untuk korang berdua.padahal dia ajak ko sorang je..kalau macam tu selamanya mesti kawan-kawan lain rasa malas nak jemput. kadang2 kehadiran orang "asing" akan buat orang lain tak selesa

SELALU MENGGUNAKAN PERKATAAN 'KAMI'

Setiap kali orang tanya pendapat mesti nak gunakan "kami".Apa pendapat awak tentang  restoran tu."kami tak suka makan kat situ..Manap kata gulai dia masin.Nasik lembik.kami berdua lebih suka makan kat Nandos ja" .nak jugak cerita pendapat kekasih dia.. Jika orang lain tanya pendapat ,jawab la mewakili diri sendiri..bukan mewakili pendapat pasangan kekasih.

BERMESRA KETIKA ORANG LAIN SERIUS/
KERAP BERMESRA DIDEPAN KAWAN-KAWAN

Ini adalah kelakuan yang betul-betul boleh buat orang menyampah pada kita.Contohnya bila kawan-kawan berbual perkara yang serius boleh pulak ampa berdua dok gelak-gelak cuit sana cuit sini. Ini seperti tidak menghormati majlis dan orang lain di sekeliling kita.

RAJA DAN RATU DRAMA DILAMAN SOSIAL

 Orang lain mesti bosan dan jemu dengan status-status mesra setiap 10 minit sekali dengan kekasih. bukan time mesra-mesra je orang nyampah, time bertengkar pun orang nyampah jugak.."semalam sayang la,rindu la..hari ni lawan maki pulak.." Errrr..tak matang betul.



Jadi..bila bercinta tu sila berpada-pada ye adik-adik..jangan sampai orang meluat.bukan saja meluat kat kita sorang.dengan kekasih2 kita sekali orang menyampah..

sekian..

Comments

  1. Janganlah buat orang lain menyampah kan..

    ReplyDelete
  2. Kata omputih: 'easy come, easy go'. Jenis yg keterlaluan mesra macam ni lah bila kawen tak sampai setahun dah bercerai berai...

    ReplyDelete
  3. hahaha.
    muak kalau org cmni
    org lain pun berpasangan rilex je ..die nk mcm belangkas tu ap ke halnyo ..
    hahaha

    ReplyDelete
  4. klau da terlalu expose hbngan tu ngn org org laen, t in case jdik pape, malu je.. baek diam2 je,

    ReplyDelete
  5. hai kak.maaf kak.lama x dtg sini.sy rasa mcm sy dh jauh ngan akk.xrapat mcm dulu.dh xde share share cerita pasal anak.akk bz ke?

    ReplyDelete
  6. nk loving2 xyah kot dpn org..nyampah

    ReplyDelete
  7. kot yer pun sayang..tak perlulah nak tunjuk secara umumkan.

    ReplyDelete
  8. Yup. Semua fakta tu betul. Cuma kadang, kita malas nak sebut terangan, nak jaga hati kawan.

    Biasanya, masa tengah bercinta ramai yang lupa diri dan dunia sekeliling. Depa lantak jer apa orang nak kata pasal depa.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …