ZUL MUHAMMAD

KANAK-KANAK INI MENGIMAMKAN SOLAT JUMAAT DAN MENYAMPAIKAN KHUTBAH

Assalamualaikum...


Kanak-kanak ini bernama Anas Al Shatti dan dia baru berusia 9 tahun. Walaupun masih muda namun dia sudah hafal seluruh isi kitab suci Al Qur'an dalam beberapa tahun ini.


Kerana kebolehan nya  ini, Anas dibenarkan menjadi imam dalam solat Jumaat di Yordania. Ada beratus-ratus umat Islam yang hadir di masjid Al Ibrahimi mengikuti solat ini. Dengan penuh khusyuk  mereka mendengarkan khatib kecil ini berkhutbah.



Anas kelihatan yakin dan berani ketika dia berdiri di mimbar untuk pertama kalinya. Dalam khutbahnya, dia membahas tajuk perilaku anak yang wajib berbuat baik kepada orang ibu bapa. Ini betul-betul sangat membanggakan. Seorang anak kecil mampu memimpin dan memberi khutbah kepada beratus-ratus  orang.

sekian..

Post a comment

3 Comments


  1. Adakah kanak2 9 tahun itu sudah baligh? Kalau sudah baligh rasanya tak ada masalah utk dia menjadi Imam kepada orang dewasa.

    Tapi kalau budak itu belum baligh, kita lihat pendapat ulamak:

    Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry, syarat sah menjadi Imam ialah baligh. Maka tidak sah kanak-kanak yang belum baligh menjadi Imam didalam solat Fardhu, dan ini dipersetujui oleh ketiga-tiga Imam, tetapi ada perselisihan pada Imam Syafie. Antara catatan yang diberikan oleh Sheikh Abdul Rahman ialah:

    1. Mazhab Syafie - kanak2 yang belum baligh boleh menjadi Imam untuk solat fardu, kecuali solat Jumaat. Untuk solat Jumaat, jika terdapat Imam yang biasa, tidaklah sah solat melainkan dengan Imam tersebut.

    2. Mazhab Hanafi - Tidak sah kanak-kanak yang belum baligh menjadi Imam sama ada didalam solat fardu (termasuk solat Jumaat) dan juga solat sunat.

    3. Mazhab Maliki - Tidak sah menjadikan wanita dan khunza sebagai Imam jika makmumnya lelaki. Lelaki adalah syarat untuk menjadi Imam Mutlak jika kedua-dua (wanita dan khunza) menjadi makmumnya.

    4. Ulama bersependapat bahawa kanak-kanak sah menjadi Imam jika makmumnya terdiri dari kanak-kanak juga.

    (Sumber: http://abumiftahblog.blogspot.com/2010/08/berimamkan-kanak-kanak.html)

    Sekadar perkongsian maklumat...

    ReplyDelete
  2. kagum dengan budak ni..kecik² dah penuh ilmu agama di dada..tapi kecik lagi kot.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)