Skip to main content

WANITA INI DISEBAT KERANA MENAIKI KERETA DENGAN LELAKI

Assalamualaikum..



seorang wanita Sudan di sebat dikhalayak ramai
apabila ditangkap kerana menaiki kereta bersama lelaki yang
tidak ada kaitan saudara dengan nya..
kejadian berlaku di ibu negara Sudan-Khartoum

Wanita tersebut,Halima disebat oleh anggota polis
sambil disaksikan orang awam yang hanya mampu melihat dan membisu.
kejadian tersebut malah dirakam dan 
video tersebut diserahkan kepada wartawan.

Gabenor Khartoum , Abdul Rahman Al Khidir , dilaporkan berkata
bahawa dia tidak fikir hukuman sebatan itu dijalankan dengan sepatutnya ,
tetapi dia berpendapat wanita tersebut  berhak dihukum mengikut undang-undang Shar'ia itu, "





Sistem undang-undang agama Islam , 
secara meluas dgunapakai oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.
Namun menurut  Afrika Press, wanita Sudan telah menderita di bawah Artikel 152 kanun keseksaan , undang-undang ' tidak berperikemanusiaan, ganas dan terkenal ' yang mula dilaksanakan pada tahun 1991.

Undang-undang negara sudan mula diteliti 
sejak bulan lepas apabila seorang wanita 
yang rela dirinya disebat untuk mempertahankan haknya
untuk tidak menutup rambut.

sekian..



Comments

  1. takot memang takot tp kalo kite lebih takot pd tuhan , tak timbul sebarang masaalah dalam melaksanakan hukum tuhan...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    kalau ada saksi ..susahlah nak elak
    tapi dlm agama kalau tak ada saksi
    kita boleh tidak mengaku dan segeralah
    bertaubat pada Allah

    tapi kes wanita ni...kesian pulakan..

    ReplyDelete
  3. tak klik pun video tu... takut!

    *diana... join lah GA yg blogger2 buat ni. byk betul skrg ni. tu yg berkobar2 join tu. tak kisahlah menang ke tak. yg penting kenal ramaaaai lagi blogger2 baru kan.

    ReplyDelete
  4. pernah tgk video psl turki. tak boleh berlagak pondan. kalau tukar gender, kna pakai tudung.. pelik

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …