Skip to main content

TANDA-TANDA RUMAH BERHANTU

Assalamualaikum...



Bila kita tak pernah tengok bukan bermakna ianya tak pernah wujud.sesetengah orang sukar mempercayainya.tapi bagi yang pernah mengalaminya,mereka sedar ianya tetap ada disekeliling kita.Mungkin rumah kita sendiri ialah tempatnya..jom kita tengok apa ciri-ciri rumah berhantu.

SUARA ANEH

Fenomena yang paling kerap muncul adalah wujudnya bunyi-bunyi yang tidak diketahui sumbernya. Bunyi-bunyi yang membuatkan jantung berdebar dan cemas. Bunyi tersebut bukan sahaja  suara manusia menangis atau ketawa,namun mungkin juga bunyi2  seseorang seperti derapan kaki, ketukan pintu dan sebagainya.Mungkin juga itu hanya ilusi kita tapi kalau bunyi nya jelas tak mungkin hanya ilusi.

ADA PERASAAN PELIK

Ketika memasuki rumah atau ruangan tertentu ada perasaan pelik yang muncul.contohnya di dapur tau bilik mandi. Merasa seperti ada yang mengawasi dan memerhati. Bulu roma berdiri dan membuat kita ingin selalu menoleh ke belakang, atas atau bawah

KEJADIAN PELIK

Pernahkah ada barang yang bergerak sendiri, seperti gelas bergeser,lampu menyala atau  terpadam tanpa sebab?Berbagai kejadian pelik yang terjadi sekali sekala memang tidak serta merta menunjukkan adanya hantu. Namun bila terjadi terjadi beberapa kali, mungkin makhluk-makhluk tersebut sedang berkomunikasi dengan kita.

PERILAKU HAIWAN

 perhatikan haiwan yang adad disekeliling kita.misalnya anjing dan kucing. perhatikan gerak-gerik anjing, suara burung hantu,reaksi kucing dan sebagainya.Kata orang jika cicak berdecak beberapa kali itu  menunjukkan adanya makhluk halus. Anjing yang menyalak bersahut sahutan juga sering di katakan sedang melihat makhluk halus.

NAMPAK DENGAN MATA KASAR

Yang terakhir ini adalah sesuatu yang tak dapat disangkal lagi, ketika mereka menunjuk kan diri mereka.Boleh jadi itu merupakan bentuk komunikasi dari mereka. Ada juga yang mendakwa makhluk halus tersebut  menampakkan dirinya seperti tuan rumah atau penghuni rumah tersebut.

sekian..

Comments

  1. selalu jugak bunyi cicak dalam rumah saya. ada hantu ke? tapi setakat ni takde rasa apa2 yang pelik lagi la.. apapun kadang2 dia tak tinggal pun dia singgah je tak mustahil jugak sebab makhluk ni memang wujud di sekeliling kita cuma kita je tak nampak kan??

    ReplyDelete
  2. Aisey..
    Ni yg seram ni.
    Walaupn shark x pcaya bnda ni suma,
    Tp minta dijauhkn.

    ReplyDelete
  3. Adeh ni yg x gemar nak baca
    dah la ceq ni darah gemuruh
    oenakut pun ada

    ReplyDelete
  4. makhluk halus ni memang ada.. sentiasa ada..

    ReplyDelete
  5. Hurmm.. baru je raya.lps.liza kena. Masa tgh beraya rumah org. Masa tu anak.liza jerit pasa satu rumah usang. Mama, ada hantu.la kat rumah tu. Liza.marah dia, ish. Mana ada hantu. Sebaaik.hAbis berkata, pinggang.liza sakit yg amat dan selepsa tu.liza pengsan, bdn kejang, mata ke atas. Terus husband bwk ke emergency. Sampai peringkat saringan, semuanya normal. Percyalah ia wujud. Ia.makhluk Allah jua.

    ReplyDelete
  6. Saya ada banyak pengalaman melihat dan merasai benda2 pelik yg tak dpt dijawab melalui akal waras org biasa seperti saya. Malam minggu lepas misalnya terlihat objek seperti orang tua menembusi dinding. Sebelum itu pernah terjumpa di Air Hitam, Kedah satu objek putih melanggar kereta saya kira2 pukul 1.00 pagi. Masa sekolah pernah melihat apa yg orang panggil hantu penaggalan. Juga pernah sesuatu menyerupai aruah adik saya menumpang kenderaan. (Sebahagian dari pengalaman misteri ini ada saya ceritakan dalam blog saya)

    Mungkin mereka yang tak pernah mengalaminya tak percaya dengan apa yg pernah saya alami. Tak percaya pun tak apa. Seseorang itu cuma percaya bila dia sendiri pernah mengalaminya seperti saya....

    ReplyDelete
  7. kalau boleh tak nak jumpa hantu ni kak.. seram aiza..

    ReplyDelete
  8. nasib baik akak tak letak gamba tu seram sangat. kal0 tak, tak boleh tid0 saya dibuatnya. ><
    mintak simpang laaa...benda tu terjadi kat saya~

    ReplyDelete
  9. seram pula lewat2 malam ni... huhu

    ReplyDelete
  10. harap dijauhkan la perkara2 yang menyeramkan nih...hoho

    ReplyDelete
  11. biasa,di mane2 puna da kan...klu blh mmg takmo..erk..akk alami ke smp tergerak bt entry?

    ReplyDelete
  12. Alhamdullillah.tiada perkara tersebut berlaku..moga tiada penghuni lain..phew~ berpeluh gak baca entry akak ni..nasiblah baca pagi.

    ReplyDelete
  13. gulppps..I nih mmg penakut bab2 hantu..tgk preview citer hantu pun penakut..sabo je la..pepun yg penting kita as orang Islam..perlu snetiasa baca Yasin..alQuran sbg pelindung pada rumah.inshallah..

    ReplyDelete
  14. PART ADA YANG MEMERHATI TU SLL BUI RASA..EII,NAUZUBILLAH..

    ReplyDelete
  15. Moga dijauhkan dari terlihat..
    Seriau ooooo :D

    ReplyDelete
  16. alaaaa takut sy nk baca entry akk ni.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Diana

    tak sangup nak tengok...seram

    ReplyDelete
  18. Adoi! Nsb bek sy baca entri ni waktu siang. Minta dijauhkan....

    ReplyDelete
  19. Semua tu alhamdulillah takde kat rumah saya. Tapi cicak berdecak tu selalu je. Bukan ke cicak mmg berbunyi ke? Cuma kat rumah saya selalu ada dgr bunyi guli jatuh dan bunyi perabot dialih. Org kata kalo bunyi gitu ada jin. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum,

    setiap kali azan dari surau dekat rmh
    kak ati ni ...anjing sebelah rmh ni pun
    menyalak sama...

    anjing tu suka ....ke kot..kot...huhu
    nahi...nahii

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum,

    setiap kali azan dari surau dekat rmh
    kak ati ni ...anjing sebelah rmh ni pun
    menyalak sama...

    anjing tu suka ....ke kot..kot...huhu
    nahi...nahii

    ReplyDelete
  22. orang rumah atas zizie ni, selalu buat bunyi bising.. ada kawan tanya,"betol ke orang yang buat bunyi tu?" jhahaha

    ReplyDelete
  23. sy pernah dengar suara perempuan menangis jam 4 pagi kat seberang jalan luar rumah saya...jeng jeng jeng...apakah itu...? huhu

    ReplyDelete
  24. Dulu kat umah la sy, kalau siang pun selalu ada bunyik loceng gelang kaki anak walaupun anak xde g sek.bila x pakaikan gelang kaki dia buat bunyik suara lain pulak..

    Kalau pandang pki ekor mata blh perasan mcm ada entiti lain. Saja la dia nk bg tau dia wujud

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …