RAYA DAN KAMPUNG

Assalamualaikum...

Bila lepas cuti mesti malas nak update blog..
Tengok kat nuff ada cpuv baru..
Tapi tetap rasa malas..
Yang penting hujung bulan ni dah boleh cashout lagi..hehe...
Nampak sangat nak duit je nih..
Haha...



Raya kami sama je macam orang lain..
Kami buat ketupat jugak..
selain tu ada bihun jugak..
Kari daging , dan ayam pun ada..

Ayah mertua yang masak..
Ayah mertua aku memang pandai memasak..
Mungkin sebab adik beradik dia semua lelaki
Jadi nak tak tak nak kena jugak la
Belajaq masak..

Pagi Raya kat sini hujan..
sampai jam 11 pagi pun hujan lagi..
dah renyai2 tu baru la sempat beraya rumah jiran2 keliling tu..
lepas tu dah jam 2:30 petang balik umah..
tidur kan anak jantan ni sat..
mengamuk2 dah dia kat umah orang
sebab mengantuk..




Cantik kan kampung kami...
Jam 6 petang kami dah bersiap nak balik ke penang..
ada rumah kawan2 suami
yang tak sempat nak pi..
Teringin nak pi rumah Shida ,
pun tak sempat nak pi..

Yang tak bestnya bila balik dari kampung
Banyak la kain baju nk kena kemas..
nak kena basuh..adoi..
nak sidai nak lipat..
tu semua perlukan tenaga..
kami tak suka gunakan tenaga..hahahha..




Isinya pun sakan jugak tu.
mak mertua aku macam tau2 ja banyak
kain baju kotor nak diisi..
plastik sakan dibaginya..
Haha...

sekian..
posted from Bloggeroid
RAYA DAN KAMPUNG RAYA DAN KAMPUNG Reviewed by Diana Rashid on October 16, 2013 Rating: 5

18 comments:

  1. biasanya lepas balik bercuti macam tuh la kak , memang jenuh nak membasuh dan menyidai...lebih parah melipat la...hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe> lepas dah beraya sakan, kena la sakan basuh baju. Penuh makna beg plastik tu ye kak.

    ReplyDelete
  3. tu la..part nk membasuh tu..adoyaiiiii lomah lutut den

    ReplyDelete
  4. Juadah raya penang sama dengan juadah perlis yeaaa
    ^___^

    ReplyDelete
  5. Salam, hahaha sy memang setuju part balik dr kampung tu kena kemas segala..penat kan, haha

    ReplyDelete
  6. best beraya.. tapi bawa balik kain baju kotor pun mesti banyak juga..

    ReplyDelete
  7. nak membasuh okey lagi.. tapi part lipat baju tu memang malas. huhu

    ReplyDelete
  8. balik dari kampung memang kena sakan membasuh kan?? kami tak balik kampung raya haji ni.. kami x raya pun.. jenguk in law depa pun x celebrate sgt. family kecik lagu tu la kot.. in law pun ada 2 je anak jantan. sorang dah nikah dgn kami, sorang bujang.

    ReplyDelete
  9. haa...cuti panjang bab cuci baju tu yang lemah..ndak2 pulak musim hujan macam sekarang ni..berkoyan-koyan dibuatnya..

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya Aidiladha :)

    ReplyDelete
  11. Sakan la basuh kain baju nanti ye. Untung le pak mentua pandai masak.

    ReplyDelete
  12. yang penting seronok beraya kat kampung kan..suasana raya tu lebih meriah :)

    ReplyDelete
  13. Untung la dpt blk raya. Sy x balik....

    Haha pas balik mmg letih nk kemas semula. Blm bab menyusun baju bajan tu semua lg

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya kak diana :) deno raya tahun ni biasa2 je.. kakak pun ramai tak balik..

    ReplyDelete
  15. Samala kat sini pun hujan je masa raya, sampaikan demam urat myra ha penangan ayaq nyoq ngan nangka..hahaa

    ReplyDelete
  16. bulan ni rara paling banyak kena pack baju.malas nya! haih~

    ReplyDelete
  17. Beraya Sakan nampaknya. Apa bila balik kampung peluang dapat jumpa adik beradik dan saudara mara.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.