Skip to main content

PADAH MINTA ANAK MURID HIDUPKAN ENJIN KERETA

Kuala Lipis: “Saya lihat kereta itu mengundur dengan laju dan cuba mengelak, namun tidak sempat,”

kata Siti Aisyah Mohd Ridzuan, 13, seorang daripada tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benta, yang parah akibat dilanggar seorang pelajar lain di tapak perkhemahan Kampung Lalang, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang guru meminta pelajar berusia 13 tahun terbabit menghidupkan enjin kereta Proton Perdana miliknya untuk memasang penghawa dingin. Bagaimanapun, pelajar itu secara tidak sengaja memasuki gear undur sebelum melanggar khemah yang diduduki Siti Aisyah bersama Nor Sabina Syakikia Ahmad Nordin, 13, dan Nur Najwa Rahmat, 14.

Akibatnya, Siti Aisyah patah kedua-dua tulang selangka dan pergelangan tangan kanan, Nor Sabina Syakikia patah pinggang serta paha manakala Nur Najwa Rahmat, 14, patah jari kanan.

Difahamkan, Nor Sabina Syakikia masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL manakala Siti Aisyah dan Nur Najwa sudah dipindahkan ke wad biasa semalam.

Comments

  1. Tulah pasal semalam kita dah cerita kat suami kita..Sekarang semua orang pun jangan amik enteng benda2 yang kita rasa cam remeh je such as nak hidupkan enjin kereta..Maybe cikgu dia rasa ala setakat idupkan enjin keta apa hal sangat kan..Sekali dah jadik cam ni nasib tak mati..So selagi namanya pelajar di bawah umur janganlah mintak buat perkara2 yang memang diaorang tak patut buat...

    ReplyDelete
  2. Kunci2 penting cam kunci kereta, kunci rumah semua kena simpan tmpt2 yg jauh dpd anak2. Budak2 skrang dah cerdik. Tak macam kita dulu2.

    ReplyDelete
  3. ya Allah.. teman sikit pun x berani nak bagi anak sedara dok dalam keta kalau ada kunci keta dalam tu.. risau budak tu main2.. kalau keta auto lg senang jea depa nk gerakkan gear

    ReplyDelete
  4. bahaya sungguh kan. bnda2 mcm ni kita tak jangka berlaku

    ReplyDelete
  5. erm.. bila jadi perkara macam ni, sapa yang harus dipertanggungjawabkan?? smpai cedera pula tu..

    ReplyDelete
  6. adoi..... disuruhnya budak2 buat... deno yang umo 24 ni pun jarang2 abah bg... hihihi... kesian budak yg jadi mangsa tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …