Skip to main content

MAISARA:BAGUSNYA ANAK AKU NI..

Assalamualaikum.....

Aku pernah cakap kat Maisara dulu
Yang aku nak bawak dia pi tindik telinga..
Tapi dia tak nak...
Katanya  takut nanti kawan2
Belek2 telinga dia..hehe...

Semalam petang aku bagitau la cuti sekolah
Nanti nak pi tindik telinga dia..
Sekali lagi dia kata dia kata dia tak nak.
takut sakit Pulak..

Dia masuk bilik dia..
Lama..baru dia keluar..
Rupanya dia buat anting-anting..

"Tengok ni ibu..
Tak payah nak tindik telinga kami..
Kami dah ada subang..
Cantik kan?"

tidur pun pakai anting2 kertas dia tu.


Aih...sanggup dia pakai  gitu
Dari tindik telinga..

Dia memang suka buat semua benda dengan kertas..
Buat baju polis pun guna kertas..
dah tu sidai depan umah pulak..

ni baju polis tau..

"Ibu nak tahu tak kenapa
Kami suka buat guna kertas je??
Sebab kami main sekejap je..
Kalau beli rugi je duit ayah..
lepas main kami buang2 je.
Kan rugi...."

Ya Allah..
Bagus nye la anak aku ni..
Hahaha...

Sekian...

Comments

  1. Memang bagus sgt maisara ni. Pandai awak didik dia.

    ReplyDelete
  2. Mmg bagus! Pastu kreatip lagi...ni kalau belikan buku yg buat origami tu, mesti mcm2 dia buat.

    ReplyDelete
  3. sejuk poket ayah dapat anak macam maisarah. hope lala esok tu main kertas jugak la.. jimat. hahahahaha. adik saya ada sorang sampai sekarang tak pernah tindik telinga. sebab takut la tu

    ReplyDelete
  4. hahahahaha sejuk perut ibuu mengandung~bijaknya~ alaaa maisara kalau tindik mst lg lawa,aunty nk tindikan je telinga princess tu kalau ikutkan hati.uncle je x bagi.haih~

    ReplyDelete
  5. kecik2 sudah pandai berjimat , tahniah buat Maisara...:)

    baju Polis tapi kenapa logo love , polis mat bunga ke tuh Maisara...haha

    ReplyDelete
  6. bijak ikut sape agaknya tu diana... :)

    sedap aje ...kata ...kami..hehe so utara gitu :)

    ReplyDelete
  7. kreatif inovatif cerdik dia..

    ReplyDelete
  8. alahai cutenya.kreatif anak akak ni.hehe

    ReplyDelete
  9. pandai maisara pilih new balance tu..cm tau2 je tu mmg slh 1 jenama utk baju tp bkn utk polis heheheh

    ReplyDelete
  10. Bijak dan baik budak Maisara ni. Terharu bila mendengar kata2 anak. Dia tau pengorbanan,susah payah ibu ayah....bertuah!!!

    ReplyDelete
  11. bagusnya maisara..meh nak kiss sikit..hee

    ReplyDelete
  12. Anak perempuan saya mula bertindik ketika berusia 4 tahun. Sekarang dah lama telinganya kosong tanpa subang, sebab sejak usia 10 tahun (sekarang usianya 14 tahun) tudung tak lekang dari kepala, subang dah jadi macam perhiasan yg tak relevan dgn dirinya lagi....

    ReplyDelete
  13. Anak perempuan saya mula bertindik ketika berusia 4 tahun. Sekarang dah lama telinganya kosong tanpa subang, sebab sejak usia 10 tahun (sekarang usianya 14 tahun) tudung tak lekang dari kepala, subang dah jadi macam perhiasan yg tak relevan dgn dirinya lagi....

    ReplyDelete
  14. bagusnya maisara.. dah pandai berjimat sejak kecil..

    ReplyDelete
  15. memang bagus maisara!!!! good job, kecik2 dah pandai berjimat!^^

    ReplyDelete
  16. bagusnya maisara! dia sudah berfikir jauh ke depan. jimat banyak duit ayah kalau camtu.

    ReplyDelete
  17. untung kalau buat maisarah jadi menantu. hiksss

    ReplyDelete
  18. hehe..
    kreatif ler anak akak..
    comel snugguh baju polis tue.
    siap ada love lg.

    ReplyDelete
  19. waaa.. bagusnya ank akk ni.. kecik2 pndai berfikir.. :)

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …