Skip to main content

INI LAH PENYEBAB KEDUT DIWAJAH

Assalamualaikum..

Bila umur makin meningkat ni ada satu lagi perkara yang aku kena fikir iaitu kedut diwajah.Balik kampung jarang2..bila sekali balik terperasan muka mak dah ada kedut..terpikir pulak aku nanti umur 55 macam mak mesti ada kedut macam tu..heheh
Kedut menjadi masalah kulit paling utama yang dihadapi wanita berusia.Kedut adalah disebabkan faktor usia, kelembapan dan keanjalan kulit wajah menurun.

Selain usia, kedut juga disebabkan oleh beberapa faktor lain, berikut di antaranya.

1. Hormon

Tak ramai yang tahu, kedut disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dalam badan berpengaruh terhadap penghasilan kolagen yang menjaga keanjalan kulit. Jika kadar estrogen terganggu, kulit pun akan terkena impaknya.

2.ketawa Berlebihan



Tersenyum dapat membuat wajah lebih berseri, tapi juga mampu menimbulkan kedutan di wajah. terutama pada bahagian pipi, kerana adanya tekanan antara otot bibir dan tulang pipi.

3.Muram/bermuka bengis



Bertindak hampir sama dengan tersenyum, ekspresi wajah muram dan mengerutkan dahi juga akan membuat kedut di wajah semakin jelas kelihatan. Terlalu sering mengeutkan  dahi akan membuat lipatan kedutt di bagian dahi atau tulang pipi menjadi merosot.

4. Minum dari penyedut


Ketika menyedut minuman dari penyedut, kulit pipi tersedutt ke dalam dan bibir berkerut. Jika terlalu lama akan meninggalkankesan berupa kedutan di pipi dan sekitar bibir.

5. Matahari

Kedutan  juga muncul akibat terkena panas matahari atau menggunakan  pewarnaan kulit seperti tanning bed. Sinar UVA dan UVB yang menembus kulit akan memberi kesan pada pembentukan kolagen dan keanjalan kulit.

6. Pola makan yang tidak sehat


Bukan hanya perut yang memerlukan makanan kulit pun perlu diberi makan. Cukup dengan pengambilan vitamin, mineral, dan protein dapat menyekat pembentukan kedutan pada wajah. Selain itu, kurang air dapat menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.

7. Asap rokok dan pencemaran udara


Asap rokok dan nikotin  menjadi racun terhadap kesihatan kulit. ketika asap rokok diserap kulit, kulit akan berkedut, kering, dan kusam. kesan buruk ini juga boleh terjadi akibat pencemaran udara

8. Genetik


Ramai juga wanita yang mengeluhkan kedut diwajah  pada usia yang cukup muda. Biasanya keadaan  ini disebabkan oleh faktor genetik yang menurun dalam keluarga.

sekian..


Comments

  1. banyak juga sebab2 kedut ni yang selalu juga saya buat.

    tq.. atas informasinya..

    ReplyDelete
  2. nice sharing..untuk panduan kita.. :)

    ReplyDelete
  3. minum pakai straw pun jadi punca jugak yer... kadang2 benda2 yg kita anggap remeh pun mampu besar kesan besar pd diri kita

    ReplyDelete
  4. Ada orang yg muka tegang tapi nampak perut dan tengkuk berkedut kerana terlebih makan. Mungkin ramai yg cuma jaga muka tapi tak jaga perut....

    ReplyDelete
  5. klu macam tu jom dapatkan collagen powder shaklee dari saya!hehe....offer skng...RM100 je utk trial pack..berbaloi2...;p

    ReplyDelete
  6. minum dari straw pasni kena sedut selow2 je. tapi yg part pencemaran asap rokok tu buat rasa menyirap je. Sbb itu mmg bukan salah sendiri tapi org lain yg mencemarkan udara, org lain yg berkedut.

    ReplyDelete
  7. kna jga dari muda ni.bg kurang kedut skit.hehe

    ReplyDelete
  8. jom tegangkan kulit dengan buat senaman muka ke kan.hee

    ReplyDelete
  9. eMasam tak boleh...
    Ketawa pun tak boleh...
    Huh.. susah juga nak elak kedut nie! :D

    ReplyDelete
  10. Erk krwa pun boleh sebabkan kedutan..speechless jap

    ReplyDelete
  11. no.2 tu selalu juga aiza buat.. kena kurangkan ketawa berlebihan la lepas ni..

    ReplyDelete
  12. kena kurangkan minum pakai straw lah lepas ni..sebab banyak juga perkara disenarai membuatkan kulit cepat tua tu..

    ReplyDelete
  13. Oit, tak sangka pulak minum pakai straw boleh menyebabkan kedut di muka. Itu cara beralas nak suruh kita jangan minum banyak ais, lebih baik minum air suam aje :D

    ReplyDelete
  14. kekedutan juga merupakan tanda umur kita semakin singkat

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …