Skip to main content

BUNUH DIRI GARA-GARA PEMBEDAHAN ALAT KELAMIN GAGAL



Seorang transeksual bernama Nathan Verhelst dari Belgium memilih untuk mengakhiri hidupnya kerana berasa pembedahan alat kelaminnya gagal membuatnya menjadi seorang lelaki.



Nathan Verhelst pada awalnya lahir sebagai wanita yang bernama  Nancy. Dia selalu berasa berbeza dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi lelaki. Semenjak tahun 2009, dia memutuskan untuk menjalani terapi hormon yang akan mengubahnya menjadi seorang lelaki. Namun ianya tidak membuahkan hasil. Dia mengalami sakit yang luar biasa pada bagian dada dan alat kelaminnya tidak terbentuk dengan sempurna. Dia merasa dirinya bagaikan seorang raksasa.



Nathan yang putus asa akhirnya memilih untuk mengakhiri hidupnya dengan melakukan suntikan euthanasia. Proses bunuh diri dengan suntikan mati ini memang menjadi sesuatu yang dibenarkan di Belgium. Seorang doktor dipilih oleh Nathan kerana doktor tersebut  memang pernah melakukan suntikan tersebut terhadap seorang kembar yang menderita kanser.  Nathan menghembuskan nafas terakhirnya di tangan doktor dengan pilihan suntikan mati tersebut.



Suntikan mati ini memang menjadiperkara yang masih kontroversi di Belgium. Beberapa orang bersetuju dengan cara ini, namun ramai juga yang menentangnya kerana ianya seperti membenarkan bunuh diri.

sumber:dailymail/vemale

Comments

  1. memang tu namanya bunuh diri..

    ReplyDelete
  2. kecewa punye pasal kan..sanggup je mati..huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Diana

    Subhanallah

    ReplyDelete
  4. senang je dia mati.. akibat kecewa..

    ReplyDelete
  5. Orang Islam jangan pulak buat permintaan mcm tu....

    ReplyDelete
  6. dah di jadikan perempuan nak jadi lelaki.. di beri hidup nak mati.

    ReplyDelete
  7. Itulah bila manusia tidak percaya takdir Tuhan, dia akan sangat kecewa bila hasratnya tak tercapai...

    ReplyDelete
  8. Kesian..
    Tak dapat hidayahNYA..
    Kita yg ada hidayah ni,jaga lah nikmat hidayah ni sebaik mungkin

    ReplyDelete
  9. MasyaAllah..moga tidak menjadi ikutan :)

    ReplyDelete
  10. ada juga manusia macam ni ye.. erm..

    ReplyDelete
  11. ish3..saje cri penyakit =.="

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …