Skip to main content

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...

Balik kampung masa raya tu tengok banyak betul belimbing buluh kat depan umah.
Masa raya puasa dulu dah ambik bawak balik tapi sikit sangt.
tak sempat nak buat sambal hitam macam orang pahang masak tu..
kali ni ambik satu beg plastik tu..
banyak..
tapi bila dah rebus dia kecut jadi sikit je..
Resepi sambal hitam ni aku tak tau la ambik dari blog mana
sebab sebelum masak tu aku google dan aku pi semua blog yang ada 
dalam senarai carian google tu..
terima kasih la kat semua..

bawak balik satu plastik bila rebus jadi sikit ja.

Warna dia tak hitam kan??
aku rebus 5 jam ..
lepas tu aku nampak dia macam nak hancur dah..
padahal bukan ada kacau2 pun..
sebab tu sebelum hitam aku dah tutup api sebab takut dia hancur terus apa pun tak boleh..
terima kasih la kat gas dapur sebab beri kerjasama sepanjang 5 jam tu..


masa ni dah rebus dia..jadi kuning2 dan berair.

Jenuh le mencari kuali lama yang dah tak pakai tu..
mujur ada simpan satu..
terima kasih kuali lama..

Bahan-bahan resepi sambal hitam..


1 senduk belimbing buluh yang sudah di rebus segenggam ikan bilis10 tangkai cili padi 10 biji bawang merahgaram5 Sudu besar kicap manis


Cara-caranya

kisar semua bahan sampai hancur..
panaskan minyak dan masuk kan je semua bahan dalam kuali..
tunggu sampai bahan semua dah garing boleh la diangkat dan dihidangkan...

Nampak mudah je kan??ni kalau orang pahang baca resepi ni marah diaorang ni..hahahah..kisar semua bahan terus tumis je semua..hahahah...dah nama resepi pun sambal hitam pahang yang mudah...kan??







macam ni kira jadi la kan??

Bila dah siap,makan la..
makan sorang2 dulu sebab kalau tak sedap sorok dari suami..
kalau sedap baru boleh tunjuk kat dia..
hahha..tapi memang sedap la..
makan nasik tambah 2 kali tau..
terima kasih la kat sambal hitam ni..

Lepas ni boleh la buat lagi..
belimbing yang rebus tu pun guna sikit ja tadi..
ada banyak lagi..
simpan dalam peti sejuk..boleh simpan lama kan??
terima kasih  la kat peti sejuk..

#rasanya aku suka sambal hitam sama banyak macam suka sambal tempoyak..
#pada otai2 masakan saya memang tak pandai memasak.dan jarang memasak.membeli saya pandai..hahah

sekian...

Comments

  1. hihi..sy org phg pun x reti bt sambal ni..;p

    ReplyDelete
  2. kalau rsanya sedap kira okla tu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. rasanya macam mana? masam belimbing ke? pedas cili ke? rasa cam sambal bilis tapi letak asam ke? rasa macam sambal ketuk ke? saya ni org jawa. sambal hijau atau org jawa panggil sambel ijo tau la =P sambal hitam/pahang ni tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
  4. Tak penah try sambal hitam ni wp saya org pahang.

    ReplyDelete
  5. macam mana nak cakap.. saya tak pernah makan atau tahu pasal makanan ni. buah belimbing tu kan masam.. lepas rebus tu dia masam lagi tak??

    ReplyDelete
  6. mak aku reti sebab kitorang asal Lipis. kah kah. mmg xleh celen

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Diana

    tak pernah lagi rasa

    ReplyDelete
  8. nampak sedap.. aiza tak pernah makan..

    ReplyDelete
  9. tak pernah dengar lagi sambal hitam ni..kalau belimbing buluh ni rumah kat kg ade la..kalau kat bandar ni payah nak mencari.kalau teringin boleh jugak try macam akak..hihi..mmg kalau masak,tak sedap mesti nak sorok dri husband..kalau sedap baru tunjuk.hehe..klakar :)

    ReplyDelete
  10. kire terer lah tuh! saya ni jangan kan masak, makan pun tak penah! sambal hitam tu laa..hehehe~

    ReplyDelete
  11. ala tak sedap pun tak perlulah nak sorok2 kak , tak sedap macam mana pun suami akan sedap punyalah...hehe

    ReplyDelete
  12. Eh nmpk sedap la, sy x pernah mkn. Nak buat gak la.nnt nk carik belimbing buluh nk cuba buat. Terliur tgk gmbr tu

    ReplyDelete
  13. as salam

    kecur air liur tgk...dah lama tak merasa belimbing buluh ni...

    mmg dapat resepi baru hari ni...thanks yer berkongsi =)

    ReplyDelete
  14. salam sis
    Tapaukan untk tirana aduka leh? Lapo la pulak dtg sini.

    ReplyDelete
  15. Apasal tak ada resepi pun...? share ler cara masaknya sikit!

    ReplyDelete
  16. nad baru dengar pasal sambal hitam nie huhu

    ReplyDelete
  17. Tak pernah makan lagi sambai itam tu. Apa pun yang penting sedap...

    ReplyDelete
  18. Selalu belimbing tu buat bubuh dalam lemak cili api je.. nak ada rasa masam2 skit..

    ReplyDelete
  19. terliur baca entri ni, nak sikit ;)

    ReplyDelete
  20. huhuuu mmg best...
    nak jadi warna itam tu mmg rebus lama sampai agak hancur2 gitu..

    selain bleh buat sambal itam, bleh gantikan asam keping untuk buat singgang ikan. sangat2 sedap... rasa dia lagi best dari singgang yg pakai asam keping...

    ReplyDelete
  21. Kalau dah tambah dua kali tu kira memang sedap la kan...syabas!

    ReplyDelete
  22. sedap2.. biasa buat masak lemak..letak nenas gak..perghh.

    ReplyDelete
  23. tak penah makan sambal ni.. terima kasih kak.. berair2 mulut saya baca pasal sambal je.. hahaha..

    ReplyDelete
  24. lma xtgk blimbing tu..dlu ada dpan kpg.huhu

    ReplyDelete
  25. Owh kena rebus dulu ye..
    Selalu amsak lemak masukkan je, rupanya sambal ni kena rebus dulu..

    ReplyDelete
  26. Salam Diana..

    telan2 liur akak tgk sambal tu.. akak selalu dgr org cerita sambal hitam tu.. tp tak pernah rasa..

    ReplyDelete
  27. tak cukup rebus tu kak...hihii...biasa rebus 7-8 jam, memang akan jadi hitam pekat.. dan still kena tumbuk utk bagi hancur...

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum,

    yelah belum cukup rebusan lagi tu
    pakai api kecik tak diana

    then tumbuk halus ...baru lg ummmhhh!

    belajaq dari mil org lipis..hehe

    ReplyDelete
  29. ooo xpenah makan lak ni kak.sedap eh.kalo dh bertambah nasi tu kira sodap lah tu.hehehe

    ReplyDelete
  30. xpenah dgr x penah rs n x penah tgk...kesian kn sy? ;-)

    ReplyDelete
  31. Kalau sedap tak kisah la hitam ke tak, sental je kan. Hehe

    ReplyDelete
  32. saya asal dari Perak, tapi belum pernah rasa lagi..nampak sedap..

    ReplyDelete
  33. haha bee org perak , tk reti gok hahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …