Skip to main content

BELI DAN BUANG

Assalamualaikum....

Kebiasaan nya setiap hari jumaat
Aku akan kosongkan peti sejuk..
Hari ni la nak kena habiskan sayur2..
Habiskan ayam daging dan sayur2dalam peti sejuk tu..
sebab setiap minggu samaada hari sabtu atau ahad
Aku akan beli barang2 basah..

Aku bukan jenis yang beli barang dapur hari2.
Tak kuasa aih nak keluar hari2..
Keluar sekali beli cabai kering..
Esok keluar lagi beli bawang besaq..
Tidak sama sekali..hahah..

Bila dah hujung2 minggu ni
Buka peti sejuk baru la nampak..

"Eh..ada rupanya sayur ni.."

Tengok2 dah rosak..
Mana tak nya..seminggu dalam peti sejuk.heheh..

Sebabnya masa membeli
Tak fikir pun bila nak masak..
Nampak murah, telan air liur terus beli..
Lepas tu nampak sayur lain beli lagi..
Beli, beli beli,
Balik umah sumbat dalam peti sejuk..

Tu pun pening lagi..
" nak masak apa la hari ni.."

Padahal masa membeli hari tu
Tengok sayur je dah tau nak masak resepi apa..
Tiba hari nak memasak boleh pening pulak..
Last2 makan kat luar je..

Hari ni nak buat senarai nak beli sayur apa.
tak nak buang2 sayur rosak dah..
Nak buat senarai menu apa dari isnin sampai jumaat..
bila ada menu isnin sampai jumaat senang la nak beli barang apa..kan??

Tengok2 sampai hari nak masak tu,teringin menu lain pulak..
Ekekekk..

Sekian...

Comments

  1. saya selalu beli sayur yg agak tahan lama.. supaya tak payah selalu ke market.. penat lah.. tapi ada jugak kes sudden request.. pegi jugak.. huhu

    ReplyDelete
  2. Dilema ibu2 kan... Saya selalu beli sayur2 yang agak tahan lama ja, kadang2 seminggu tak masak pun asyik balik kerja singgah makan kat luar ja...ahahaaa...

    ReplyDelete
  3. Wa beli.. sikit2 ja syur.. sbb dah tahu x tahan lama.. sama juga ikan.. ayam.. teloq..

    ReplyDelete
  4. aiza pun selalu beli seminggu sekali barang-barang dapur.. bagusnya kak, siap ada senarai menu untuk masak seminggu..

    ReplyDelete
  5. aiza pun selalu beli seminggu sekali barang-barang dapur.. bagusnya kak, siap ada senarai menu untuk masak seminggu..

    ReplyDelete
  6. saya pun beli seminggu sekali jugak...selalunyer saya beli sayur yang tahan lama dan beli sayur yang anak2 suka...

    ReplyDelete
  7. aah lah kak.kena jimat sket.kekekeke.mcm sy pulak.selalu otw balik keje mmg lalu kedai.kalo rasa nk masak tu,beli lah bahan,kalo nk masak ni pulak,beli lah esoknya,cuma ayam mmg kena ada dlm peti hari hari.beli banyak lah,then carrot n brokoli.sbb sayur tu jenis lambat busuk.seminggu lebih sket pon ok lg.hehe

    ReplyDelete
  8. KAN...KENE BT LIST BARU TAK MEMBAZIR..SY JARANG BELI SAYUR..SEBAB HUSBND MKN SAYUR TERTENTU JE..N KDG SYUR SY MKN DIA X MKN...JD,ASIK2 BELI SAYUR SAWI CINA..KACANG BOTOL..BORING..

    ReplyDelete
  9. Sy pun klu iktu hati, mmg geram tgk sayur. Nak je borong seme. Tapi pk2 blk, masalah tak tahan lama tu lah. Selalu terbantut nak beli sayur byk2. Haih....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Diana

    tak pa..senang ...boleh masak bila2 tetamu datang...he he

    ReplyDelete
  11. Kakak pun tak kuasa juga Dian nak keluar tiap hari - letih kan. Kakak biasa beli barang basah Sabtu dan Rabu (pasar malam).. kalau barang kering sah-sah sebulan sekali-harung.

    ReplyDelete
  12. saya pun beli seminggu sekali. tapi sayur mmg sejenis dua je, sbb mkn berdua je kan. pastu tak tahan..lambat je dah layu. Kami ganti mkn buah2.

    ReplyDelete
  13. sebelum beli brg memang fiza buat list n resepi isnin sampai sabtu.beli brg basah pun seminggu sekali jugak.ye lah sebab awal2 kawin dulu ada jugak pembaziran sikit bile beli tak masak sampai terpaksa buang..dah membazir kan..jom2 kita elakkan pembaziran :)

    ReplyDelete
  14. saya pun kalau beli simpan alamatnya buang la. kita jenis keluarga kecik & anak2 pun kecik lagi ni apa la sangat nak makan. saya jenis nak masak baru beli. selalu asben saya yg belikan. saya cuma membeli seminggu sekali utk sekali atau 2 kali masak je. tu pun time keluar hujung minggu. hari2 biasa ni bergantung pada asben. kalau dia nak saya masak sebelum balik umah dia beli la bahan2 apa yg dia nak makan. kalau dia rasa malas nak kena jaga lala sementara saya masak.. dia bungkus je. senang. jimat pun jimat. kang ada kata kita bini pemalas pulak. masak tu tetap masak tp bukan hari2.. tak jugak sebulan sekali. seminggu 3 4 kali jugak masak

    ReplyDelete
  15. Kalu ada masalah hati berbolak balik camtuh, elok beli sayur yang tahan lama, macam kacang panjang ker... sayur berdaun memang tak tahan lama.

    ReplyDelete
  16. masa dah plan nak masak apa, tiba harinya teringin lauk lain.. tgk2 bhan xde.. haru dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
  17. Biasanya saya pun beli lauk macam ikan dan ayam je. Ayam sekor, ikan beberapa ekor dan ikut la dia tahan berapa hari. Kalo rajin masak, cepat le habis, kalo time malas tu, 2 minggu pun tak habis. Tapi sayur jarang le beli. Sama macam ujie, ganti dgn buah. Sebab sayur tak tahan lama., Nak beli tiap2 hari mmg tak dpt le nak singgah kedai tiap2 hari kan.

    ReplyDelete
  18. sy x suka simpan sayur. bla tingin nk mkn br beli n msk. tu pn beli ciput je heheheheh

    ReplyDelete
  19. samalah dgn izan pun. biasanya sabtu masa utk beli semuanya. lauk sayur buah. kalau terpaksa juga ke kedai weekdays tu cuma beli roti camtu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …