Skip to main content

AKAK BUAT- BUAT TAK PAHAM JE APA SAYA CAKAP..KAN?

Assalamualaikum...

selamat pagi...
hari ni aku nak cerita pasal kejadian masa pi beli barang dapur kat tesco hari jumaat malam tu..memang rasa nak lempang2 orang je masa tu..hahahha...

Biasa la bila hari jumaat atau hujung minggu adalah masa untuk mencari barang2 keperluan -..Untuk beli barang2 kering aku memang ke Tesco Bukit Mertajam  je..dekat dengan rumah ..Tapi entah kenapa hari jumaat tu ramai kemain orang.tertanya2 jugak aku apa yang istimewa nya tesco hari ni sampai ramai sangt nih..selalu tak ramai orang pun ..

dah ambik itu ambik inipergi pulak kat bahagian lampin pakai buang tu.,baca kat blog Lyd hari tu pasal lampin pakai buang sekali nak cuba jugak lampin pet pet tu.selama ni pakai huggies dan Whoopie .tengah dok nak berkira2 nak ambik lampin tu sekali ada budak kecik lalu sebelah aku sambil nangis meraung2.."mana mak kami..mana mak kami.."

kebetulan pulak tak de satu makhluk pun kat tempat lampin tu..aku bawak dia ke hujung rak dan ada satu kakak kat situ..sebab aku tak nak bawak budak tu ketempat ramai orang takut jadi tarik perhatian orang,aku suruh la kakak tu panggil kan orang yang kerja tesco kebetulan ada kat tepi kaunter bayaran tu..

Aku :kak ,tolong panggil jap budak pompuan tu (Tunjuk kat orang yg kerja tesco)..budak ni mak dia hilang pulak..

Kakak: erm..tak tahu la.. akak pun tak reti nak buat cemana..(sambil jalan macam mintak kena tendang bontot)

Aku: ??????????

kau dah kenapa kakak?aku ingat balik apa bahasa aku cakap kat kakak tu yang buat dia jadi bongok semacam.mana la tau kot2 bahasa aku berubah jadi bahasa uganda sampai dia boleh tak paham apa aku cakap.

Mujur la ada pekerja tesco lalu depan aku dan aku cuit2 dia dan suruh dia uruskan budak tu.Aih..yang si Mak nya  pun ..seronok sangat agaknya shopping kat tesco sampai anak hilang pun tak sedar.

Aku rasa la..kakak yang buat2 tak paham apa aku cakap tu mesti dia tak ambik tau hal orang.bagus betul kakak tu..tahniah!!agaknya kalau dia jumpa bayi tepi jalan pun dia buat tak tahu je...dia biar kan je..moga2 ada orang lain yang akan uruskan nanti..kan??

sekian...

Comments

  1. amboi mak bapak budak tu shopping sampai tak tengok kiri kanan anak hilang pun tak sedar dah.. Yg si akak kurang moral tu sebab tak kena batang hidung dia. cuba sekali anak dia hilang.. masa tu la dia berharap sangat bantuan org. Jenis manusia macam tu selagi yg depan mata dia bukan dia punya memang dia tak peduli hidup ke mati..

    ReplyDelete
  2. dia xde ank lg kotttt..choii sgt! mmg ramai org gitu..pnh skali kt alamanda ank pak arab meraung2 cr bapak dia..ramai org kt situ..sorg pn x amek pape tindakan..sume melanguk tgk budak tu meraung..kitorg lalu trus tego budak tu..and panggil pak guard soh uruskn dia...bkn ssh pn nk inform ke pak guard or org yg sesuai utk uruskn benda ni..lahaii #somalaysian

    ReplyDelete
  3. alahai malaysian le tu..dah biasa sgt agaknya budak hilang mak tu yg dia tak worries langsung

    ReplyDelete
  4. PM yang kerja dalam pasaraya nih memang selalu dengar pengumuman orang hilang anak nih...

    ReplyDelete
  5. mak syok sgt soping... anak plak merewang ntah ke mana.. mak2 ni kalau bawa anak kena lah perati betul2..

    ReplyDelete
  6. sekolah mane la kakak tu dulu agaknye. haish!

    ReplyDelete
  7. Mcm2 pe'el manusia..
    Macam dia buat salah pulak takut semacam terus blah..
    Adoila sabo jela ;D

    ReplyDelete
  8. Ada juga org mcm tu ya, huhu

    ReplyDelete
  9. Ada juga org mcm tu ya, huhu

    ReplyDelete
  10. Memang mulia perangai kakak tu. Hidup dalam dunia sendiri je tu.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Diana

    masa anak2 kecil dulu
    jarang bawa mereka ke supermarkit...takut hilang...he he

    ReplyDelete
  12. BUAT BODO SBB BETUL BETUL BODO

    ReplyDelete
  13. mmg ada org yg macam tu. buat tak tahu huhu

    ReplyDelete
  14. haha.. kelakar betul apa yng dia jawab tu.. mcm mtk makian je..
    apa la salahnya tolong.. ni blh pula buat tak tahu..
    kak, lain kali jmpa orang cmtu, sekeh je.. kasi paham skit..hehe

    ReplyDelete
  15. Haha. Lawak ja ayt mintak tendang vontor tuh. Makaii. Org mcnm ni pun ada..

    ReplyDelete
  16. kalau xnak amek kesah hal orang napelah kakak tu keje situ..dok rumah je la kakak oi..sian budak tu..parents pulak tak sedar anak takde..ish ish..careless

    ReplyDelete
  17. kalau ye pon takut kena rompak ke,ragut ke.takkan sampai mcm tu,dalam tesco kot.dye ingat akk nk pukau dye kot.mongok! kalau sy sy tengking je,ahahaha kejam kan.

    ReplyDelete
  18. Hahaha.. Dia takut kena cas culik budak ke apa?

    Dia malas nak urus benda tu la diana sy rasa. Aduhh pelik kan? Kalau kita timbul rasa kesian sbb kita pun ada anak

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …