Thursday, 31 October 2013

MACAM CANTIK JER...

Assalamualaikum...

Macam cantik je..
Macam chomelll je...hehhe..
Ada tengok dah video tu??
Ramai yang tak suka..
Tapi aku suka je..
Siap download lagi..hahahah...

Dah dia memang cantik kan???
Ok la tu..

Daripada ada gadis2 dan mak orang yang
Tak cantik lepas tu nak upload gambar dan video macam depa cantik..
Aku tak rasa apa yang dia buat tu salah..

Tengok kat facebook tu..
Belambak2 pompuan dok upload gambar sendiri.
Sehari sampai 2,3 kali..
Lagi aku menyampah..
Tak de la depa ngaku depa cantik..
tapi tak de beza pun..
Lepas tu nak kutuk orang
Macam la kau tak pernah perasan cantik..
Kalau dah upload gambar sampai hari2
Bagi semua orang tengok..
Tak perasan cantik ke tu???

Yang lelaki2 pun..
Ayat memaki je..
Adik akak dia upload gambar kat facebook
Tak de lak dia nak komen "macam sial je"
Kenapa??

Ala..aku dah baca dah komen2
Orang yang kutuk video tu..
Lepas baca aku stalk facebook depa..
Nampak la ada banyak gambar2 "macam sial je"
yang diupload oleh mereka dan adik beradik mereka termasuk
Bini mereka..hahahh...



Macam comel je.....

Sekian...

posted from Bloggeroid

Wednesday, 30 October 2013

MIKHAIL:KENDURI

Assalamualaikum...

Hari ni adik ipar aku nikah..
Penat aku main kejar2 dengan mikhail..
Kalau kat umah aku kejar
Sambil jerit.."mikhail..mai sini..!!!"
Tapi ni kat masjid.
Tak boleh nak jerit..
Tu yang letih tu terperangkap kat dalam..
Haha...



Tu baru kat masjid..
Kat umah pengantin pulak satu hal...

Ada satu makcik tu..
makcik tu pun..
Depan mikhail ni jugak la
Dia hidang nasik dengan air..
dia letak aku alih..
Kang dia datang dia letak lagi air depan mikhail..
Paling haru dia siap tuang
Air sirap untuk mikhail..
Nak suap lagi..

Cepat2 aku kata..
"Jangan..dia tak minum ais"
haih la makcik..

letih sangat sampai ayah dia
Tepuk2 terus tidur..
Kalau tak bukan nak tidur bawah gini
siang2 hari ni..
Nak kena ada buai..
ni letih sangat tu yang tertidur tu




Sekian update dari dalam keta menuju balik umah..

posted from Bloggeroid

Tuesday, 29 October 2013

INILAH MAJLIS HARIJADI PEKIN YANG DIRANCANG OLEH UQASHA SENROSE

Assalamualikum....

Betul ke depa dua ni dan putus cinta..
Tengok dalam gambar ni macam ok je..
Tapi ada perasan la kat instagram Uqasha senrose
tak de pun gambar Pekin tu..
Instagram yang lama memang ada tapi yang baru ni tak de..

Semalam tengok instagram Pekin
Ada gambar2 majlis harijadi dia
Yang katanya dirancang oleh Uqasha..
nampak mewah majlis nya..
Jom layan gambar...















Semoga depa berdua cepat2 la kawen..
Kan??

Sekian...

posted from Bloggeroid

Monday, 28 October 2013

7 MAKANAN ANEH UNTUK MENINGKATKAN KEPERKASAAN LELAKI

Assalamualaikum...

kebiasaan nya banyak ubat-ubatan untuk kekuatan tenaga batin yang dijual mensasarkan golongan lelaki.tengok saja berapa banyak laman web yang menjual ubat ubatan seperti ini.Golongan lelaki akan merasa bangga jika dapat memuaskan isteri.tidak hairan la kenapa mereka sanggup melabur puluhan malah ratusan ringgit hanya untuk itu.Namun ada juga yang mengambil langkah berani dengan mengambil beberapa makanan yang menjijikan kan dan aneh supaya lebih perkasa didepan isteri.Antara makanan aneh yang dikatakan boleh meningkatkan keperkasaan lelaki  ialah...:-

makanan untuk menguatkan tenaga batin lelaki

Air Kencing Babon



Tidak dapat dibayangkan bagaimana rasanya minum air kencing Babon. Namun ramai lelaki di Zimbabwe yang  menjadikan air kencing Babon sebagai ramuan semulajadi yang boleh meningkatkan stamina dan ghairah seksual mereka. Malah anda akan menemui penjual air kencing babon di Zimbabwe.Air kencing babon akan dicampur dengan minuman keras dan mereka percaya ianya akan membuatkan lelaki lebih perkasa dan tahan lama.Padahal belum ada kajian  yang menyatakan bahawa air kencing babon berfungsi sebagai penguat stamina dan gahairah seksual lelaki.

Semut


semut dipercayai boleh meningkatkan  ghairah seksual secara semulajadi sejak 500 tahun lalu. Di Amerika Selatan, ramuan yang terbuat dari semut sering dijadikan hadiah perkahwinan.Dikatakan malam pertama akan lebih menyenangkan jika lelaki meminum  ramuan yang dibuat dari semut.Namun bukan semua semut boleh dimakan.Penduduk tempatan menggelarkan semut tersebut sebagai semut raksasa.Berwarna merah keperangan dan agak besar saiznya. Belum diketahui secara ilmiah adakah semut raksasa tersebut boleh meningkatkan stamina dan keperkasaan, namun mereka yang pernah meminumnya mengaku bahawa kehidupan intim makin membara.

Ikan Buntal

Anda pasti  kenal akan ikan ini. Ikan Buntal adalah salah satu ikan yang boleh membawa maut di dunia. Bahagian hati ikan ini berisi racun yang boleh membunuh manusia dengan cepat. Namun ramai lelaki berani mempertaruhkan nyawa dengan makan ikan buntal supaya lebih berstamina.
Dijepun ramai yang menangkap dan memakin ikan ini secara tidak sah kerana undang2 yang melarang penggunaan ikan buntal samaada dalam pengambilan biasa atau dijadikan ubat tertentu. Hanyaa mereka yang mempunyai lesen sahaja boleh menangkap ikan buntal.

Telur Berisi Janin Itik


Telur yang sudah berisi anak itik yang belum menetas agak terkenal di thailand dan China. Agak mual untuk membayangkan  menikmati hidangan dari telur yang berisi anak itik yang belum menetas. Tapi semua ini dilakukan demi mendapatkan ghairah seksual yang tinggi.Ianya perlu dimasak dengan cara direbus tanpa mengupas kulitnya.selepas itu dihidangkan dengan membelah telur tersebut. Menurut mereka yang pernah menikmatinya,rasanya sedap.

Tanduk Badak


 Di Afrika tanduk badak menjadi satu bahan semulajadi untuk meningkatkan ghairah seksual lelaki tempatan. susah untuk mendapatkan nya tambahan haiwan tersebut adalah haiwan yang dilindungi dari sasaran pemburu haram.Sebenarnya tanduk badak jarang ditemui dan sangat mahal. Buat masa  ini belum ada kajian  yang mengaitkan peningkatan ghairah dan stamina lelaki dengan pengambilan serbuk tanduk badak.

Ambergris


Ambergris adalah sejenis zat lilin yang didapati dari saluran pencernaan paus. Pada awalnya, ambergris digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat parfume dan wangian. Namun seiring perkembangan masa dan teknologi, bangsa Arab  menggunakan nya untuk urusan yang lebih intim. kemudian banyak produk kesihatan terutama nya untuk lelaki yang menggunakan ambergris sebagai bahan utama.


Ular Tedung


Ular yang memiliki karakter unik kerana kepalanya yang boleh  'melebar' ini banyak ditemui di seluruh negara Asia, termasuk India.Ianya banyak  dibunuh demi meningkatkan ghairah seksual dan stamina lelaki.Kebanyakan tempat di  Asia, ular tedung adalah haiwan berbisa  yang dipercayai boleh meningkatkan stamina dan seksual lelaki sejak ratusan tahun dahulu.Ianya sengaja dibiakkan untuk diambil daging dan darahnya.Daging dan darah ular tedung sangat kuat. Biasanya darahnya dicampur dengan minuman beralkohol dan di makan bersama daging yang dimasak..

sekian..

Sumber:vemaledotcom

MIKHAIL DAN MAISARA : pink

Assalamualaikum...
Sebelum Mikhail tak sihat ..
Sejak seminggu yang lepas la..
Aku perasan yang dia dah boleh sebut "bu.."
Kalau dia nak apa2 mesti dia
Tengok aku dan panggil "bu"
Sambil tunjuk apa yang dia nak..
sebelum ni dia panggil "mak."heheh...

Sejak tu la kakak asyik la mengusik..
Sebab adik kuat ngadu..
Kalau kakak buat sikit je..
Mula la dia panggil " bu"
Lepas tu tunjuk kakak..

Kadang2 aku rimas aku suruh kakak
Masuk bilik pi baca buku..
Kakak kata suka kacau adik
Sebab adik comel buat macam tu..
Padahal dia tak tau aku pening kepala
Tengok dia ngusik adik.

Adik pun..bukan la manja sangt pun..
Datang time lasak dia
Mula la memanjat..
Panjat sofa, panjat pintu grill..
Ketuk kepala orang dengan remote tv..
Sampai kakak kata..

"ibu..bagi adik pakai baju pink ni..
Supaya dia nampak tak ganas sangt"



Maka..semalam adik berbaju pink..
Ni baju kakak masa kecik2 dulu..


Sekian..

posted from Bloggeroid

Saturday, 26 October 2013

MACAM MANA NI????

Assalamualaikum....

Aku dengan Mikhail tak sihat ni..
Batuk dan selsema..

Mikhail sampai hilang suara..
Nangis pun tak de bunyi..

Dia tidur pun bunyi kahak kuat sanagt.
Cemana ye nak keluarkan kahak tu..
Ada sapa2 tau..

Aku ada buat macam yang
Tepuk2 belakang sambil ngeringkan dia tu..
Tapi dia menangis sebab bosan kot..
Lama sangat kot..

masa bayi dulu boleh la buat gitu..
Sekarang dah lasak tak de dia naknye...

Dah bawak ke klinik..
Doktor bagi ubat je..

Cemana ye nak buat..
Maisara pun kata..
"Kakak sedih la tengok adik nangis macam tu"

Ibu lagi la sedih....
Sampai tak de mood nak buat apa pun..
Kakak sedih2 pun
Boleh main candy crush lagi..
Hahahhah...

Sekian..

posted from Bloggeroid

Wednesday, 23 October 2013

VIDEO KELAKAR:THIS BODY WILL GET 100 GIRL ON THE BEACH

Assalamualaikum..



Aku ada tengok satu video kelakar ni..
korang pun kena tengok jugak..
Tak tau la dia ni namanya apa..
tapi kabar2nya dia dari singapura.

Bangga sangat dia dengan badan dia..
padahal badan dia biasa je,
macam budak2 baru cukup umur..hahah..

Tapi dia punya teruja tu
memang kelakar tambah dengan rasa annoying..
semoga dia berjaya mendapatkan bentuk tubuh idaman nya..

jom tonton videonya...



sekian..

GAMBAR AYU RAUDHAH DAN SUAMI BERCUTI DI LONDON

Assalamualaikum...

Suka sangat tengok Ayu Raudhah sekarang ni..
Makin cantik sejak bertudung..
Dia pun dah kurus sekarang..
Dulu kemain gemuk..

Sekarang ni Ayu Raudhah dan suami,Zaquan Adha
Sedang bercuti di London..
jom kita tengok gambar-gambar mereka kat sana..




























Bila la dapat pi London ni..
Ada sapa2 nak ajak aku pi London sekarang..??
Heheh

Sekian...
posted from Bloggeroid

Tuesday, 22 October 2013

8 CARA ANEH MANUSIA MEMUASKAN HASRAT SEKSUAL

 Normalnya, memuaskan hasrat seksual dilakukan dengan pasangan. Mungkin dengan bersentuhan tangan, berhubungan intim dengan berbagai posisi, berbual2 intim, dan sebagainya.

Namun dunia psikologi mededahkan fakta bahawa cara manusia memuaskan hasrat seksualnya tidak selalunya sama. Ada beberapa sikap yang ternyata menunjukkan mereka berbeza malah boleh dikatakan pelik.

Dipetik dari Boldsky.com, ada 8 cara pelik yang ditemui tentang cara-cara manusia memuaskan hasrat seksual di dalam dirinya.

Symphorophilia


Disebut Symphorophilia kerana gairah seksual ini muncul ketika ada bencana yang terjadi. Seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Orang yang mengidap Symphorophilia akan merasa puas secara seksual apabila melihat ada bencana di depan matanya,malah tidak mustahil mereka boleh mencapai ejakulasi ketika melihat perkara2 tersebut.

Hierophilia


Disebut Hierophilia atau Theophilia, iaitu gairah seksual yang dapat dipuaskan  apabila seseorang membayangkan figur  atau apa yang dihormati berdasarkan keyakinannya. Biasanya mereka adalah orang-orang yang fanatik akan agamanya.

Kajian membuktikan hal ini benar-benar ada, namun tidak terlalu banyak didedahkan kerana dipercaya dapat menyebabkan perselisihan paham.

Formicophilia

Formicophilia adalah  Kepuasan seksual yang diperolehi apabila seseorang dikerumuni atau digigit serangga.Ada orang yang menggunakan  serangga untuk merangsang hasrat seksualnya dengan meletak kan serangga tersebut pada kemaluan mereka. Ketika disengat atau digigit, mereka  merasa geli dan puas.


Apotemnophilia

satu lagi  cara memuaskan hasrat seksual manusia disebut dengan Apotemnophilia. mereka dalam golongan ini akan berfantasi sedang dikelar atau ada yang mengelar sendiri dirinya untuk mendapatkan kepuasan seksual.

mereka dalam golongan ini kebiasaan nya akan mencari doktor bedah untuk melakukan nya pada bahagian tubuhnya. Bahkan ada pula yang sengaja nekad melukai bahagian tubuh supaya berasa puas.

Teratophilia 

Teratophilia adalah mereka yang mendapatkan kepuasan seksual dengan membayangkan watak-watak  ganjil seperti raksasa atau watak didalam cerita dongeng. Kebanyakan watak  yang mereka kagumi adalah yang menyeramkan, dan membuat orang lain berasa ngeri.

Ketika membayangkan berhubungan intim mereka akan merasa puas dan mencapai orgasme atau ejakulasi.

Dacryphilia

Dacryphilia adalah kepuasan seksual yang diperoleh seseorang apabila membuat orang menangis atau menyaksikan orang menangis.

Biasanya sebelum berhubungan intim, ia akan membuat pasangannya menangis, mungkin dengan memukul atau melakukan sesuatu yang membuat pasangan merasa sedih sehingga menitiskan air mata.

Ursusagalmatophilia

Ursusagalmatophilia adalah kepuasan seksual yang boleh diperolehi ketika melihat atau berfantasi dengan patung.

Ada dua jenis Ursusagalmatophilia yang pernah dialami manusia.

~Yang pertama disebut Plushophilia, iaitu orang yang gemar mencari kepuasan seksual dengan mengenakan kostum haiwan.

~Yang kedua adalah Agalmatophilia, di mana seseorang akan merasa dipuaskan hasrat seksualnya bila melakukan hubungan intim dengan patung atau alat permaianan.

Vorarephilia

Vorarephilia atau disebut juga cannibalism fetish, adalah ketika seseorang meraih kepuasan seksualnya dengan berfantasi memakan atau dimakan seseorang. Fantasi ini biasanya dilengkapi dengan menonton filem atau gambar kanibalisme.

Hingga hari ini belum pernah ada laporan yang menyatakan bahawa ada seseorang yang melakukan kanibalisme sendiri untuk memenuhi hasrat seksualnya.

sekian..

sumber:vemail

SUAMI ISTERI JUAL BAYI UNTUK BELI IPHONE



Sepasang suami isteri di China menjual bayi mereka demi mendapatkan barang-barang mewah.
Zhang dan Teng adalah suami isteri yang tinggal di Kota Shanghai. dengan si isteri yang sedang hamil mereka hanya menganggur .mereka juga mempunyai dua orang anak yang tinggal bersama di pangsapuri kecil di tengah2 kota Shanghai. Mungkin malas atau susah mencari pekerjaan yang sesuai sehingga mereka akhirnya memilih untuk membiarkan saja kehidupan mereka berjalan dengan seperti itu.

Seperti orang lain mereka juga menginginkan barang-barang mewah seperti iPhone dan bermacam-macam lagi. Tapi kerana masalah ekonomi, mereka hanya boleh bermimpi dan berangan-angan saja.

Menurut doktot bayi yang dikandung Teng adalah seorang bayi perempuan. Bagi mana2 ibu bapa kelahiran ini pasti dinantikan dengan tidak sabar.


Hinggalah suatu hari mereka mempunyai idae gila untuk menjual bayi perempuan mereka yang masih kecil. Dengan tanpa rasa bersalah, mereka meletak kan sebuah iklan di surat khabar tempatan  yang menyatakan bahawa mereka ingin menjual bayi mereka, yang belum lahir ketika itu dengan harga 50,000 yuan (kira-kira £5,000)..

Iklan ini akhirnya mengundang  kecaman dari masyarakat. Mereka akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa. mereka mengatakan tujuan  menjual bayi tersebut adalah  ingin memberikan hidup dan masa depan yang terjamin pada anak mereka.Namun pihak berkuasa tidak begitu mempercayai kenyataan suami isteri terbabit dan terus melakukan sisatan. Apa yang mengejutkan pihakberkuasa mereka menemui bahawa wang tersebut dihabiskan untuk membeli iPhone dan barang-barang mewah. Dan lebih menngejutkan lagi, mereka sudah melakukan perkara ini beberapa kali

sekian..

sumber:dailymail

SENI BENTO YANG MENGKAGUMKAN

Assalamualaikum..

Sekarang ni tengok ramai yang suka berbento..
ada ke perkataan berbento tu..heeeh..
bedal je la..

Aku pun jadi minat pulak nak berbento sama..
mula la mencari2 inspirasi..
mana tau kot2 boleh tiru nanti..kan??
pada ibu2 dan ahkak2yang minat bento jugak
jom le kita melayan mata dengan seni bento
yang mengkagumkan ni..






paling suka yang ni..


laki aku tanya..yang hijau2 tu petai ka??heheh





cantikkan??
ok...jom berangan..

sekian..

Monday, 21 October 2013

AKAK 7 ELEVEN YANG TAK TAHAN NAK KENCING

Assalamualaikum...



Malam tadi aku pergi belj kasut sekolah Maisara.
Hujung tahun kaki jadi besar..
Kena la ganti kasut sekolah yang baru..
Beli besaq sikit.
Boleh pakai tahun depan ye Maisara..

Lepas keluar dari kedai kasut tu
Aku ajak Maisara masuk 7 eleven..
Nak beli jajan ...

7 eleven ni letak nya sebelah pasaraya 800.
Kat Taman Tasek Mutiara.

Masa mula2 kami masuk memang tak de
Siapa kat kaunter tu..
Dalam premis tu pun tak de sorang pun pelanggan.

Kami masuk je..
Jalan sampai hujung tempat jual jajan..
Sebelum masuk kami tak de pulak
tetapkan apa jajan nak dibeli..
Masuk dulu,
Tengok yang berkenan baru nak beli..

Dekat seminit baru pekerja dia datang dari pintu belakang
Dan terus pi kaunter..

Kami tak de la lama2 kat dalam tu pun.
Tak sampai 5 minit pun..
Akak kaunter tu tanya aku..

"Kak..lama lagi tak?"

Aku: kenapa?

Dia: saya nak terkencing ni..tak tahan sangt..

Aku: pergi la kencing...

Dia: saya tak boleh tinggalkan kaunter kalau ada pelanggan kat dalam ni..

Aku: o..ok..

Paham la aku yang dia nak aku blah cepat sikit..
Rasa geram pun ada sebab sebelum kami masuk tu dia takde..
Dia kat belakang tak de pulak nak terkencing..
Kami masuk tak sampai 5 minit
Dia boleh kata TAK TAHAN nak terkencing..
Siap suruh kami keluar lagi..

Memang la betul apa dia kata..
Tak boleh biar pelanggan sendiri dalam premis..
Tapi perlu ke suruh kami keluar cepat.??
Tak mungkin la dia sorang je yang kerja malam tadi..kan??
Memang mengecewakan betul.


#Selalunya yang tak boleh tahan kencing ni
Orang sakit batu karang je..



Sekian...
posted from Bloggeroid

Sunday, 20 October 2013

INI LAH PENYEBAB KEDUT DIWAJAH

Assalamualaikum..

Bila umur makin meningkat ni ada satu lagi perkara yang aku kena fikir iaitu kedut diwajah.Balik kampung jarang2..bila sekali balik terperasan muka mak dah ada kedut..terpikir pulak aku nanti umur 55 macam mak mesti ada kedut macam tu..heheh
Kedut menjadi masalah kulit paling utama yang dihadapi wanita berusia.Kedut adalah disebabkan faktor usia, kelembapan dan keanjalan kulit wajah menurun.

Selain usia, kedut juga disebabkan oleh beberapa faktor lain, berikut di antaranya.

1. Hormon

Tak ramai yang tahu, kedut disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dalam badan berpengaruh terhadap penghasilan kolagen yang menjaga keanjalan kulit. Jika kadar estrogen terganggu, kulit pun akan terkena impaknya.

2.ketawa Berlebihan



Tersenyum dapat membuat wajah lebih berseri, tapi juga mampu menimbulkan kedutan di wajah. terutama pada bahagian pipi, kerana adanya tekanan antara otot bibir dan tulang pipi.

3.Muram/bermuka bengis



Bertindak hampir sama dengan tersenyum, ekspresi wajah muram dan mengerutkan dahi juga akan membuat kedut di wajah semakin jelas kelihatan. Terlalu sering mengeutkan  dahi akan membuat lipatan kedutt di bagian dahi atau tulang pipi menjadi merosot.

4. Minum dari penyedut


Ketika menyedut minuman dari penyedut, kulit pipi tersedutt ke dalam dan bibir berkerut. Jika terlalu lama akan meninggalkankesan berupa kedutan di pipi dan sekitar bibir.

5. Matahari

Kedutan  juga muncul akibat terkena panas matahari atau menggunakan  pewarnaan kulit seperti tanning bed. Sinar UVA dan UVB yang menembus kulit akan memberi kesan pada pembentukan kolagen dan keanjalan kulit.

6. Pola makan yang tidak sehat


Bukan hanya perut yang memerlukan makanan kulit pun perlu diberi makan. Cukup dengan pengambilan vitamin, mineral, dan protein dapat menyekat pembentukan kedutan pada wajah. Selain itu, kurang air dapat menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.

7. Asap rokok dan pencemaran udara


Asap rokok dan nikotin  menjadi racun terhadap kesihatan kulit. ketika asap rokok diserap kulit, kulit akan berkedut, kering, dan kusam. kesan buruk ini juga boleh terjadi akibat pencemaran udara

8. Genetik


Ramai juga wanita yang mengeluhkan kedut diwajah  pada usia yang cukup muda. Biasanya keadaan  ini disebabkan oleh faktor genetik yang menurun dalam keluarga.

sekian..