Assalamualaikum...
"Suami saya adalah orang yang paling prihatin di dunia. Selama tujuh tahun kami berkahwin, Ben telah melakukan sebahagian besar kerja-kerja rumah seperti memasak dan menyeterika pakaian tanpa saya minta," ujar Kate.
Wanita ini digelar isteri paling teruk dalam laman dailymail, Rabu (18/9). Gelaran ini bukan untuk penampilan fizikal, tetapi sikap Kate yang tidak seperti isteri pada umumnya. Dia tidak pernah memasak, membersihkan rumah, malah tidak suka menguruskan anak-anaknya. Semua dilakukan oleh suami yang bekerja mencari nafkah, sekaligus menguruskan kerja-kerja rumah
Malah Kate dengan bangga mengatakan bahwa Ben akan mengurus rumah setelah pulang kerja. Sedangkan Kate terlalu letih setelah bekerja seharian sebagai seorang penulis. ketika suaminya menyiapkan makan malam, Kate lebih memilih untuk merias kuku atau ber'Facebook'.
"ini membuat saya nampak ego, tapi saya akan berkata jujur. Di usia ke-39 tahun, saya tidak pernah menyeterika pakaian suami saya. Saya sangat jarang memasak. Mengapa saya harus melakukan itu semua sedangkan suami saya melakukan semua itu lebih baik berbanding saya?" ujarnya.
Sebagai penulis, Kate bekerja di rumah. Dia sering bekerja seharian hingga tengah malam. Dengan dua orang anak lelaki, suaminya yang lebih menjaga dan mengasuh anak-anak mereka. Pekerjaan Kate juga menuntutnya untuk sering meninggalkan rumah. Semua waktunya seolah-olah habis untuk pekerjaan.
"Ben mengaku tidak kisah dengan cara hidup kami. Tapi saya akui, kerana keegoan saya dia tetap perlu memakaikan baju untuk anak-anak dan membuatkan mereka sarapan walaupun sambil membalas email dari BlackBerry-nya," kata Kate.
Kate mengatakan bahawa dia menyayangi anak-anaknya dan sesekali melakukan tugas sebagai ibu. Namun pekerjaannya sangat sibuk. Setelah seharian menulis, dia merasa sangat bahagia. Sementara jika mengasuh anak-anaknya, dia merasa lesu dan letih.
Mungkin ramai yang akan menggeleng-gelengkan kepala dengan pengakuan Kate. Wanita ini mengatakan bahawa semua ini dilakukan suaminya tanpa keluhan dan tanpa diminta. Kate juga menambah bahawa kehidupan intim mereka baik-baik saja.
"Suami saya membuat hidup saya lebih mudah dan dia mengatakan senang dengan semua ini. Adakah bererti saya isteri yang ego dan lalai? Mungkin, tetapi ianya juga membuat saya bahagia,"
sekian..
jgn meraung sudah kalu2 si suami cari yg lain kelak hehehehe
ReplyDeleteoooh ada gak cam tuh ya...tapi hakikatnya mmg ada orng gitu..fyzz pun suami suka masak..mop lantai..malah baju anak yg djah 2 and baju keja huby dier yg gosokkan...:)))...love my hubs..
ReplyDeleteAssalamualaikum Diana
ReplyDeleteadoooiiiii
senang banyak
ReplyDeletekalau dalam Islam pun bukan tugas isteri tp kita dh biasa dengan cara hidup yg kerja rumah org perempaun buat kita akan rasa pelik bila ada perempuan yg x nak buat kerja rumah. tapi kalau dah laki dia tak rasa terbeban.. ok la tu. hahahaha
ReplyDeletesatu dalam sejuta.. hahaha
ReplyDeleteuish..boleh pulak camni ye.
ReplyDeleteWoaaa suami yg buat segalanya? Serious best tapi kita sebagai perempuan mesty la buat huhu
ReplyDeletenampak suami dia yang rela..
ReplyDeleteklo kat Mlaysia mmg dh ada org lain..haha
ReplyDeletekalau boleh mesti suami dia nak kawin lagi 3 hihihi
ReplyDeleteada jugak lelaki boleh tahan macam tu yer..rela pulak tu....huhu...spesis rare ni.
ReplyDeleteUntung laaaaaaa Kate dapat si Ben tuuuu....hahahahahaha
ReplyDeleteaishh suami dia mmg rajin..tp dia tu mcm dasat sgt je bt cmtuh..erk..
ReplyDeleteentah2 suami dia ada perempuan lain...hehe
ReplyDeleteSyukurlah suami-suami diluar sana.
ReplyDeleteISkkkk.
ADa jugak yang mcm ni.
semua tu mmg tugas suami kan..?
ReplyDeleteSaya tak pernah menganggap isteri saya pemalas apabila kebanyakan kerja rumah seperti memasak (kecuali hari Jumaat dan Sabtu), mengemas rumah, membasuh pakaian dan menyerika pakaian anak2 dan diri sendiri saya yg buat. Ia bergantung kpd niat dan keikhlasan, apa lagi bila kita sedar wanita berkerjaya tak sepatutnya menjalankan kesemua kerja-kerja tradisional ibu2 dan nenek2 kita zaman dulu kala...
ReplyDeleteperghh kan ..
ReplyDeletekalau aku dpt menantu macam nie .. agak2 canner erkk huhuh
Malangnya dapat bini macam tu. Saya ingat saya yang paling malas. Rupanya ada lagi yang lebih malas. Semalas-malas saya, segan bila tak buat kerja. Nie berlawanan pulak.
ReplyDeleteuntung laa dapat suami yang bgus camtu..
ReplyDeleteUntung sangat dapat suami macam tu.
ReplyDeleteSalam, haha kemain wife dia..tp utk org Barat, rasa mcm xpe kot..sbb mentaliti diorng masing2 okay je buat kerja rumah, xde mkcik2 nk mengata suami cmtu dayus ke ape..haha
ReplyDeleteSuami dia okey kira takpe lah kot..
ReplyDeleteKalau dalam masyarakat kita ni, habislah dikatanya suami dah kena 'asap' dek isteri. Hehehe...
ReplyDeleteHarapnya si suami bertahan lama. Takut nanti-nanti dia pergi cari lain diam-diam. Baru si isteri nak meraung tak berguna lagi dah...