Skip to main content

TEMPOYAK YANG KE DUA

Assalamualaikum...

durian google


Cubaan kedua membuat tempoyak akhirnya berjaya..
Kali ni menjadi ..dan sangt sedap..

Tak sangka ada jugak benda yang aku boleh buat
Dengan mencuba tak sampai 3 kali.
Hahahah..

Hari ni dapat la makan masak tempoyak..
Suka sangt la..
Kat pulau pinang ni susah nak dapatkan tempoyak.
Bukan ada jual kat kedai2 biasa..
Kat pasar malam lagi la tak de..
Lagi2 pasar malam kat umah aku ni
Peniaga cina je ramai..
Kalau pi pasar malam yang ramai melayu mungkin ada..
Tapi tak kompem la ada nya...

Masa mula2 buat dulu guna durian mahai..
Orang kata buat guna durian bagus
Nanti sedap jadi nya..
Tak boleh pakai cakap tu..
Aku buat tempoyak dulu seminggu tempoyak tu
Aku letak kat luar.bukan dalam peti sejuk..
Tak masam2 pun..

Bagi anak sedara aku rasa dia kata..
Ini durian bukan tempoyak..
Dia ratah gitu je..
Kakak aku pun kata tak rasa macam tempoyak pun..
Kecewa betul aku..

Kali ni beli durian biasa je..
3 biji 15 hengget.
Murah kan.tapi besor2 ulas dia..
Bijinya kecik je..
Sebiji aku buat tempoyak..


Ini lah hasil nya...

guna balang platik besor giler sebab takut meletup..ekeke

sangt bangga sampai citer kat blog.


amboi..seksi nye dia...heheh

Hahahahhaha...


Sekian...

Comments

  1. mak atie buat tempoyak dengan durian yang biase je... kekadang, durian yang terlalu masak / rasa yang pahit sangat tu...

    ReplyDelete
  2. mak saya buat tempoyak guna durian yg kami taknak makan..hahaha..

    ReplyDelete
  3. bubuh garam, lama2 dia masam dan tahan lama..
    simpan dalam peti bertahun2 tahan nya..
    kalau kat Pahang ni tak sah dalam peti takde tempoyak sebab senang nak masak ikan patin nanti :)

    ReplyDelete
  4. hhaha thumbs up banyak2 utk D !!!!

    ReplyDelete
  5. kami buat tempoyak guna durian yg tak lalu dimakan begitu sahaja ha3 (yg tak sedap). rugi tau durian mahai buat tempoyak =P

    ReplyDelete
  6. PM tak makan tempoyak , tapi wife PM hantu makan tempoyak...hehe

    ReplyDelete
  7. BUI X PANDAI MAKAN TEMPOYAK TAPI MAKAN DURIAN BOLEH PULAK..^_^

    ReplyDelete
  8. kenapa dia hijau? bukan kuning ke? hehe..

    ReplyDelete
  9. satu kejayaan..saya pun tak pernah buat. org johor tak biasa mkn, tapi saya suka tempoyak..bljr makan masa dok NS.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya tempoyak..buat masak lomak tempoyak ikan patin.. Hmm.. sedapnya..!!

    ReplyDelete
  11. hahaha peminat tempoyak juga yer

    ReplyDelete
  12. alamak tak makan durian apatah lagi tempoyak..tapi kalau penggemar tempoyak mesti suka habiskan ni..terbaiklah kak berjaya buat!

    ReplyDelete
  13. Nad xpenah rasa tempoyak huhu kat mana la nak rasa nie hehe

    ReplyDelete
  14. err..kita tak makan tempoyak..tapi durian makan..hihi..

    ReplyDelete
  15. hahahaha lawak lah akk ni.vahhh sonok lettew.ingat sy sorg je gila tempoyak~

    ReplyDelete
  16. Ikan patin masak tempoyak pun sedap jugak.

    ReplyDelete
  17. aiza tak makan tempoyak.. mak aiza suka makan..

    ReplyDelete
  18. Saya mkn tempoyak yg kalau msk ikan patin cam temerloh tu. yg tu mmg guna tempoyak la( masam)

    Kalau buat sambal( tumbuk cili api dan gaul tu ) sy mkn durian manis tu je. Klu beli simpan dlm esbok thn la smgu sblm masam. Dah masam simpan wat msk patin . Hahaha jgn pelik sbb baru belajar mkn tempoyak sejak kawen.

    ReplyDelete
  19. saya xboleh makan tempoyak..kadang teringin bila terbau.. bila makan terus kepala pening, nak muntah..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …