Skip to main content

SURAT "JANGAN JADI SEPERTI MILEY CYRUS" TARIK 3 JUTA PEMBACA




Aksi ghairah dan kurang sopan Miley Cyrus di MTV Video Music Award telah mendapat kecaman dari berbagi pihak termasuk la seorang ibu yang lantas menulis surat untuk anak nya.Surat yang ditulis Kim Keller melalui blognya, Roadkill Goldfish, mengundang perhatian. Dalam tempoh  tiga hari, surat ini dibaca oleh  tiga juta pembaca dan mendapat 1568 komen setakat ini. Surat terbuka yang di beri tajuk “Dear Daughter, Let Miley Cyrus be a Lesson to You" itu menunjukkan kerisauan sebagai seorang ibu yang tak ingin anak perempuan nya melakukan perkara yang sama..

Anak ku, ambil pengajaran dari apa yang dilakukan Miley Cyrus.

Inilah yang terjadi bila dirimu selalu dipuji-puji. Inilah yang terjadi bila orang-orang selalu setuju dengan "tweet" dan gambar-gambar kamu di Instagram. Inilah yang terjadi ketika dirimu tidak punya ibu bapa yang mengingatkan atau mengatakan "tidak" pada pilihan baju yang kamu pakai, atau memukul punggungmu dengan kuat kerananya.

Jangan pernah berfikir untuk melakukan aksi seronok itu.Walaupun   dirimu pernah berfikir untuk mencubanya,ibu berjanji akan menunjukkan pada kamu bagaimana bentuk gerakan twerk itu sehingga dirimu tahu betapa janggal dan tidak elok untuk dilihat.

Ibu akan memberi pita pelekat pada bibirmu supaya lidah tidak terjulur seperti anjing yang kepanasan. Ibu akan memukul lelaki yang kamu dekat2 pada bagian pelvisnya, malah ibu akan memukul punggungmu terlebih dahulu sebelum itu. Agar kamu tak lupa bagaimana caranya bersikap seperti seorang perempuan di depan orang ramai.

Kenapa ibu berbuat begitu? Kerana ibu sayang kan  kamu, dan ingin agar dirimu menghargai diri sendiri. Miley Cyrus sebenarnya tidak hebat dan seksi. Di pentas itu dia seperti seorang gadis yang dahagakan perhatian, yang seakan-akan menjerit, "lihat lah saya, saya cantik, saya seksi, semua lelaki inginkan saya, dan semua perempuan ingin menjadi saya”.  

Mungkin pada satu masa nanti, Anak ku, kau akan melihat ada rakan yang akan melakukan tarian yang dianggap cool ini. Tapi percayalah, jangan sesekali kamu melakukan. Dirimu jauh lebih berharga, dan itu hanya akan membuat dirimu nampak murahan. Biarkan mereka menilaimu dari sikap dan keperibadian, bukan sekadar dari penampilan, yang hanya akan mereka nikmati sebentar dan kemudian mereka lupa.

Ibu minta maaf jika kamu pernah berasa sedih kerana ibu seperti tidak menghargai ke atas semua yang kamu lakukan. Peranan ibu adalah untuk memuji apabila layak di puji, tetapi juga untuk memberi kritikan membina dan pembetulan apabila ia diperlukan juga. Ibu juga berasa sedih jika kamu pernah berasa patah semangat kerana tidak mendapat banyak komen di instagram yang memuji2 penampilan mu.

Ibu minta maaf jika kamu mahu mempunyai seorang kawan dan bukannya ibu, .Anak ku..ibu berjanji, akan sepenuh hati sampai mati akan terus menjagamu agar kamu tidak sampai berkelakuan seperti apa yang dilakukan Miley Cyrus.

Dan dirimu akan berterima kasih kerana ibu mengatakan semua ini suatu hari  nanti.

Kim menulis surat ini dengan alasan dia dan anak perempuan nya juga dulu selalu mengikuti siri Hannah Montana yang dilakon kan oleh  Miley Cyrus. Apabila melihat aksi Miley di VMA yang berubah watak dan sangt menghairahkan, diaterus mengerutkan dahi  dan tak mahu anak nya menganggap menganggap itu perkara biasa.

Surat Kim mendapat sambutan luas sehingga dia juga kemudian turut diundang dalam talkshow Good Morning America.

SUMBER:kompas

Comments

  1. tahniah! ibu yg prihatin...meluat tgk MC tu

    ReplyDelete
  2. wow kat kim. Ada lagi mat salih yang macam ni kan? org melayu sendiri pon dah makin ramai 'berfikiran lebih terbuka' drpd org US. huhu.

    ReplyDelete
  3. budak2 memang senang terpengaruh...

    ReplyDelete
  4. Ada sapa2 ke di Malaysia yg berani tulis kpd selebriti kita macam tu?

    ReplyDelete
  5. Memang patut pun buat surat macam tu sebab saya tengok Miley Cyrus sekarang macam lain macam jark.

    ReplyDelete
  6. moga ibu ni dapat taufik dan hidayah..berbaloi didik anak dia nanti

    ReplyDelete
  7. Lain dah dia ni...dulu suke sgt tgk hannah montana...

    ReplyDelete
  8. celebrity memang suka buat kontrovesi kan..yang baik boleh di ikut,yang buruk jangan di ikut.

    ReplyDelete
  9. ibu yg sgt prihatin..mohon miley cyrus terasa..

    ReplyDelete
  10. Risau anak2 tgk benda camni. Takut terpengaruh

    ReplyDelete
  11. orang putih pun tau bende tu tak elok. mmg semua ibu bapa takut bende2 ni jadi kat ank sendiri. tapi tengok kat amerika skrg menjadi2 pompuan nye desperate tnjk badan.

    desperate.

    ReplyDelete
  12. omputih.tp fyzz minat gak masa dier lakon hannh Montana...then dier seangkatan ngan serena gomez..kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …