Skip to main content

RON95, DIESEL NAIK 20 SEN MULAI TENGAH MALAM INI



PUTRAJAYA 2 Sept. - Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu merupakan sebahagian daripada proses merasionalisasi subsidi.

"Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Menurut Perdana Menteri, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - UTUSAN ONLINE

Comments

  1. Hehe..
    Pesta maki hamun le kt FB mlm ni..

    ReplyDelete
  2. Homaii...kna isi minyak penuh la mlm ni...huhu..

    ReplyDelete
  3. semua naik je la..xde lak harga yang nak turun..

    ReplyDelete
  4. ok fine,lepas ni banyakkan aktiviti stay kat rumah je la.

    ReplyDelete
  5. silap tu.. gomen tak naik kan rege... cuma kurangkan kuantiti je.... blh aje beli 1.90 tp xdpt seliter je la... huhuhuh

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu cuma naik 5 sen saja, sekarang dah naik 20 sen seliter. Terima kasih kerajaaan kerana menaikkan harga minyak setinggi itu. Ia HADIAH pilihanraya terbaik utk rakyat yg memilih kerajaan sekarang! Ia juga HADIAH kemerdekaan terindah utk rakyat yg baru menyambut merdeka 2 hari lepas...

    ReplyDelete
  7. Hadiah kemerdekaan yang tidak ternilai. Hehe

    ReplyDelete
  8. jenuh nak share iklanm 8share la.. nak dapat 20 kupang pun bukan senang walau bunyi macam sikit tapi kalau buat calculation seram jugak jumlahnya. rega minyak naik.. maka rega barang pun akan naik.. jadi takde apa yg akan turun walau yg di istiharkan naik cuma rega minyak. Memang bijak naikkan rega minyak

    ReplyDelete
  9. harga barang pun mesti naik lepas ni..

    ReplyDelete
  10. bila macai berbunyi...Macai akan bandingkan harga minyak di negara bukan pengeluar minyak.. sekian..
    p/s : siapa undi BN ni!!!

    ReplyDelete
  11. saya x undi ! tapi saya juga kena tempiasnyeee .. sedih kann !!
    tolong simpati dgn saya !

    ReplyDelete
  12. inshaallah hrga naik kita jgm masam2 k..hehe

    ReplyDelete
  13. Kenapa perlukan kurangkan subsidi minyak sedangkan Malaysia pengeluar minyak. Hadoiii.

    ReplyDelete
  14. Mahal la harga roti canai sy nnt. Ehehe

    ReplyDelete
  15. smlm pun tahu juga... bosan duk wall fb byk carut2 kata2 kesat..

    org kita, naik 20sen minyak mcm apa mengamuk, harga rokok naik takde pulak nak mengamuk.. padahal rokok tu boleh buat bahaya nyawa .. lumrah manusia

    ReplyDelete
  16. harga makanan pun sudah naik... secepat kilat gitu...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …