Skip to main content

LAGI KES TEMBAK:MANGSA TERKENA DUA DAS TEMBAKAN



NIBONG TEBAL 4 Sept. - Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh seorang lelaki bermotosikal ketika memberhentikan keretanya di depan kedai di Taman Idaman, Simpang Ampat di sini pada kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Mangsa yang berusia 40-an dipercayai terkena dua dasa tembakan di dada dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan. - UTUSAN ONLINE


**********
Dah 2 kes tembak kat Simpang Ampat ni..
satu kes jadi 2 seminggu lepas..
ni ada lagi..

takut oi nak keluar2 sekarang ni..
tetiba je dapat peluru sesat..

dah la minyak naik harga..
negara pulak tak aman..
eh!!marah pulak kang kalau aku kata
Malaysia dah tak aman..

sekian..


Comments

  1. bahaya bahaya..dah macam negara darurat jadinya..tak yah keluar rumah dok diam diam..mintak dijauhkan dari segala bencana..aminn

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni tembak orang dah macam tembak lalat hampir setiap hari ada kes tembak. Nyawa manusia nilainya cuma setengah sen. Agaknya 2-3 tahun lagi orang dah tak peduli bila tengok orang kena tembak, mayat ditinggal macam bangkai tikus aje...

    ReplyDelete
  3. bahayanya.. lepas ni duduk diam-diam kat rumah la..

    ReplyDelete
  4. bukan setakat x aman .. nie semua sbb konon merdeka ! .. mana merdeka pun x tahu lah ..
    pelik .. suke2 sukii buat tindakan sendiri .. x puas hati tembak sana sini
    pelik mereka dpt mana senjata api nie .. x der kastam ? penguatkuasaan atas barang api .. seludup ? mana kastam dukk diam kan aje ke ?

    adohaiii do something lahhh weii !

    ReplyDelete
  5. zaman skrg memang bhy...... takut betul! skrg kak, kalau orang sakit hati tak pakai bomoh ke santau apa, terus upah penembak! bahaya2....

    ReplyDelete
  6. teruk2..xthu nk kata ape..hrap bnda ni dapat dibendung..

    ReplyDelete
  7. Lahhh ada lagi ke kena tembak..emmm lama boleh cetuskan huru hara mcm ni..

    ReplyDelete
  8. As-salam diana..

    seram betul mendengar berita2 macam tu sekarang ni..

    ReplyDelete
  9. ntah2 org yang sama kot yg tembak tu. Menakutkan betul la skrg ni. Makin menjadi2 plak jenayah.

    ReplyDelete
  10. dan dalam keadaan begini, masih lagi ada macai berucap, "aku tak kisah pun harga minyak naik bagai.. asalkan malaysia ni aman takde tembak menembak dan aku boleh bermain dota dengan aman.." nah kepala dota kau!

    ReplyDelete
  11. Ngeri baca semua ni diana. Rasa ragu2 nak kluar rumah.

    ReplyDelete
  12. Dah macam kat negara orang putih pulak saya rasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …