Friday, 30 August 2013

KENAPA LELAKI TAK BOLEH BEREBUT REMOTE TV DENGAN PEREMPUAN?

Assalamualaikum...



Selamat petang semua..
esok cuti..
malam ni mesti banyak citer best kat tv..

Yang isteri2,wanita2,gadis2,
mesti ramai yang nak tengok drama
"kampung girl " kan??

Suami2,lelaki2,abang2
pulak ada yang tengok siaran tv lain..



pastu bergaduh..
berebut remot tv.hehehe..

Suami sorok remote bawah sofa..
Isteri merajuk masuk bilik,
bukak facebook..
luah perasan..
ekekek..

Pernah baca tak...
lelaki yang bagi remot tv
pada wanita dia ialah lelaki
yang romantis..
dia sentiasa mahu melihat wanita kesayangan nya
sentiasa bahagia..
dia sanggup mengorbankan apa yang dia suka
hanya untuk melihat wanita kesayangan nya
tersenyum manis..



Ok..sekarang share entry ni kat
wall suami,kekasih adik lelaki,abang anda..

sekian...


NENEK,DUA CUCU MATI DIBUNUH

DENGKIL: Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher. 
"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang. 

"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira jam 2.30 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian. - Bernama

Thursday, 29 August 2013

KETAHUI POSISI TIDUR YANG BOLEH MENYEBABKAN JERAWAT

Assalamualaikum...



Jerawat yang muncul di wajah biasanya akan tumbuh disekitar kawasan T. Hal ini disebabkan kerana kawasan hidung dan dahi memiliki kandungan minyak yang cukup tinggi.

Selain kulit berminyak, ada banyak penyebab jerawat, misalnya, kurang merawat kulit wajah, banyak mengambil makanan berlemak, kurang minum dan lain-lain. selain itu jerawat juga boleh disebabkan oleh posisi tidur Anda.

"Jika Anda selalu tidur dengan posisi yang sama wajah anda berisiko  ditumbuhi jerawat di satu bahagian saja. Misalnya, kalau selalu tidur menghadap ke kanan biasanya pipi kanan akan berjerawat sedangkan yang kiri tidak," jelas doktor pakar kulit dan kelamin, dr Eddy Karta

Ini disebabkan  oleh reaksi kulit yang bersentuhan dengan bahan sarung bantal. sarung bantal biasanya menjadi tempat berkumpulnya kuman dan bakteri. Bakteri yang berkumpul ini boleh jadi berasal dari kulit Anda sendiri atau kawasan sekeliling.

Beberapa jenis kain sarung bantal seperti polyester dan lycra sebaiknya dielak kan. Jenis kain ini akan menyebabkan kulit mati, dan menutup kelenjar peluh. Akibatnya, pengaliran peluh tidak berjalan baik dan menyebabkan timbulnya jerawat.

Untuk mengelak kan inbi terjadi, ada baiknya untuk selalu menukar posisi ketikatidur, mengganti sarung bantal sekerap mungkin, dan juga menghindari penggunaan sarung bantal berbahan polyester serta lycra.

sumber:kompas

KENAPA PEREMPUAN SUKA MENGAMBIL GAMBAR SENDIRI DARI ATAS

Assalamualaikum...



Aku pun pernah jugak ambik gambar dari atas..
tapi tak lawa pun..
mata jadi macam tengah nazak..
jadi aku padam kan terus hasrat untuk kembali
mengambil gambar dari
posisi atas..



Lebih suka ambik gambar pasport je..hahahh
senang orang nak cam..pi mana2
orang senang nak kenal kita..
"eh..awak ni kawan pesbuk saya kan"?
senang kan??

Tapi memang ramai la yang suka ambik gambar
dari atas..nak tau kenapa??
jom tengok nih..

gambar dari bawah...._____________________gambar dari atas

sekarang dah tau kenapa??
jadi jangan tanya dah ye kenapa
perempuan suka ambik gambar dari atas..

heheheh

sekian..

MAISARA: CERITA PASAL TERMENUNG SEMALAM..

Assalamualaikum.,,...

Semalam kan aku ada publish entry pasal
cik Maisara yang suka termenung tu..kan?
Ramai betul yang suruh aku menyelami apa
Yg maisara dok menungkan tu..
Siap ada yang kata aku kena bersahabat dengan anak
Untuk selam hatinya.,hehe...

Hamboih....macam depa lebih tau
Anak aku berbanding aku sendiri..ekeke...

Sebenarnya termenung yang aku maksud kan tu
Bukan termenung sambil buat muka sedih
Macam ada masalah nak bayar PTPTN disebabkan belum keja..
Tapi termenung yang ala2 mamai..
Macam tengah berangan..

Haih..jangan la cakap aku tak selami jiwa anak aku..
Jangan la kata aku ni tak
Pernah nak dengar suara hati anak aku tu..
Kecik hati den dan somi tau..
Haha...

Aku ni surirumah sepenuh masa..
Memang dengan anak dan suami je tempat
Aku berbual bercerita..

Bukan tak pernah tanya apa yang dia menung kan..
Bukan tak ambik tau apa yang dia fikir..
Entah berapa ratus kali dah aku tanya
Dan aku dapat beratus jawapan dari maisara..
Satu pun tak de perkara2 yang berkaitan dengan
Masalah jiwa raga  apalagi masalah buli atau peras ugut.
Hehe...

Selalu aku akan tanya..

"hang dok pikiaq apa Maisara...
dah dekat sejam dok kat meja makan tu"

Dan antara jawapan dia..

"Maisara tengsh pikir kalau
Maisara ada adik lelaki lagi sorang mesti
Keluarga kita dah macam keluarga phines and ferb."

"Maisara teringat semalam Joshika
dia marah Lucy sebab terpegang bahu dia.."

"Maisara tengah nak ingat harini berapa haribulan...
Lambat lagi ke nak sekolah kat Taman Merak"

"macam mana orang buat roti ni boleh
Reka roti..diaorang dapat idea masa tengok ape?"

Ada banyak lagi la jawapan dia yang
Kalau dinyatakan kat sini pun
Korang sendiri tak kuasa nak pikir sama...

Maisara ni dia jenis tak pandai nak berahsia..
Di jatuh cinta kat lelaki pun dia citer kat aku..
Seluar dia tak selari tengah2 ponggong pun dia citer kat aku.
Dari A sampai Z apa yang jadi kat
Sekolah pun dia citer kat aku..

Hehe...

Sekian...

Wednesday, 28 August 2013

KENAPA PENGIDAP EPILEPSI TIDAK DIGALAK KAN BERMAIN VIDEO GAME.

Bagi kebanyakan orang, bermain video game adalah hiburan untuk mengisi masa lapang dan mengelak kan mengantuk. Tapi bagi pengidap epilepsi, video game adalah sesuatu yang patut dielak kan..

Banyak penderita sawan atau epilepsi tidak digalak kan bermain video game, terutama bagi penngidap photosensitive epilepsy.Malah pengidap penyakit ini tidak boleh melihat skrin atau apapun yang berkelap-kelip.
Epilepsi  adalah gangguan saraf tubuh. Akibat gangguan ini, beberapa saraf di tubuh akan mengalami kekejangan yang berulang.
Munculnya gejala ini  diakibatkan oleh banyak faktor,bermula dari kerusakan otak ketika proses kelahiran, trauma di kepala, alkohol, atau faktor keturunan.. 
Kes pertama epilepsi yang berpunca dari video game dilaporkan pertama kali pada 1981. Sejak itu, banyak game yang menjadi penyebab epilepsi.Bukan hanya pengidap photosensitive epilepsy saja, malah hampir semua pengidap epilepsi.
Oleh sebab iitu sesetengah game sekarang ilengkapi dengan peringatan bahaya epilepsi sebelum boleh dimain kan
sumber:merdeka.com

KANAK-KANAK 6 TAHUN DICULIK DAN MATANYA DIAMBIL

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun melalui pengalaman ngeri apa bila dia diculik dan matanya dicungkil keluar.kanak-kanak yang dikenali sebagai Binbin 6 tahun diculik ketika  bermain seorang diri diluar rumahnya di  Linfen,Shanxi dan kemudian diberikan dadah sebelum mata nya di cungkil .


Ibu bapanya menemuinya semula seleps 3-4 jam kehilangan nya dan menemuinya sedang menangis menahan kesakitan dengan berlumuran darah.


Doktor yang merawat Binbin memberitahu mata kanak-kanak tersebut telah hilang dan polis percaya serangan tersebut  ada kaitan dengan aktiviti menjual organ dalaman dipasaran gelap.

Bapa Binbin berkata: 'Kami tidak sedar matanya telah hilang sewaktu kami menemuinya kerana mukanya berlumuran darah. Kami fikir dia telah jatuh dan mukanya tercedera. '


kata bapanya lagi: "kelopak mata nya telah terkeluar, dan doktor juga terkejut kerana bola matanya hilang '
Polis sedang mencari seorang suspek wanita dan telah menawarkan £ 10.500 untuk maklumat.


Organ kanak-kanak biasanya lebih mahal di pasaran gelap, sebuah pengedar organ memberitahu Sina Internet,sebuah portal berita pada tahun 2010, 'kebanyakan orang berfikir yang lebih muda penderma, kualiti organ nya adalah lebih baik."

Tujuh orang telah dipenjarakan pada tahun lepas apabila seorang remaja dijual buah pinggang nya bagi  pemindahan haram dan menggunakan hasil untuk membeli iPhone dan iPad.

sumber;dailymail

MAISARA:CERITA PAGI MAISARA

Assalamualaikum....

Memang biasa dah pagi2 bila bangun nak pi sekolah
Maisara ni akan buat perangai...
Bukan perangai tak nak pi sekolah..
Dia memang suka pi sekolah.
Pagi2 bangun terus mandi..

Tapi perangai yang satu ni kadang2 buat
aku angin je dengan dia..
Lepas mandi dia suka termenung...

Keluar je dari bilik air dia masuk la bilik dia..
Duduk depan almari baju sambil termenung.
Kalau dibiarkan sampai cerah dia boleh dok termenung gitu.

Lepas siap masak siapkan bekal dia
aku mesti kena jenguk dia dalam bilik tu.
Bila jenguk je mesti dia tengah termenung.
Dengan baju seluar apa pun tak pakai lagi.
Kalau dah macam tu bangun la jam 4 pagi pun
kompem la lewat jugak...

Lepas tu bila aku cakap...
"cepat la pakai baju..dah nak cerah dah ni..."
Mula la menangis sebab dia ingat memang dah lewat la..
Menangis pagi2 yang aku tak suka tu..

Bukan tu je,sambil sarapn pun termenung.
Bukan dia tak lalu makan cuma tabiat dia memang gitu.
Kalau hari sekolah aku desak2 dia suruh cepat,
Cepat la sikit dia makan..
Tapi kalau hari cuti dia sarapn dari jam 8
sampai jam 9,10 pagi..
Padahal makan roti dengan sosej je pun..

Tahun depan dah masuk darjah satu..
Kena pi sekolah awal..
Kalau perangai macam gini lagi
kelam kabut la aku pagi2.
Sekarang tak pe la..
Sekolah dekat umah je..

Kena bangun jam 4,5 pagi la nanti gamaknya...
Alahai anak...

Sekian...

Tuesday, 27 August 2013

CARA IBU BAPA DI CHINA KURANGKAN RASA PANAS PADA BAYI MEREKA

Assalamualaikum...



Kat malaysia ni cuaca boleh kata sekarang ni tak la panas sangat kan?
tapi kat China sekarang ni musim panas..
kesian kat bayi dan anak2 kecil..
mesti rasa tak selesa



jadi ada setengah ibu bapa yang
cuba buat baju untuk sejuk kan anak mereka..
baju yang dibuat dari kulit tembikai..





Nampak comel sangt..heheh
DiPetik dari Dailymail.co.uk, trend anak-anak dipakaikan
baju dari kulit tembikai ni sebenarnya bermula pada bulan julai lalu apabila
ada gambar yang dimuat naik menunjuk kan seorang bayi
dipakaikan baju yang diperbuat dari kulit tembikai.
malah ianya menjadi berita di beberapa saluran televisyen.
sejak dari itu ramai ibu bapa yang menggunakan
kaedah sama untuk
mengelak kan bayi mereka berasa panas


Namun ada juga komen-komen negatif yang
menyatakan memakai kan anak seperti ini akan
menyebabkan kulit anak akan bermasalah.
namun setakat ini belum ada lagi
laporan atau aduan yang menyatakan cara ini
memberi masalah kulit pada anak
kerana pemakaian baju kulit tembikai ini 'bukan lah dalam
tempoh waktu yang panjang.

sekian..

GAMBAR ANAK-ANAK ABBY ABADI YANG COMEL

Assalamualaikum..




Walaupun perubahan imej nya
kadangkala mengundang rasa kurang
senang sesetengah orang namun dia tetap
kuat dan tabah menghadapi setiap kata-kata
dan sindiran masyarakat kepada dirinya.

Bukan saja dirinya sendiri malah anak-anak
nya juga turut diberikan pendidikan agama yang cukup.
di laman instagram milik pelakon ini ,
Abby memuat naik gambar2 ketiga-tiga anaknya yang tekun belajar membaca Al-quran.



Diharapkan lebih ramai lagi artis-artis
wanita yang mengikut jejak langkah Abby Abadi.
setiap manusia walaupun sudah berubah,
tetap juga ada perkara2 buruk yang orang nampak.
namun cubalah untuk memandang sisi positif wanita ini.
yang baik jadikan teladan.yang buruk jadikan sempadan.
setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan nya..

PENGGUNA FACEBOOK TEGAR ADALAH ORANG YANG TIDAK BAHAGIA

Assalamualaikum...


Facebook sudah menjadi salah satu kebiasaan kepada kita. Ada banyak kebaikan  Facebook,kita boleh tahu apa yang kawan kita yang tinggal di kampung atau negara lain tengah buat, tahu khabar terbaru keluarga dan jadi media menyatukan silaturrahim yang terpisah oleh jarak. Namun hati2, selalu menggunakan facebook adalah petanda diri kita kurang bahagia

Dipetik dari health.com, sebuah kajian pada orang dewasa menemui  bahawa semakin kerap mereka menggunakan Facebook, semakin banyak penurunan kebahagiaan dan kepuasan hidup. Sebaliknya, bertemu muka secara langsung dengan seseorang akan meningkatkan kebahagiaan Anda.

Betul jugak kan..selalunya bila sembang2 kat facebook ni macam tak best tapi tetap nak jugak tegur kawan2..sebab masa tu kita tak de buat apa.kita bosan jadi kita sembang2 la dengan kawan2..padahal bila dapat jumpa terus sebenarnya lagi best dan membahgaiakan..

Bukan maksud dia kalau guna facebook maknanya tak bahagia.cuma kalau guna dengan melebihi masa yang sepatut nYa,itu la maksud dia..kan??jangan ada yang marah ye.kalau sebab ni pun nak marah mesti awak betul2 tak bahagia sebenarnya..heheheh..

sekian..


BADAN BERCAHAYA SEBELUM REBAH

Kangar: “Semasa kami berbual di atas mesin padi, tiba-tiba saya terdengar bunyi satu letupan kuat dan melihat badan dia seakan-akan bercahaya sebelum rebah.

”Begitu kata Muhammad Naim Che Rose, 16, menceritakan detik akhir bersama rakan karibnya, Mohammad Nazdzed Shahidan, 16, yang meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di atas mesin penuai padi.Difahamkan, kejadian berlaku ketika jentera berkenaan sedang melintasi talian bekalan elektrik di Simpang Empat, dekat sini, jam 6.50 petang kelmarin dan mangsa yang tidak bersekolah dipercayai terkena kabel elektrik yang melentur.

Muhammad Naim berkata, sebelum itu, dia berada di bahagian tong pengumpulan padi di belakang mesin berkenaan dan tidak nampak kelibat rakannya itu kerana penglihatannya dilindungi dinding jentera itu yang agak tinggi.

Secara tiba-tiba, katanya, dia terdengar bunyi letupan kuat ketika jentera berkenaan melintasi talian bekalan elektrik itu menyebabkan mangsa rebah lalu terjatuh ke dalam tong pengumpulan padi.

SENARAI JALAN UTAMA YANG DITITUP SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula esok untuk raptai sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan berkenaan ditutup dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula esok hingga Sabtu.

Antara jalan itu ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.

Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato' Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut ditutup, katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan pula ditutup dari jam 9 malam Jumaat hingga jam 12 tengah hari Sabtu sempena sambutan kemerdekaan itu. -Bernama

Monday, 26 August 2013

MAISARA DAN MIKHAIL: kakak dengan adik...

Assalamualaikum..

Selamat petang semua...
lagi sebulan Mikhail nak cukup setahun..
kejap je rasa..
Mikhail pun sekarang dah bertatih2 nak berjalan..
bagus la..cepat sikit berjalan..
kesian ayah kena dukung dia je..
nak dukung ibu pun tak sempat dah..eh!!



Tahun depan Maisara pun dah 7 tahun.
Dia pun sekarang dah pandai main2 dengan adik.
selalu jugak mengalah dengan adik..
dulu jangan harap nak mengalah kalau apa2 hal..

hari2 ajar adik tu menyanyi la..menari la..
adik pun sekarang pandai dah tiru2 kakak..
kalau kakak menyanyi dia pun menyanyi..
kalau kakak menari dia ikut sama..
yang kelakarnya bila kakak menangis
dia pun tiru menangis..
lagi la kuat kakak menangis,..
hahah..

Petang2 kakak selalu bagi adik dia tengok kartun yang ada lawan2..
Ultraman ke..Ben 10 ke..
lepas tu bila ada babak lawan2 adik pun
sedaya upaya bangun berdiri..
paut pada walker dan tendang walker..
bangun semata2 nak tendang walker je..
kakak akan kata
"Adik.kalau buat macam tu lagi kakak tak bagi dah tengok Otromen.."
heheh

Gigi masih ada dua..
tak de tanda2 pun yang lain nak tumbuh..
Maisara kata "bagus la tak de gigi..
nanti ada gigi mesti apa kakak makan dia nak jugak.."
kedekut sungguh kakak ni..

Sekarang Maisara sedang mengkaji cari nak faham bahasa adik dia.
siap ada buku khas lagi,...


tajuk bukunya "Buku Cakap Adik"
Bila tiap kali adik cakap dia akan tulis..



lepas tu dia akan cuba paham apa adik nak..
setakat ni kakak belum berjaya lagi..hahaah



sekian..

Saturday, 24 August 2013

8 ALASAN KENAPA SIRUL DAN AZILAH DIBEBASKAN

Kuala Lumpur: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada 29 April 2009. Hakim gagal beri pendapat

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.

Penghakiman penuh pembebasan

Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:

Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian. Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.

Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.

Maklumat penemuan

Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Pemilikan bahan letupan

Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku.

Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.

Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.

Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.

Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.

Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.

Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan.

Friday, 23 August 2013

SELEPAS 30 TAHUN DIBULI SUAMI

“Saya menahan sabar dipukul dan dibuli sejak 30 tahun lalu. Kali ini, saya terpaksa melawan,” kata seorang wanita warga emas, Wong Yit Kwa, 66, yang menetak dan menyiram suaminya dengan minyak panas dalam kejadian tengah hari Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, suami mangsa yang berusia 73 tahun cedera ditetak selain 80 peratus tubuhnya melecur selepas pasangan itu bergaduh di rumah mereka di Kampung Baru, di sini.

Wong yang ditemui wartawan semalam berkata, selama ini dia bersabar dengan sikap suaminya yang suka memukulnya setiap kali mereka bertengkar.

“Selama ini, saya tidak berani melawannya kerana dia garang dan kuat. Dia suka membuli saya kerana saya seorang wanita. Setiap kali dipukul, saya hanya mampu menjerit dan melarikan diri,” katanya.

Dia yang luka di kepala akibat ditetak dengan parang oleh suaminya, mendakwa tidak menyesal apabila menyerang balas suaminya yang terlebih dulu menyerangnya dengan parang.

Thursday, 22 August 2013

NAHAS GENTING HIGHLANDS:KAKI,CEBISAN ORGAN DITEMUI DILOKASI

GENTING HIGHLANDS: Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands. 

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu. 
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini. 



"Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa. 

"Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan," katanya. 

Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas. 

"Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam," katanya. 
Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma. 

Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu. - BERNAMA 

CEMPEDAK,MATA KUCING,DURIAN DAN AIR TEBU

Assalamualaikum.

Gmbar tak de kena mengena dengan entry..heheh


Lambat nya update hari ni..
habis la UV aku..sah2 merundum ni..

Aku tido je hari ni sebab tak sihat.
malam tadi pi Pasar malam..
nak cari buah durian dan buah mata kucing.
Tapi durian tak de pulak..
Ada buah mata kucing je..

kat sini memang susah nak dapat buah durian..
memang ada tapi kena pi ke pasar malam yang jauh2 sikit..
kalau kat Simpang Ampat ni memang
susah le nak cari durian..

Yang paling banyak malam tadi kat pasar malam tu
buah cempedak dengan buah mata kucing..
Buah cempedak punya la banyak.
sampai pi mana2 ceruk dok bau buah cempedak.

Aku tak makan buah cempedak..
rasanya memang sedap tapi tak boleh makan..
kalau makan mula la perut rasa macam naik
roller coaster je..
sebab tu tak makan buah cempedak..

Masa dah habis beli2 barang tu rasa dahaga..
aku beli la air tebu..
minum2 je terus tersedak..
sampai nak bernafas pun tak boleh..
lepas tu terus kepala aku sakit..sampai nak muntah dah..
suami aku kata sebab dalam air tebu tu ada hampas tebu kot..

sudah nya balik dari pasar malam tu terus
tak sihat...sakit kepala sampai memusing2 rasa..
terbaring je la malam tadi.
beli makan2 kat pasar malam tu pun tak boleh nak makan
sebab tak lalu..

sekarang perut lak lapar..
nasik pun tak masak lagi..
nak masak nasik la..
klaau larat kita buat sambal petai nak??
jom...

heheh..

sekian...


Wednesday, 21 August 2013

BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLANDS

KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting - Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan lebih 30 mangsa lain masih diteruskan.

Sehingga kini 17 mangsa sudah diselamatkan dan seorang terbunuh sudah dibawa ke hospital.
Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.

Dipercayai 49 penumpang berada dalam bas ketika kejadian.
Dijangkakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan mencemar duli sebentar lagi untuk melawat lokasi kemalangan.

Pihak keselamatan telah menutup sebahagian laluan ke Genting Highlands ekoran kemalangan terbabit.






SUMBER:BH DAN FB

FAHRIN AHMAD DALAM KENANGAN

Assalamualaikum...

Yeayyy!!hari ni dapat CPUV lagi...
Masa lepas raya hari tu pun dah dapat 2 ni dapat lagi...
Semoga esok akan ada lagi..
CPUV kali ni dari The Mortal Instrument 

Ok la..dah cukup tu citer pasal BE..
korang ada tengok tak iklan Alicafe yang 
fahrin Ahmad menari tu..

Kalau nak tau dulu masa zaman jahiliah
aku adalah peminat Fahrin Ahmad..muahaha..
Apa2 je drama yang pelakon nya Fahrin Ahmad
aku mesti tengok..


Sekarang ni bila aku 
tengok je iklan Alicafe tu 
aku rasa kesian sangat kat fahrin Ahmad..
sampai hati depa suruh dia menari macam tu..hahahh..

Eh..bukan nak citer pasal iklan tu sebenarnya..
masa dulu ada budak kat tempat aku tinggal
jugak minat kat Fahrin Ahmad..
Disebabkan dia tau aku pun minat Fahrin dia selalu tak layan aku.
kalau aku lalu tepi dia aku senyum 
dia buat tak tahu je..

kelakar pulak rasa..
macam la Fahrin Ahmad tu berjanji nak kawen dengan aku
yang buat dia jeles sangat tu..
padahal aku je yang kenal fahrin Ahmad..
fahrin Ahmad tak kenal aku pun..

Rupanya kan??memang ada peminat yang minat artis 
sampai tahap macam tu..
dia mesti jenis yang tak join FanClub..
ekekeke..

sekian..



PEMINJAM PTPTN TIDAK AKAN DISENARAI HITAM

PUTRAJAYA: Kabinet sebentar tadi memutuskan tidak akan meneruskan cadangan menyenarai hitam peminjam ingkar di bawah Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Keputusan itu dibuat mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akuan Twitternya, sebentar tadi.

Semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Pemuda membantah cadangan itu masalah peminjam ingkar wajar ditangani menggunakan tindakan sedia ada, termasuk pelbagai makanisme kutipan daripada peminjam.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini mengumumkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar pinjaman disenarai dalam CCRIS berkuat kuasa bulan ini.


SUMBER:beritaharian

JUAL SENJATA API DI FACEBOOK

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan bahawa wujud dua laman Facebook yang dilapor menjual senjata api secara online di negara ini.



Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata pihaknya memandang serius laporan tersebut memandangkan kes itu juga mungkin membabitkan kesalahan di bawah Akta Senjata Api.

"SKMM akan menyiasat lebih lanjut mengenainya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika benar ada pelanggaran undang-undang, SKMM akan membuat tindakan susulan termasuk mengemukakan kertas pendakwaan kepada Pejabat Pendakwaraya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam, mengenai dua laman Facebook yang didakwa menawarkan pelbagai senjata api antaranya pistol, revolver dan AK-47.

Sementara itu, Kamaruddin berkata KKMM menerima maklum balas positif daripada para pemilik pawagam berikutan cadangan lagu Negaraku dimainkan di pawagam di seluruh negara sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 negara. - Bernama

Tuesday, 20 August 2013

BAGAIMANA NAK TARIK PERHATIAN PEMBACA UNTUK BACA ENTRY KONTEST DAN GIVEAWAY

Assalamualaikum...



Selamat petang semua...
hari ni saku sangt rajin join GA dan Kontest yang kawan2 buat..
tu bukti yang aku ni
bukan la nyombong tak bagi sokongan kat kawan2 yang
buat GA dan kontest..sebelum ni pun ada jugak join..
walaupun susah nak menang  aku join jugak tau..
tak pernah jemu..cuma kena tengok
masa la..lapang aku buat..
waktu sibuk aku tak join la..maaf banyak2 ye..
tapi aku selalu mengharapkan GA atau kontest yang korang
anjurkan tu berjalan dengan baik dan mendapat sambutan..

Satu yang korang perasan
selalunya entry pasal GA dan kontest ni
tak ramai orang nak baca,,

Orang tengok tajuk je orang dah malas nak
singgah blog kita..
itu satu sebab kenapa GA atau kontest yang kita buat
kurang dapat sambutan..
yang join pun tak habis2 muka tu je..

Si A tu la join kontest blog Z..
si A tu jugak yang join GA blog Y..
nak menarik minat blogger lain agak susah..
sebab blogger lain tu tak minat nak baca entry kontest atau GA.

jadi aku nak cadangkan kalau
korang nak buat kontest atau GA apa kata
berilah kelonggaran untuk orang yang join tu
buat tajuk bebas..baru la ramai yang tertarik nak baca
dan klik entry kita tu.tak de la bila
entry GA dan kontest je
pageview paling banyak 20..sedih tau..hahahah

tapi adalah buruk nya jugak..
mungkin untuk SEO ianya tak berapa baik..
tapi kalau dalam post tu korang masuk kan
keyword penting pasal GA dan kontest tu rasanya tak
menjejaskan permainan  SEO korang tu..

sekian..

KAD RAYA DARI KAWAN-KAWAN DAN PEMINAT( peminat la sangat..)

Assalamualaikum...


Lupa pulak nak publish entry kad raya nih..
kena la buat jugak entry ni sebab bangga pe
dapat kad raya..
ada orang yang langsung tak de kad raya tahun ni tau..
kesian betul..
tak pe..raya tahun depan 
kena usaha sikit untuk dapatkan kad raya dari kawan2 tau..
macam aku,aku paksa diaorang supaya hantar kad raya..
muahahh


Yang ni dari Amy..
ada duit raya untuk Mikhail dan Maisara..
dan ada hadiah untuk Ibu nya jugak...
ibu nya pun kena ada sebab kalau tak ibu dia merajuk 
hentak2 kaki tau..
Korang kalau nak beli barang dengan harga best boleh 
hubungi Amy kat sini tau..



4 keping ni dari peminat Maisara..
salah satunya ada duit raya untuk Mikhail dan Maisara.
silent reader blog ni..katanya..
suka citer2 maisara walaupun dah lama tak de
citer pasal maisara pun..
mekasih banyak2 Iza,wani, eeda dan Suwit..



Yang ni pulak dari Blogger shida..
ada bookmark jugak..
maisara kata 
"ibu,cemana kakak shida ni tahu Maisara suka Finn and jake?"
aih..macam la orang tu bagi kat dia..


Ini dari blogger jugak..
yui punya..yang ni aku mintak dia pos kan..
paksa dia pos kad raya..
senang je..ugut nak sebarkan gambar gemuk dia ..
terus dia setuju nak pos..heheh
(acah je..)


Yang ni bukan kad raya tapi 
hadiah GA dari blogger Anies..
comel2 sampulnya..
hari tu kawan2 Maisara datang beraya kat rumah
aku bagi duit raya guna sampul ni..
depa dok belek la sampul tu siap 
cakap "cantik la makcik.."
tetiba aku perasan macam depa kata aku cantik..jadi la...:)


Yang ni untuk Maisara dari Blogger Azian Khalil.
ada duit raya jugak untuk Maisara dan MIkhail.
Sampai hari ni Maisara tetap baca kad raya ni.
agaknya dah boleh hafal kot apa
yang Cik yan tulis dalam kad ni..
masa raya hari tu dok ajak aku pi umah Cik Yan 
sebab aku ada tunjuk Kat dia gambar baby baru Cik yan.
nak tengok Baby la..
Apa ingat umah Cik yan dia kat seberang jalan ni je ke??



Last sekali Kad raya dari Blogger Afzal.
kad raya dia gambar muka dia je..
memang dia tak kasi can la 
kat bunga api ke,ketupat ke,
lemang ke..tak de!gambar dia je ..
lepas tu agaknya dia tak nak orang kata dia 
giler gelemer
dia letak la gambo mesjid dengan bulan secoet..

ok..tu je la..

sekian...

BILA LELAKI LAIN PUJI ISTERI ANDA,SAYA RASA....

Assalamualaikum...



Sebenarnya...
aku ni  bukan lah orang yang sentiasa terbuka orang nya,...
mungkin sebab kolot ke apa tak tahu la kan..

tapi aku sangt tak boleh terima bila
ada suami orang atau lelaki
yang puji fizikal bini orang depan2 suami dia..


contoh gini la..

"Bini kau mantap la..body cantik.."

"bini hang cantik la..pipi gebu ja.."

bukan saja puji depan2..
tapi kalau puji2 kat facebook pun aku
rasa macam pelik je..

contohnya gini ..

Lelaki: untung la suami awak..dapat bini cantik..pandai jaga badan..

Isteri orang :ala..biasa2 je...(senyum suka)

lepas tu lelaki tu pulak kat facebook adalah rakan suami
kepada perempuan yang bergelar isteri tu..

paham dak..
rasa macam lelaki tu perhati bini kita
dari hujung rambut sampai hujung kaki pulak..
gila ka apa??

tapi ada suami yang bila ada lelaki lain puji fizikal bini dia
dia boleh senyum bangga pulak..
adoi..donia..donia..

Mungkin Donia aku dan Donia kau berbeza la..


sekian..

Give Away sempena Birthday Alif Hamzah yang ke-2

Assalamualaikum....


Dah 2 tahun pun Alif Hamzah...
Selamat ulang tahun kelahiran..
semoga membesar dengan sihat,cergas dan bijak..
dan menjadi anak yang solleh..

pantun sikit untuk Alif shomel..

"tepuk mai-amai..
belalang kupu-kupu..
Alif Bijak pandai.
sebab minum susu..."


hehehe...

GA ini dianjurkan oleh Firda
sempena ulangtahun kelahiran anaknya
yang ke dua tahun..
jom la join..klik banner ye..

sekian..

SAYA NAK DUIT RAYA CIK MISYA!!

Assalamualaikum...

Yeyy!!saya join kontest lagi...
amboi..dia punya "yeyyy" tu macam dah menang je..hahah..
mintak2 la menang..kan??
Kontest dari blog AIMI SYAHIRAH..
sedapnya nama...:)


kalau ingat2 balik dah kawen ni la
baru dapat duit raya banyak..sebab laki bagi..hahah.
masa kecik2 dulu dapat duit raya bukan ratus2 pun..
dok kampung kan..paling banyak 2,3 puluh ringgit je..
pergi beraya satu umah ,tuan umah bagi la takat 2,3 kupang..
paling banyak 50 sen,.dulu2 50sen tu banyak dah...:)

lepas tu beraya 2,3 buah umah
balik je kira duit raya..
pi beraya lagi,balik umah kira lagi..
padahal tak yah kira pun sebab
bertambah cuma singgit,dua je..hahah..
tapi sebab syok tengok duit syiling tu banyak
tu yang dok kira je..hahahh

paling kelakar bila pi beraya je
poket baju kurung tu mengelebeh je sebab penuh duit syiling..
apa la salahnya kalau simpan je kat umah dulu
lepas tu baru keluar beraya lagi..kan??
hahha..budak2 lagi masa tu...:P

ok la..panjang betul citer..'bukan best mana pun..hahah
jom le sapa2 nak join kontest ni
sila tekan banner ye..untuk kontest ni aku nak tag adik2 kesayangan nih..
Deno,Shark dan Nad..
sila join cepat ye sebab tarikh akhirnya malam ni jam 12.hehehh

sekian...

CIUM PIPI,KAKI DALAM GUA LEPAS SEMBAHYANG

Kuala Lumpur: Cium pipi, dahi dan kaki selepas bersembahyang di dalam gua. Itu antara aktiviti dilakukan pengikut ajaran sesat yang menjadikan sebuah gua di sebuah negeri di pantai timur sebagai markas untuk pengikutnya berkumpul pada masa ditetapkan peneraju kumpulan itu.
Bercampur antara lelaki dan perempuan, mereka bersalaman dengan individu dipanggil ‘Ayahanda’ dan ‘Bonda’ sebelum mengucup kedua-duanya yang menunggu di persada khas seperti katil di gua berkenaan sehingga selesai solat wajib.

GUA dipercayai tempat pengikut ajaran sesat berkumpul.

Bagaimanapun, dia tidak bersembahyang sebaliknya hanya melihat pengikutnya berbuat demikian.

Difahamkan, setiap kali sembahyang terdapat lebih daripada 10 pengikutnya, tetapi jumlah keseluruhan pengikut ajaran terbabit tidak dapat dipastikan.
PASANGAN yang membahasakan diri mereka Ayahanda dan Bonda.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shahrom Maarop berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati, pengasas ajaran terbabit berusia 60-an dikesan aktif menyebarkan ajaran dipeloporinya di negeri asal dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk ke hutan serta berdamping dengan hidupan liar seperti harimau serta gajah.
SUMBER:HM