UMAT ISLAM MULA PUASA RABU INI

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Rabu ini.


    
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
    
Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
    
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan HisaB-BERNAMA

sumber;sinar

Post a comment

5 Comments

  1. selamat menjalankan ibadah puasa.. :D

    ReplyDelete
  2. selamat pagi
    singgah pagi disini
    salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...merasa lg berpuasa thn ni

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut puasa kak.

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Ramadhan... kedatangannya dinanti oleh orang yang bertaqwa.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)