Skip to main content

TRAGEDI SEBELUM ZOHOR

Baling: “Ketika menunggu azan Zuhur, saya dengar bunyi letupan dari sebuah bilik selain bunyi cermin jatuh, tetapi tidak tahu apa yang berlaku.
“Saya kemudian membuka pintu sebelum ternampak api marak dari sebuah bilik dan bergegas turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri,” kata Saiyada Fateh Mohamad, 74.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, rumah itu musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Titi, Kuala Pegang, dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, ketika kejadian itu, dia berehat seorang diri di dalam bilik sambil menunggu waktu Zuhur, manakala anak dan menantu ke Pekan Kupang untuk membeli barangan dapur.

Saiyada berkata, dia tinggal di rumah itu bersama anaknya Muhamad Kalim, 43, menantunya, Aisfa Khtoon Iqlak Ahmad, 28, serta dua cucu Fariha, 6, serta Saniah, dua tahun.

Menurutnya, dia tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan dan dokumen penting.
“Saya bersyukur tidak ada kemalangan jiwa berlaku meskipun semua harta benda musnah termasuk 12 pucuk geran tanah, pasport India dan Malaysia, buku bank dan geran motosikal.

“Api marak dengan cepat menyebabkan jiran yang berdekatan tidak dapat membantu untuk menyelamatkan dokumen penting yang disimpan di tingkat atas,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Baling Che Said Abu Bakar berkata, punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di sebuah bilik rumah dua tingkat itu.

Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling yang melawat mangsa turut menghulurkan bantuan barangan makanan dan wang tunai.

SUMBER:HM

Comments

  1. assalamualaikum
    singgah pagi di sini :)

    ReplyDelete
  2. Nak dekat raya, ditimpa musibah pula. Kesiannyaaa...

    ReplyDelete
  3. takziah kepada mangsa yang terlibat.. kasihannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …