Skip to main content

PERMOHONAN POLIGAMI ASHRAF DITARIK BALIK


KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan pelakon dan pengamal perubatan islam,Ashraf Muslim menarik balik permohonan berpoligami selepas Ashraf mengaku bernikah kali kedua dengan seorang bekas krew produksi sebuah stesen televisyen,Wan Sakinah Ahmad Saburi,29,di Tahiland pada ahad lalu.

Ketika ditemui selepas prosiding Ashraf dengan isterinya Noor Dayana Lokman 26 terus keluar dari mahkamah dan enggan mengulas lanjut mengenai kes itu.

"Ini pasal rumah tangga jadi tak payah nak cerita"katanya sambil berpimpin tangan dengan Noor Dayana.
Noor Dayana pula kelihatan tenang sambil menunduk kan wajah.

Terdahulu ,Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim,32,menarik balik permohonan berpoligami yang difailkan pada 9 april lalu.

Permohonan itu dibuat mengikut seksyen 23 Akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984.

Berikutan itu pada prosising hari ini hakim syarie Muhammad Abdul Karim Wahab di dalam kamarnya memerintahkan Ashraf membayar RM8000 kepada Noor dayana sebagai kos mahkamah.

Ashraf dan Dayana bernikah pada 30 ogos 2011 didepan Kaabah.

Comments

  1. doa2 lah yang terbaik untuk mereka.
    moga perkahwinan mereka diredhai.

    ReplyDelete
  2. kalau da jodoh yang ditetapkan, semoga berkekalan hendaknya

    ReplyDelete
  3. Maknanya btol la desas desus sblm ni..

    ReplyDelete
  4. si suami tersenyum..si isteri berwajah suram. susah nak kata kan..soal rumahtangga orang kita tak tahu. apa pun doakan yang terbaik buat mereka berdua.

    ReplyDelete
  5. dayana ke tu??? emmm rumah tgga org la media paling suka....laris paperrr huhu semoga rumah tgga asyraf bahagia :)

    ReplyDelete
  6. Entahlah, apapun moga mereka berbahagia dan Asyraf adil dengan isteri2 nya

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …