KANAK-KANAK DISERANG MONYET

Assalamualaikum...

Pagi ni ada baca satu berita nih.

"Seekor monyet tiba-tiba  marah dan menyerang seorang kanak-kanak semasa lawatan ke zoo manakala bapa kanak-kanak itu dan penjaga zoo berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Raghav telah cedera parah di sebuah pusat haiwan di Ratlam, Madhya Pradesh, India."








Aku dari dulu lagi memang takut dengan binatang ni..
sebabnya depa nih ganas..
kadang2 tengok orang bela pun 
aku dah pelik..apasal tak bela kucing je..

Ada setengah zoo memang dia akan lepas kan je 
monyet2 nih..
bila nampak orang datang mula la monyet2 nih tunjuk muka.
dia akan rampas je apa makanan atau bungkusan yang kita bawak.

kat zoo taiping pun ada..
dah la tempat yang banyak monyet tu tak de sapa jaga..
jalan tu macam sunyi je..

satu lagi kat Taman Botanical kat penang..
yang tu lagi ganas..serik dah nak pi..
tak tahu la sekarang monyet masih ada atau tak..
tapi kata nak bawak anak2 aku kat situ memang tak la..


sekian..

Post a comment

10 Comments

  1. takotnya...
    bln dpn tadika anak nureen nak g melawat zoo, rasa nk cancel ja bg dia pegi huhuu

    ReplyDelete
  2. eeeii.. takutnya, kalau anak mama kena serang, mama sanggup bergusti dengan monyet tu..

    ReplyDelete
  3. pelik kan org yg bela monyet nih? confuse sbb apsal dlm bnyk2 pet diorang pilih monyet? klu ade baby, kan ke bahaya. isk3..

    ReplyDelete
  4. monyet2 liaq or yg dilepaskan kt zoo ni kalau kita start bg makanan, mula la depa naik pala..

    ReplyDelete
  5. Teringat satu peristiwa lebih 10 tahun lalu apabila saya hampir2 diserang oleh seekor monyet di Zoo Negara Ulu Kelang. Ingatkan monyet tu jinak, saja2 nak acah dia, tapi tiba2 dia mendengus dan mula mengejar dgn aksi mau menggigit. Nasib baik ada pengunjung lain yg membantu...

    ReplyDelete
  6. Teringat satu peristiwa lebih 10 tahun lalu apabila saya hampir2 diserang oleh seekor monyet di Zoo Negara Ulu Kelang. Ingatkan monyet tu jinak, saja2 nak acah dia, tapi tiba2 dia mendengus dan mula mengejar dgn aksi mau menggigit. Nasib baik ada pengunjung lain yg membantu...

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah ya, monyet memang ganas skit..iee,..seriau. Nak pulak bila dia tunjuk gigi dia sambil ada bunyi 'hishhh'

    ReplyDelete
  8. Saya pun sama, sgt takut monyet. Klu lapar pun mereka ni ganas.

    Klu yg jenis besar tu mcm perogol bersiri je pandang kita. Eh.. Ke sy yg buruk sangka kat beruk tu. haha

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)