Skip to main content

HINA ISLAM:TIMBALAN PERDANA MENTERI MINTA SKMM AMBIL TINDAKAN

PUTRAJAYA: "Ini gejala buruk yang sedang melanda masyarakat kita di Malaysia....kita harap ia (usaha menggugat kesucian agama) tidak sampai ke tahap mencetuskan situasi genting seperti yang berlaku di beberapa negara Islam lain di dunia," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada rakaman video terbaru yang tersebar di laman sosial dengan memaparkan seorang individu dikenali Chetz yang membawa tiga anjing bersiar-siar berhampiran perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya. 
Muhyiddin berkata, walaupun negara aman, namun perkembangan mutakhir itu menunjukkan tiada persefahaman dan pengertian mendalam terhadap keharmonian agama dan kaum di negara ini. 

Menurutnya, perkara itu dilihat mengganggu dan menggugat ketenteraman jiwa masyarakat Islam di negara ini.

"Adakah ini manifestasi dilakukan sesetengah pihak selepas melihat kita lemah sekali gus mudah diperkotak-katikkan atau mungkin kita tidak tegas dan berani untuk bertindak sehingga membiarkan pihak tertentu mencemarkan kesucian agama kita," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah amal Bestari (RAKB) dianjurkan Eden Inc Bhd di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, malam tadi.

Katanya, mereka yang cuba mencetuskan kontoversi agama ini adalah orang yang tidak bijak dan tidak faham dengan nilai agama serta kehormatan terhadap agama lain. 

Muhyiddin berkata, beliau berharap supaya Surujanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian itu dari terus berulang. 

Video kontroversi terbaru berdurasi satu minit dan 44 saat di laman sosial itu turut memaparkan individu memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya sebelum seolah-olah membasuh kaki (seperti mengambil wuduk) dan mengelap anjingnya itu sebelum menyediakan kuih raya kepada tiga ekor anjing berkenaan. 

Rakaman itu turut menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (sambil menunjukkan gambar tiga anjing berkenaan). 

Ia turut memuatkan ucapan `Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga' dengan gambar individu itu duduk bersama tiga anjing di atas sofa. 

Sebelum ini, pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee didakwa di mahkamah kerana mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar mereka sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh beserta keterangan gambar dan logo halal di laman Facebook.

SUMBER:hm

Comments

  1. assalamualaikum
    memang kurang ajar

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bila islam sekadar pada nama sahaja..nau'zubillah..

    ReplyDelete
  4. sy x fhm betul apa motif dia buatsemua ni..dia igt umat islam ni sorg je ke??

    ReplyDelete
  5. leez pun nk wat ucapan gaklah kpd chetz sekeluarga t'masuk anjing2nye dgn ucapan:-

    bangang!
    haa..! amekaw!

    ReplyDelete
  6. lepas satu kes..ada lagi kes hina2 ni...adehhh...apa masalah mereka semua ni ye?

    ReplyDelete
  7. tak tegas, sbb tu org berani buat...

    ReplyDelete
  8. terlalu memberi muka..... camtu lah..... sepatutnya tindakan keras kena ambil.....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …