EPISOD AKHIR TEDUHAN KASIH CATAT 4.1 JUTA PENONTON




EPISOD terakhir drama bersiri, Teduhan Kasih yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra dan Sherry Ibrahim mencipta rekod dengan kadar tontotan 4.1 juta, Selasa lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, pihaknya terharu dengan sokongan yang diberikan penonton untuk drama tersebut.

“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.

“Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton  di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.

SUMBER;sinar

Post a comment

6 Comments

  1. citer best. harus ler tgk. hihi
    suka part2 yg jahat jer. x bosan

    ReplyDelete
  2. ramai tu... deno pun tergolong jugak dalam tu.. tapi dah tengok saat2 akhir.. nape la suka buat pukul 7... huh

    ReplyDelete
  3. sy slh sorg penyumbang rating ttngi tu..hihi

    ReplyDelete
  4. tinggi tu..... mesti ramai yg terlepas magrib kan.....op's!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)