AIS BATU DI MCDONALDS DAN KFC LEBIH MENJIJIK KAN DARI AIR TANDAS

Assalamualaikum..



 Lagi-lagi masalah kebersihan menjadi salah satu faktor yang membuat orang enggan bahkan jijik untuk membeli makanan atau minuman di suatu tempat. Walau fast food besar dan mempunyai cawangan di banyak negara bukan bererti bebas dari masalah kebersihan. Buktinya adalah restoran makanan segeraf Mcdonald dan KFC di China. Ais batu untuk minuman di dua francais restoran makanan segera terkenal di seluruh dunia ini mengandungi bakteria jauh lebih banyak dari air tandas.

Sebuah kajian di China menunjukkan hasil yang mengejutkan. Mereka mendapati bahawa ais batu pada restoran makanan segera KFC dan McDonalds di China mengandungi bakteria 13 kali lebih banyak berbanding air tandas. Seorang wartawan membuat penyiasatan tentang hal ini.Wartawan dari China Central Television (CCTV) melakukan ujian pada ais yang ada di restoran makanan segera Beijing seperti KFC, McDonalds, dan Kungfu.

Hasilnya adalah, Ais batu pada restoran KFC mengandung 900 bakteria per milimeter. Bayangkan bila kita meminum satu gelas soda yang dicampur dengan beberapa ais batu, berapa banyak bakteria yang masuk ke dalam tubuh kita?sayangnya restoran makanan segera seperti KFC dan McD boleh lalai dalam hal kebersihan dan kualiti bahan makanan atau minuman seperti ini.

Rupanya penyebab utama adalah mesin ais yang kotor, proses steril yang buruk, atau kesalahan pekerja seperti tidak mencuci tangan, dan lain-lain. Rendahnya kesedaran untuk menjaga kualiti dan kebersihan membuat ais batu pada gerai-gerai ini tidak patut dijual kepada pelanggan. Menurut pakar keselamatan makanan Dong Qingli, jumlah bakteria sebenarnya tak terlalu membimbangkan. Yang lebih penting adalah mengetahui bakteria apa yang ada di dalamnya, dan bakteria mana yang boleh berbahaya.

Mcdonalds dan KFC mengaku dan meminta maaf serta berjanji meningkatkan kualiti kebersihan pada makanan dan minuman yang mereka sajikan. ..bagaimana dengan keyakinan pengguna?adakah masih mahu memberi peluang?

sekian

Post a comment

16 Comments

  1. nsb baik kt cina..bleh plak minta maaf mcm 2 je..ntah2 xde org nk dtg lepas neh..

    ReplyDelete
  2. Brand tu dah ok, cuma sikap pekerja tu je yg tak baik...kalau kat Malaysia , no sorry for you lah..ekeke

    ReplyDelete
  3. bkn kat malaysia kan...mujur.
    tapi mc d mmg dah lama saya puasa mkn. sejak kempen boikot isu palestin.

    ReplyDelete
  4. Kat negara China tu macam2 ada.

    ReplyDelete
  5. Kak, Ahad ni jemput tau ke rumah, kita meriahkan majlis tu nanti :D

    ReplyDelete
  6. even kat china tp kita kat Malaysia pun mula rasa was was jugak. tp sy selalunya kalau makan kat fastfood camni air minta selalunya taknak ais..

    ReplyDelete
  7. Opss...nasib baik kt china...sbb mmg nak buat besday party Qi kt mcd x lama lagi....

    ReplyDelete
  8. Itu air batu di McD dan KFC, bagaimana makanan di Bazaar Ramadan? Apa pun masak sendiri adalah yg terbaik....

    ReplyDelete
  9. yelah ais pun punca kita kena keracunan,tau sebab bakteria.itu yang terjadi jugak pada kak lea sekeluarga baru2 ni huhu..owh bukan gi fastfood tu tapi beli ais kat kedai runcit..dah bancuh air buka puasa...baru ternampak dalam ais tu ada lalat dan kotoran hitam2 bluwekkk....

    ReplyDelete
  10. Tapi tak kena keracunan makanan pulak kat sana eh? pelik betul.biasa kalau bakteria dah banyak mcm tu komfem skit perut..macam2 la china ni.. mujur bukan dekat malaysia..huhu

    ReplyDelete
  11. sape yg meroyan smlm tu kak?

    ReplyDelete
  12. Haishh macam-macam . Pengotor betullah >,<

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)