Skip to main content

5 TANDA BAHAGIA

Assalamualaikum...


pernah tak korang rasa tak bahagia?
alah..setakat gaduh pasal baju dengan suami
tak payah la sampai rasa diri tak bahagia..
benda kecik2 jangan dibesar2kan..
bila dibesar2 kan itu yang buat tak bahagia tu..kan ??

buat masa ni aku rasa aku bahagia
sebab yang pertamanya aku mudah ketawa
hanya sebab benda2 kecik.
lawak bodo pun aku boleh ketawa dan tersenyum..

Selera makan aku  jugak ditahap yang baik..
tak de la makan itu muntah,
makan ni muntah..
kalau benda2 yang aku tak suka makan pun,
bila hidang aku jamah la jugak sepinggan dua..
muahahaha..

Lagi satu tiap kali bergambar aku senyum..
bahagia tak aku??heheh..
eh!!dulu aku tak suka senyum tau time bergambar.
orang tengok gambar aku pun boleh stress..
monyok je macam satu dunia bikin masalah pada aku.

Hubungan aku dengan korang pun ok kan??
itu jugak satu tanda yang kita ni sedang bahagia tau,..
tiap kali aku singgah blog korang,aku komen
mesti tinggal simbol :)
kan??sebab aku nak hubungan aku dan korang ok
selama-lama-lamanya...
kat facebook pun kita ok kan??
kawan2 sekeliling aku pun ok jugak..
tanda nya aku bahagia..

Hubuangan dengan suami??
tetttt!!"Ini pasal rumah tangga jadi tak payah nak cerita"
bak kata Ashraf muslim..

jadi setakat ni aku memang bahagia..
korang bahagia tak??
cer renung2 kan..

sekian..

Comments

  1. alhamdulillah sy sgt10x bahagia. bebas drpd sebarang stress + masalah serta semua kerja menjadi bg sy tu tanda2 bahagia. 1 lagi, (yg plg best) bla tgk timbang, sy melompat2 sbb da kurus...hahahah ni da cerita lain ;-)

    ReplyDelete
  2. akak tak tinggal :) kat blog saya pong.adakah akak tak bahagia?akak cuma kata hewhewhew. Apa maknanya?bunyi itik kah itu?uhuk2

    Kalau bahagia serba serbi, alhamdulillah la kak :) semoga dipanjangkan lagi nikmat kebahagiaan yang akak kecapi ye :)

    ReplyDelete
  3. inshaallah bahgia..hehe..prsaan sdih tu kdg ada jgk..

    ReplyDelete
  4. Bahagialah walau selalu je gaduh dgn suami tu. Hahahaha!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...aku tumpang hepi tgk kawan2 bahagia...semoga nikmat bahagia yg kita kecapi hari ni terus dipanjangkan sehingga ke akhirnya...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah bahagiaaa sgt2 ...

    semoga allah sentiasa memberiakn kebahagaian ini utk kita miliki sampai bila2 kan D ;)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... bahagia sgt2 bila tgk anak2 n suami gembira...

    lagi satu mmg bahagia bila hari2 ramai kawan2 singgah blog kita :)

    ReplyDelete
  8. berpandu apa yang akak cakap nie saya boleh kata yang saya bahagia...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …