Skip to main content

SYURA PAKAI BINDI DI DAHI DALAM MASTERCHEF?

Assalamualaikum...



Eh..korang tengok tak
selingan Masterchef untuk malam ni..
kan semalam sebelum habis tu
dia tunjuk selingan untuk malam ni kan..

perasan tak Syura tu pakai tanda kat dahi macam orang india tu..
Apa orang panggil benda tu ye??
Bindi ye??



Aku pun tak tahu la boleh ke
orang islam pakai Bindi ni
walaupun dia tak niat apa2 pun..
korang rasa2 boleh tak??

aku pun google la..
dipetik dari blog ini...

"Memakai sebuah bindi atau mangalsutra menandakan kurangnya iman terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa, Pencipta manusia, Dialah Maha Pelindung. 

~Bertentangan dengan Ciri Pakaian Islam 

Memakai sebuah bindi atau mangalsutra merupakan tanda perempuan yang beragama Hindu. Ciri Pakaian Islam tidak mengizinkan seorang Muslim untuk memakai semua tanda, simbol atau ciri khusus yang berasal dari non-Muslim. "

tak banyak maklumat yang aku dapat..
susahnya nak dapatkan kepastian..

kemudian aku jumpa satu post
kat blog ini. dan sedikit petikan dari blog tersebut...


Contoh-contoh pemakaian aksesories yang ditegah umat Islam memakainya kerana ia akan menimbulkan Fitnah dan org akan menganggap korang sebahagian dari agama itu adalah seperti berikut :

i) Salib
ii) Nande' / Bindi / Tilakas ( ataupun lukisan garis lurus, titik merah atas dahi bagi penganut agama Hindu)
iii) Jubah kuning sami, tasbih sami buddha
iv) imej-imej Tuhan berhala yang di print pada baju. atau dipakai di rantai gelang atau cincin.
v) dan lain-lain yang apabila korang pakai maka korang akan dikenali sebagai penganut agama itu.

Pesanan Rasulullah saw ini adalah sebagai peringatan, untuk mengelakkan Muslim dari menggunakan alasan bahawa penampilan tidak menunjukkan iman dalam hati. Dan juga bagi mengelakkan fitnah.

Jadi..kesimpulan nya..tak boleh la ye??

sekian..

Comments

  1. Ada tengok promo di astro ria. Tak tau pulak fiza pasal tu :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Apa kata rujuk ke JAKIM...email pun boleh rasanya.

    Dah dapat jawapan dr JAKIM, jangan lupa kongsi ya...nak jugak tahu

    ReplyDelete
  3. Rasanya ada larangan tentang berpakaian menyerupai kaum/agama lain..tp x sure la. Kena refer yg lebih arif.

    ReplyDelete
  4. http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=78

    ReplyDelete
  5. huhu.. ayie pon xperasan bnda tu sebb mmg xtgok master chef.. dah dok asramakan.. hehe

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. em mcm2.... tp kalau pakai sari takpe kan?

    ReplyDelete
  8. apa motif ya dia pakai mcm tu

    ReplyDelete
  9. kak sy tgk jugak.terkejut jugak sy,sbb dulu penah ada org kata gak.xleh pakai.xelok.tp sbb nk ikut tema kot kan.hmm.mcm mcm dorg ni.

    ReplyDelete
  10. ermm.. dorang ni main terjah je. yg menyerupai kaum lain pun nak diikut..

    ReplyDelete
  11. jgn menyerupai agama lain dri segi pakaian n lain2 ^^

    ReplyDelete
  12. izan pun terperasan smlm.... itu dah dikira cam menyerupai penganut agama lain juga... sebaiknya elakkan terus.

    ReplyDelete
  13. mungkin syura tak perasan sensitiviti dan larangan tu...takde yg menegah...tapi bila remy jumpa dia haritu... syura cukup merendah diri...... tunggu entry remy nanti tau....

    ReplyDelete
  14. kena maklum la pd si pmakai myb dia pon xtahu

    ReplyDelete
  15. Pottu/bindi adalah kepercayaan agama hindu dan jugalah budaya orang india.di negara kita juga dapat lihat prempuan India yang yang beragama ISLAM Dan KRISTIAN memakai pottu,sari,meletakkan inai Dan juga memakai kalungan Bunga pada rambutnya

    OLEH ITU, memakai pottu adalah sama seperti memakai pakaian sari Dan meletakkan inai (henna) di tangan dari segi "BUDAYA" orang india

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…