Skip to main content

SIAPA KATA KITA GEMUK TAK MENYUSAHKAN ORANG?

Assalamualaikum...




Aku takut betul dengan gemuk..
ada orang memang tak kisah dia gemuk..
katanya gemuk dia tak menyusahkan orang..

hoi..sapa kata gemuk tak menyusahkan orang??
macam aku seorang isteri ni
Bila gemuk bayangkan berapa meter kain nak beli buat baju raya..
orang biasa buat 4 meter je
tapi aku 6 meter..ha..ambik kau..
menyusahkan suami je...
menyusahkan tukang jahit lak tu..
kena jahit kain kita lebih 5 minit dari pelanggan lain..
patut kena caj lebih 5 tringgit tu.


bayangkan pulak tetiba kita eksiden,..
berapa orang nak angkat kita
bawak masuk ambulan.??
dah la nak bawak keluar dari kereta yang tersepit tu
pun susah..nak kena angkat kita pulak..
tak ke menyusahkan orang??

Naik bas pulak..
satu tempat duduk tu je dah
penuh dengan ponggongk kita je..
orang lain nak duduk sebelah pun tak boleh.
kesian betul orang sekeliling..

tu belum lagi masuk lift,
lalu kat pintu yang kecik,
tumpang kereta orang..adoi...
malu pulak bila pikir2..

Bayangkan jugak bila kita Mati..
orang nak mandikan kita..
nak angkat kita..
tak menyusahkan orang ke tu???

kan??kan??
sebab tu la aku berusaha nak kuruskan badan nih..
tak nak menyusahkan orang...

sekian..

Comments

  1. Gemuk biasa, tak pe. Jgn over gemuk, tu yg menyusahkan. Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. kena la jaga kesihatan diri

    ReplyDelete
  3. aku nak kurus demi suami...boleh gitu? kehkeh...

    ReplyDelete
  4. akk meh ikt sn jogging tiap2 mlm kt tasik titiwangsa...

    ReplyDelete
  5. sebab tu la sebelum gemuk kena jaga badan.. sebab bila dah gemuk memang susah nak turunkan berat sebab tu ramai yg bila dah gemuk jadi malas nak fikir pasal badan dah.. saya yang katik ni pun.. risau jugak pasal badan.

    ReplyDelete
  6. sy pun taknak gemuk.. nak kurus.. senang sikit bawa diri.. hehe

    ReplyDelete
  7. PM pun sedang usaha ke arah kurus, tapi buat masa nih tak berjaya lagi...hehe

    ReplyDelete
  8. sy baru nk gemukkan diri..haha..klua pulak entry akak mcm ni..hahaha

    ReplyDelete
  9. hehehe xD slow2.. :) jaga pemakanan ^^ smga bjyaa!

    ReplyDelete
  10. insyaallah berjaya...adah pun tgh berusaha tgh kuruskan badan nie dgn satu produk...

    ReplyDelete
  11. Wowwww!!! Kata2 semangat yang boleh meransang jiwa utk segera kurus..

    chayok chayok

    ReplyDelete
  12. Setuju sgt2... Bab bas tu lg kesian kan? Tambang sama harga, ko duduk separuh seat org sblh. Haha

    ReplyDelete
  13. setuju sangat.. kalau naik kereta, kasihan kereta tu sebab terpaksa bawa tuan dia yang gemuk.. minyak kereta pun lebih sebab kena bawa beban berat.. tayar kereta tempat duduk pemandu gemuk pun cepat haus masa layan selekoh.. hehe..

    ReplyDelete
  14. hu3.... terasa........
    tapi itulah....nak jugak kurus.....
    semoga senang nak buat kerja.....tak termengah2....

    ReplyDelete
  15. marilah sme2 kita jge ksihatan supaya tak alami obesiti :)

    ReplyDelete
  16. yela2 nak kurus la ni..hadoila tacing tau...haha

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…