PENJAGA KELAB MALAM MAUT DITEMBAK

Batu Pahat: “Lu datang lagi nak buat apa? Kalau tak puas hati, kita one by one (satu lawan satu) la,” kata seorang penjaga kelab malam sebelum dia maut ditembak di dada kiri dan paha kiri di Taman Flora Utama, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.50 pagi, P Roones Kumar, 30, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, di sini, manakala rakannya yang juga penjaga kelab malam sama, Teo Kok Ann, 21, cedera parah akibat ditembak di paha kanan oleh suspek sama yang juga pelanggan kelab malam itu.
Terdahulu, Roones menasihatkan seorang pelanggan berusia 40-an dan dalam keadaan mabuk dikatakan membuat kacau dengan membaling gelas.

Lelaki itu beredar sebelum kembali ke premis itu tidak lama kemudian dan duduk di kedai berhampiran. Dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan seorang rakannya.
LOKASI kejadian tembak di Taman Flora Utama, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mengikut keterangan saksi, pada jam 1 pagi, suspek sebelum itu membaling gelas ketika dalam keadaan mabuk.

SUMBER:harian metro

Post a comment

2 Comments

  1. hurmm tu lah ..
    susah nak cakap zaman skrg nie
    x puas hati tembak .. bunuh !

    ReplyDelete
  2. mesti kes tak puas hati...kesihan kat mangsa.....

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)