Skip to main content

MENYAMPAH KAT ARTIS NI..

Assalamualaikum...

2,3 minggu lepas aku ada baca satu komen kat facebook.
konon nya pengomen ni  benci sangat tengok
Rozita che wan dalam masterchef..
alasan dia benci sebab ..



"tak sabar nak tengok artis bulu mata palsu tu keluar..
masak pun nak pakai bulu mata,pakaian pun entah apa2.."

memang ramai sebenarnya antara kita ni
yang ada sikap gini..

Artis tu tak de buat apa masalah pun dekat kita.
dia tak kacau umahtangga kita,
dia tak ambik duit kita,
kenal kita pun tak..
tapi bila tengok dia tu rasa meluat sangat,,hahha

Aku sendiri pun ada sikap macam tu..
sebenarnya cara atis tu bawak diri dia
dan cara dia berpenampilan pun akan bagi kesan pada kita..kan??



Korang kenal tak pelakon nama zalif Sidek??
itu la pelakon yang aku meluat tengok..hahah.
salah satu sebabnya muka dia tu menakut kan..
tengok senyum dia
macam senyum orang jahat..
masa mengandung kat Mikhail aku sampai
termimpi2 dia..bangun2 je menangis sebab takut..
lepas tu berdoa takmau anak aku muka macam dia.
muahahah...



Masa dulu kan kecoh2 pasal dia bercinta dengan Fida..kan?
terpikir pulak aku..
"la..kau kan cantik..apasal la
ko pilih dia..ko tak pikir ke nanti kalau ko kawen hari2
ko nak kena  tengok muka dia.."

tapi bila baca citer tu kat blog orang kemain komen tak jujur..

"wah..bagus la diaorang bercinta..
"sweet nya diorang ni.."

ceh..!!!

jangan marah ye peminat2 Zalif Sidek..
heheh...

sekian...

Comments

  1. pasal si fida tu kadang2 tgk dia memang macam jenis tangkap muat.. org kata asal ada boyfriend jer sebab bila tgk ex2 dia sebelum ni.. kang ckp lebih macam merendahkan orang jer tp tu lah.. betul tu kadang2 cara sorang retis tu bawak diri menentukan org byk suka atau org banyak benci dia even dia x kacau dalam kain org lain pun tapi kalau kacau pandangan org pun tetap akan mengundang benci. bukan je retis.. orang2 biasa mcm kita pun sama walau diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  2. x kesah lahh siapa pun pilihan mereka , janji mereka ada cukup lengkao sifatnyee ekkee

    ieda x kesah punn .. entah rasa kalau kita beria bencikan org akan "seman" ke anak2 kita atau org yg dekat ngan kita .. atau paling takut diri kita ...

    sooo doakan aje ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha...takut kat zalif..hehehe..oh ya RCW tue taklah menyakitkan hati tapi dulu mmg meluat..tapi bila tengok dia kat MC terasa nampak diri dia yang sebnar...ceh cakap mcm pengkritik jer kan..

    ReplyDelete
  4. hehehhe..biar p la dorang.... dorang xkenal kita un,...ekekkeke... >.< asalkan dorang bhgia..ekkekek ^^

    ReplyDelete
  5. Saya malas nak ambik kisah sangat pasal artis nie. Bukannya dye nak ambik kisah pasal saya. Baca and amik aktibar jark..

    ReplyDelete
  6. asalkan dia org bahagia haha

    ReplyDelete
  7. setiap org ada hak utk meluah kn rasa meluat heheheh bak kata hanis zalikha... u cant make everybody like u. u dont even like everybody ;-)

    ReplyDelete
  8. tu semua pun ciptaan Allah...baik fikir tentang kejadian alam daripada dok fikir kisah manusia...kuang3. sama2 berfikir

    ReplyDelete
  9. tak tau la diana , jarang ada benci sangat2 kat artis , sbb memang tk kenal diorang kalau tk suka tu memang ada la .. kadang2 kerana suka artiss je bee blh tengok drama/filem dia ..

    ReplyDelete
  10. diana nie...sampai termimpi2 ye takut punya pasal...

    artis pun manusia biasa gak...ada kelebihan n kekurangan masing2,.

    ReplyDelete
  11. sampai termimpi-mimpi lagi..

    ReplyDelete
  12. suka che ta..... memang peel dia mcm tu.......manja jer...sebab dah jumpa dlm master chef....kat dlm atau luar tv...dia memang mcm tu.....

    ReplyDelete
  13. akk,rara pon x suka zalif ni kak.hmm ntah apa ntah cm ni pon leh jd artis,

    ReplyDelete
  14. Muka dia buruk ke cantik ke semua Allah cipta . Bukan dia mintak nak jadi macam mane .

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …