Skip to main content

AJAR ANAK UNTUK BERKONGSI

Assalamualaikum...



Rimas kan bila ada anak kita berebut mainan
atau apa je dengan kawan dia..
kalau dia berebut dengan adik beradik sendiri tak pe..
senang je..kita nak cakap apa pun
tak kesah tak de orang nak kecik2 hati,..kan??

tapi kan aku kalau ada orang berebut mainan dengan anak aku
tak de nya aku nak sebelahkan mana2 pihak..
tak kira la mak budak tu nak kecik hati ke apa..
selalunya apa yang aku buat....
Aku akan bagi pilihan..
nak simpan je barang tu atau nak main bersama..

kita sebagai ibu bapa kena tegas..
tak boleh nak harap orang mengalah dengan anak kita.
kita yang kena ajar dia..

sebaik-baiknya terangkan main bersama lebih
menyeronok kan dan lebih baik..

Jangan sesekali suruh anak mengalah.
sebab cara ini akan menggalak kan anak yg 1 lagi
terus dengan sikap  tak mahu berkongsi.
manakala anak yang satu lagi akan kecik hati..

cara lain,elak kan beli mainan sorang satu..
kalau tidak sampai bila2 anak kita  tak belajar
untuk bersabar dan menunggu giliran

betul tak??

sekian..


Comments

  1. wah..bagus tips diana nilah. sbb mmg tu masalah biasa kat bdk2.

    ReplyDelete
  2. huhuhu... :) beljr berkongsi.. budak2 mmg cm tu.. :)

    ReplyDelete
  3. waa..tegas betul akak eh. nnti bleh la mish tegas gini jugak bila ada nanti. haha. ntah bila..

    ReplyDelete
  4. Ye, setuju dengan cara akak buat..

    Kadang kita kena tegas dan di samping kita kena cakap secara lembut keuntungan bermain bersama :D

    ReplyDelete
  5. setakat nih Mifz takde tunjuk lagi habit suka berebut sebab dia main sorang2 jer buat masa nih...hehe

    ReplyDelete
  6. princess pon dh pandai nk org lain punya dora.now kena beli 1.

    ReplyDelete
  7. nak anak2 belajar berkongsi, kena la mula dari mak bapaknya :) time ni la si bapak ambik peluang.

    dia suruh maknya belajar dulu berkongsi suami ngeh2

    ReplyDelete
  8. hurm... macam tu rupanya.. baru saya tau cara yang terbaik... terina kasih tau :)

    ReplyDelete
  9. kira jangan beli mainan sorang satu . kena beli satu ja ? baru boleh main sama2 dan berkongsi . okay faham bos !

    ReplyDelete
  10. Biasanya kalau yg tak best tu bila anak org dtg bertandang dan buat mcm hak sendiri. Maknye buat x tau je. Haishhh tu yg serba salah tu

    ReplyDelete
  11. Betul2. Setuju sgt. Bagus teknik ni. InsyaAllah berguna untuk saya apply pada anak nanti.

    ReplyDelete
  12. betul tu.. kena ajar anak berkongsi sejak kecil.. nanti bila dah besar pentingkan diri sendiri pula..

    ReplyDelete
  13. setuju...kena galakkan sentiasa berkongsi...baru hubungan tu lebih mesra......

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …