200 SEKOLAH DITUTUP AKIBAT JEREBU

KUALA LUMPUR: Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383.
Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata, keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi.

Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my.


Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119.

Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100.

Kementerian Pendidikan juga mengarahkan pihak pentadbir sekolah mengambil langkah menutup sekolah jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras bahaya, iaitu 300 bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata berkata pihak pentadbir sekolah perlu mengambil tindakan di bawah Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Selain ditutup, pihak sekolah juga perlu menghentikan semua aktiviti kokurikulum dan aktiviti di luar bilik darjah jika IPU melebihi 250, dan menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid-murid berisiko tinggi jika IPU melebihi 150, katanya dalam satu kenyataan di sini.

"Kementerian Pendidikan memandang serius perkembangan fenomena jerebu yang melanda negara ketika ini. Selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Ogos 2012 berhubung pindaan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, kementerian telah mengeluarkan Surat Siaran KPM Bil.14 Tahun 2013 berhubung Langkah-Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di Sekolah-Sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal," katanya.

Abdul Ghafar berkata Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah juga telah diarah untuk memantau dan mengikuti perkembangan semasa fenomena jerebu melalui media massa dan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengetahui status jerebu di kawasan masing-masing.

Katanya, kementerian itu juga telah membuka bilik gerakan untuk memantau perkembangan fenomena itu, dan untuk memudahkan kementerian mengambil langkah-langkah wajar bagi menanganinya.

"Murid-murid dinasihatkan memakai penutup hidung dan pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar yang dikenal pasti tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar terjamin," katanya.

Lebih 200 sekolah di Muar, Johor hari ini diarah tutup buat sementara berikutan bacaan IPU mencatat paras bahaya iaitu 383.

Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar.

JAS hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi.

Post a comment

4 Comments

  1. KUCHING PUN DH MAKIN TERUK SEKARANG..TEKAK SENTIASA KERING RSNYA..

    ReplyDelete
  2. semoga kembali seperti sedia kala dengan cepat. kesiannnn. ramai orang sakit tekak akibat jerebu ni.

    ReplyDelete
  3. bahaya jerebu skrg ni... take care kak diana :)

    ReplyDelete
  4. semakin teruk kat kawasan klia nie.....

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)