Skip to main content

KESAN PENYAKIT MELALUI PERUBAHAN PADA KUKU

Assalamualaikum...



Ketika memotong atau melakukan rawatan kuku, perhatikan jika ada perubahan pada kuku anda Misalnya kuku jadi lebih pucat dari biasanya atau nampak menguning. Kuku boleh menjadi 'alat' semulajadi untuk mengesan adanya masalah kesihatan.

1. Pucat
Jika kuku kelihatan  putih pucat, kemungkinan anda menderita anemia.Anemia terjadi akibat kekurangan zat besi yang menyebabkan pengambilan oksigen di dalam darah terganggu Sehingga kulit menjadi pucat, terutama kulit di bawah kuku.
Dalam keadaan yang lebih serius, kuku pucat juga boleh menjadi tanda-tanda awal diabetes atau penyakit hati. Jika didiagnosis lebih awal, diabetes boleh dikawal. Elakkan pengambilan makanan yang mempunyai bahan pengawet atau yang mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Ganti pola makan anda dengan memperbanyak kan serat daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan gandum.

2. Menguning
Kuku yang menguning  umumnya disebabkan kerana jangkitan kulat yang telah merebak ke seluruh kuku. Rawatan topikal (disapu dengan krim) biasanya tidak terlalu membantu kerana jangkitan berada di kulit bawah kuku. Biasanya doktor akan memberikan ubat minum yang boleh membasmi kulatdi bahagian dalam epidermis.

3. Garis Coklat Kehitaman
Waspada jika anda mendapati garis atau urat kehitaman di kuku, kerana kemungkinan adanya melanoma atau tumor  yang harus dikesan dan dirawat sejak awal,

4. Mudah patah
Kuku yang mudah patah hanya kerana sedikit tekanan atau impak yang kuat, kemungkina ada gangguan pada kelenjar thyroid anda. Kelenjar yang terdapat di bahagian leher ini bertugas mengatur metabolisme, tenaga dan pertumbuhan tubuh. Kekurangan thyroid boleh menyebabkan rambut gugur, juga kuku yang mudah patah dan menipis.

Kuku juga tumbuh lebih lambat dan dalam keadaan yang sudah teruk, kuku boleh terangkat dari kulit di bawahnya. Jika ini terjadi pada anda, segera membuat pemeriksaan doktor untuk diambil sampel darah. Pemeriksaan ini membantu untuk memeriksa sama ada gangguan thyroid yang perlu diberi rawatan.

5. Garis-garis Putih
Garis-garis putih mendatar yang memenuhi seluruh kuku disebut dengan garis Muehrcke. Ini menunjuk kan adanya penyakit buah pinggang, gangguan hati atau kekurangan protein. Munculnya garis putih memanjang disebabkan oleh gangguan pada bekalan darah ke kuku kerana penyakit-penyakit yang disebutkan tadi,

6. Membiru
Kuku yang keliohatan biru, adalah tanda badan anda kekurangan oksigen. Kurangnya oksigen dalam darah boleh disebabkan beberapa hal, di antaranya gangguan pada saluran pernafasan atau masalah di pembuluh darah. Beberapa orang memang ada yang peredaran darahnya lebih lambat terutama ketika berada di tempat bersuhu sejuk.


sumber: shape.com

sekian.

Comments

  1. Alhamdulillah...stkt ni kuku ok2 je.
    Kecuali ada kesan biru kat kuku jari telunjuk kiri..

    ReplyDelete
  2. ni jg termsk kuku jari kaki??

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    ieda terus tgk kuku ieda D ekeke ;)
    risau gak ;)

    gud info .. nice sharing ;)

    ReplyDelete
  4. tq for sharing.. kena waspada ... tp 5hb baru2 ni kuku lya jd kaler biru gelap. heheh...bakpe gtu?

    ReplyDelete
  5. Lepas baca artikel ni trus cek kuku..Alhamdulillah semuanya okey^^

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk info berguna ni tau..hehehehe

    ReplyDelete
  7. ada kuku cawan, ada kuku mangkuk, ada kuku gelas...hahha...macam2 la masa sekolah dulu...

    ReplyDelete
  8. baca ni siap cek sesatu jari.. hahaha

    ReplyDelete
  9. yup, klau tgk kuku mmg bole tau tahap kesihatan kita ^^

    ReplyDelete
  10. oh..camtu ye rupenya.thanks kak for this info

    ReplyDelete
  11. kuku deno jari telunjuk belah kiri ada garis2 coklat... sejak kecik lagi... pernah org cakap itu tanda penyakit..

    ReplyDelete
  12. Mcm mne plak dgn kuku y mnjdi biru semasa mndy kak...mohon penjelsan

    ReplyDelete
  13. Apiz..kalau kuku jadi biru ketika mandi itu maknanya awak dah terlalu lama mandi..mandi berlebihan ni bahaya sebab boleh menyebabkan pening dan mual.

    tapi kan kalau hujung jari yang berwarna biru tu maknanya ada penyakait Raynoud ..boleh google tengtang penyakit nih.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …