Wednesday, 29 May 2013

IBU BAPA YANG TAK BERAPA NAK CERDIK

Assalamualaikum...

malam tadi punye la bengang tak dapat tengok bola..
Rasanya bukan aku sorang je yang bengang..
ramai lagi kan..terutamanya
penyokong2 Pahang dan Johor lagi bengang kan....

Ye la..kita dah plan tak nak pi mana2 sebab
nak tengok bola tetiba jadi gini pulak..
mau tak marah..kan.?

Rasanya yang kat stadium lagi la bengang kan..
dah beli tiket,bersesak2 sekali tak de game..
bukan senang nak bawak dengan anak kecik lagi
anak besor lagi..

Yang tu lagi aku geram..
buat apa la bawak budak kecik.
aku tengok ada yang bawak anak yang baru boleh berjalan..
adoi..tak pernah pi tengok bola ke sebelum ni.

Jangan la kata tak tahu..
sepatutnya kena tahu bila game besar macam ni
stadium memang padat,ketat..
dan dalam tu memang macam2 jenis orang ada..

bahaya untuk anak2 kecik..
tak payah la bawak depa tu..
tengok kat rumah sudah la..
jadi apa2 nanti nyesal kot..

dari zaman tok kaduk lagi
budaya lempar botol ni dah ada..
jangan la kata tak tahu yang keadaan dalam stadium
rupanya macam tu..

kalau rasa nak bawak anak2 kecik
pegi je la masa game liga perdana..
time tu stadium kosong je..
nak bawak rombongan taska pun boleh.

jadi lah ibu bapa yang prihatin...
kita tak boleh nak ubah sikap ganas sesetengah
penyokong bolasepak nih..
tapi kita boleh elak kan dari kita dan anak2
menjadi mangsa keganasan mereka..

sekian...

13 comments:

  1. yg kecik dari tu pon sy penah jumpa...rs nyer pantang si ibu tu pon blom abes lg...ank da dikelk bw ke stad

    ReplyDelete
  2. takde sapa yang tolong jagakan anak kot? :)

    ReplyDelete
  3. As salam,

    bab bawak anak2 kecik ni pun satu hal jugaklah...

    semangat yg kadang2 boleh membahayakan anak2...utamakanlah keselamatan dulu..kan?

    bab tunda tu, entah macam mana plak boleh ramai manusia dari kerusi...mmg pengurusan lemah bab ni..

    tp paling klimaks malam td bila ada yg baling batu kot dari bawah ke atas...terus penyokong turun masuk padang...

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Kalau boleh jgn lah bawa anak kat tempat yg sesak. Antibodi dorang pon tak kuat lagi. Senang dpt penyakit.

    ReplyDelete
  5. betul tu..kita yg tengok risau, mak bapak budak tu relaks je.
    Patutnya bdk kecik sgt tak payah la bawak ke tempat sesak...kesian.

    ReplyDelete
  6. Betul tu..kalau saya tak kuasa la nak bawak anak kecik..Baik nengok kat rumah boleh bergolek2..lagipun saya memang tak suka bawak anak2 ke tempat yang padat lagi boleh bahayakan keselamatan.

    ReplyDelete
  7. kesian laki aku tunggu game mlm tadi tapi hampeh...hahaha...

    ReplyDelete
  8. Mungkin sebelum ni tak seramai itu orang yang datang...

    ReplyDelete
  9. betul betul betul...leni mcm mcm de

    ReplyDelete
  10. hurmm ada kekecohan kann
    dah lama tinggalkan dunia tgk bola di stadium nie

    seingat ieda zaman belajar sekolah aje , ayah bawa sbb dia pegawai , masuk pintuu speciall ! ;)

    ReplyDelete
  11. kalau tgk kat stadium memang puas.....tapi itulah...tak sesuai utk kanak2 kechik...kalau jadi mcm kes semalam....

    ReplyDelete
  12. Boleh nak bwk tp tlg tgk keadaan. Beli tiket awal, dtg awal n duduk dkt seat yg selamat. Tapi, mmg tak digalakkan lah. Selain keselamatan, bunyi bising pun menganggung gak.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();