Saturday, 23 March 2013

RESEPI TOMYAM PUTIH

Assalamualikum...

Selamat petang semua...
Kat pulau pinang ni agak susah nak jumpa restoran yang masak tomyan putih.
selalu bila pi makan mesti yang sampai tomyam oren,
tak pun merah..ada tu yang kaler coklat.
heheh

jadi bila nak makan tomyam putih kena la masak sendiri..
masa aku kat jb dulu ada satu kedai makan yang aku hari2 pi..
tukang masak dia siap ajar aku masak tomyam putih..
Dulu masa bujang mana pernah masak.hari2 makan kat kedai.
kedai yang sama je sebab menepati selera.

meh aku ajar buat tomyam putih yang mudah tapi sedap..
aku buat tomyam ayam..



bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
2 biji bawang besar
3 batang serai (ketuk2 dia sampai dia bodoh.. heheh)
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili padi
4 biji tomato (potong 4)
4 biji Limau nipis (kurangkan kalau tak suka masam sangt)
3,4 batang saderi (batang dia je)
3 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar (hiris nipis)
garam secukup rasa
5 cawan air

Cara-caranya..

masuk kan ayam dan air dalam periuk dan didih kan..bila dah mendidih masukkan
serai,.tumbuk bawang putih dan cili padi.masuk kan dalam periuk tu sekali.
lepas tu masuk kan bawang besar yang di hiris tebal2.jangan nipis.nanti dia cepat sangt lembik.

macam aku dan keluarga ku kami tak makan serbuk perasa macam ajinomoto bagai tu.
jadi kadang2 aku masuk kan  ubi kentang.kalau tak suka tak payah masuk kan.kalau suka
ok je..potong ubi kentang besar2 ibu jari je lepas tu masuk kan la.
untuk gantikan serbuk perasa je.

bila dah mendidih masuk kan tomato.kacau2 sikit,lepas tu masuk
kan daun limau dan  batang saderi yang
dah dipotong2.batang dia lagi sedap kalau korang potong tebal2 sikit.
bila makan macam makan keropok je..masuk kan garam dan tunggu didih..dah tutup api baru
masuk kan perahan limau nipis.lepas tu masuk kan daun ketumbar yang dah diris.

dah siap makan lah..kalau nak bubuh udang boleh jugak.tapi udang kena bubuh last sekali.kalau tak tomyam korang akan rasa tak syok je.



sekian...

13 comments:

  1. mak saya selalu buat yg putih ni berbanding yg merah.. jadi sy takyah la belajar dah.. biar mak buatkan aje kalau nak.. kekeke

    ReplyDelete
  2. smlm bru member duk mengidam tomyam putih..dapp umm..bleh try nnti neh...uhuhu

    ReplyDelete
  3. mengidam pulak ble dengar tomyam putih ni.thanks kak share resepi.hrp2 ade kerajinan nak try..hee..waa..blog berwajah baru sudah.(:

    ReplyDelete
  4. Dah terbiasa dgn tomyam merah, kalau jumpa tomyam putih, biru atau hijau rasa kurang berselera la pulak....

    ReplyDelete
  5. boleh try nie..mak saya buat tomyam color merah je. http://www.sararose.my/2013/03/stok-shiseido-mask-sudah-sampai.html

    ReplyDelete
  6. wah tomyam putih kegemaran deno nih!^_^

    p/s: akak.. CAPD yang deno buat setiap sesi biasanya dlm 10-15 minit.. kalau total 4 kali sehari tu dalam sejam jugak.. masa buat tu tak sakit, takde kena cucuk .. sebabnya wayar yang deno guna just sambung di tiub tenckhoff yang dah ada di perut.. tiub tu doktor operate dulu tahun 2001 :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. boleh la try..nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  10. Suke tmym putih. Tp sy lagi gile dgn tmym yg ade susu/santan. Hehe...kentang ye? Boleh try la. Selame ni gune carrot je ganti msg.

    ReplyDelete
  11. kalau remy...tomyam poktek ler yg remy suka...... he3

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();