Skip to main content

MIKHAIL:: 6 BULAN

Assalamualaikum...

dahi pun dah ada jerawat..


Selamat pagi semua...
Semalam petang pi klinik untuk cocok Mikhail untuk 6 bulan..
masa nak kena cocok tu dia tidur...
jadi Nurse gerak la dia bangun..
lepas nurse cocok dia sambung tidur balik macam tak de apa2 yang terjadi pun..
memang kuat tidur la dia..sama macam ayah..muahahah

dah 6 bulan pun..
Nurse kata semalam berat dengan tinggi memang cantik..tak gemuk tak kurus....
Bulan akan datang tak tahu la boleh dapat berat cantik gini ke tidak
sebab dah start makan nih...makan banyak pulak tu.
kalau dah habis mengamuk nak lagi..

Awal aku bagi makan bubur nasik..
tepung beras pun aku pernah bagi..
memang dia makan licin..hehhe..

Semalam nurse pun kata bagi makan bubur nasik je..
masak bubur nasik tu masuk kan je sekali sayur2 atau buah2 tu..
pun boleh..tak jadi masalah pun..
tak payah bagi asing2..

Bila dah start makan nih air masak pun aku dah mula bagi.
kan hari tu Remy ada bagi set makanan bayi tu kan??
aku guna cawan tu la untuk bagi dia biasa minum guna cawan..
setakat ni ok la..
habis la tilam basah lenjun dikerjakan Mikhail ni..
air masak tu bukan masuk mulut habis dia buat renjis tilam je..

Sekarang dia masih meniarap lagi..
cuma bila dia nak kedepan  ke belakang ke
mula la dia buat aksi renang berirama dia tu..
bukan boleh  tinggal apa2 barang kat bawah ni dah..semua dia capai..
lepas tu masuk mulut..

Tidur malam Mikhail ..
ya ampun tidur nya kemain lasak..
dah banyak kali aku terjaga tengok2 Mikhail tak de..
rupanya dah lepas nun kat hujung kaki aku..
mujur la tak tidur atas katil..
aih..paling sakit bila tengah dok mimpi indah2..
pap!!rasa penampar kecik kat muka..
siap cekau hidung kita lagi..pedih oi..


sekian...

Comments

  1. kalu mikhail bleh bc entry ni tentu dia tersenyum2

    ReplyDelete
  2. good boy lah mikhail...
    kena cucuk steady je :)
    barulah macho kannnn ....

    ReplyDelete
  3. len ye jg baby boy..hehe~

    lawo template br akak.. :)

    ReplyDelete
  4. comel...rasa nak cium jer...

    ReplyDelete
  5. salam diana..

    makin hensem mikhail.. he..he.. tersenyum2 akak baca style tidur dia..

    ReplyDelete
  6. penampar kecik tu kadang2 pedih jugak sebenarnya.hehehee

    ReplyDelete
  7. alahai baiknya?dah kene cucuk pun leh sambung tido?mengantuk sangat la tu..

    ReplyDelete
  8. baik je muka mikhail ni..ey kalau dekat boleh pinjam sat :)

    ReplyDelete
  9. alahai comelnya dia..gram cbit pp blh..hihi

    ReplyDelete
  10. bagusnya mikhail boleh sambung tidur pulak tu lepas kena cucuk. hehe.. wah, bukan main lasak ye baby boy ni. baby fai nanti mcm mana lah agknye.. hehe..

    ReplyDelete
  11. kena cucuk boleh sambung tido?

    err boleh saya tanya kak..

    yang sambung tido tu.. mikhael ke.. akak?

    kihkihkih guraaauuuu :P

    ReplyDelete
  12. harap mikhail tidak seperti maisarah. kalau tidak kakak borik adik rintik. hihi..

    ReplyDelete
  13. anak laki diana, biasalah tu, tapi anak pompuan kita pun sama lasaknya sama cam abangnya

    ReplyDelete
  14. sekejap je masa berlalu ye.... wah! betul2 anak jantan lah ni... tak nangis pun kena cucuk ye ....

    ReplyDelete
  15. mikhail chomelll sangat nanti besar mesti hensem ni..hehe :D

    ReplyDelete
  16. akk,rara buat bubur epal.hgehehehe.nasib princess suka.hehe.hmm sama mcm princess,dye cakar muka.luka taw.sakit gila.

    ReplyDelete
  17. haha.. nanti dah beso skit bley ajak ayahnya bergusti..

    ReplyDelete
  18. dah beso adik maisara ni... comel!^^

    ReplyDelete
  19. ala tomei nya mikail sekarang........

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …