Tuesday, 26 March 2013

MAISARA:: Hadiah...

Assalamualaikum...
.

hari ni 26/3/2013..
tepat jam 7:46  malam nanti genap la usia Maisara 6 tahun
melihat Dunia yang serba indah bagi Maisara nih..

Walaupun dah ada adik tapi Maisara tetap manja.
Maisara tetap nak kan perhatian lebih dari perhatian untuk adik.heheh

Semalam ayah pun dah daftarkan Maisara untuk Darjah satu..


bila fikir2 balik cepatnya masa berlalu.
Tak terasa pun Maisara dah besar..
aku dok nampk dia tu kecik lagi..

tengok anak orang lain umur 4,5tahun 'dah dibiarkan main sendiri kat luar umah.
sedangkan Maisara ni sampai sekarang nak main kat luar umah
pun mesti ibu atau ayah temankan..
Rasa macam tak sedap hati je biarkan dia tu keluar
umah tanpa perhatian mata kami nih..

Kerap aku cerita pasal maisara dalam blog nih..
Jadi aku agak mesti ramai yang dah tau macam mana
perangai maisara nih sebenarnya..
Bila dah besar ni kurang la cerita2 pasal dia..
maklum la..dah besar..masa kecik2 dulu boleh la citer..kan??

Jadi lepas ni kalau ada citer pasal Maisara
mungkin itu juga citer tentang Mikhail.

dah bagitau kat dia hari ni harijadi dia..
hadiah dari cikgu pun dah dapat..
dapat bekas pensil bentuk singa..

Maisara nih kalau ada orang bagi hadiah memang dia akan
jaga hadiah tu dengan baik sekali..
Sebab tu la sedara mara aku selalu bagi dia hadiah..
bagi teddy bear,bagi sepit rambut,macam2 la
sebab depa tau macam mana di jaga hadiah2 dia tu..
walaupun hadiah nya tu tak seberapa pun..


tadi dia tanya aku..

Maisara: Ibu nak bagi hadiah apa kat maisara??

Ibu:bagi ciuman dan kasih sayang ..

Maisara: tak mau la..maisara nak kebendaan..

ceh!!meterialistik betoi budak nih..

##sebenarnya aku nak belikan dia khemah ni..tapi susahnya nak cari...

 tak bagitau pun kat dia..kalau bagitau dia paksa beli sekarang jugak.
jadi baik jangan cakap apa2 kan..
sekurang2 nya ada masa untuk cari..



sekian..

19 comments:

  1. Klu bc psl maisara, mst sy senyum meleret. Keletah die tu, suke la...

    Playtent princess? Sy buntu mati akal nak cri mende tu kat ne...

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday maisara! Makin chomelll maisara... ^________^

    *kebendaan pun boleh kan, hehe,lawak la maisara ni.. :D

    ReplyDelete
  3. bagus maisara nie..pandai jaga hadiah..nnt insyallah kalau ade rezeki uncle lan bg hadiah..hehehe :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir maisarah...ooo kak kat png ja ke...1 kg la ni..hahaha...khmah tu penh tgk artu kat toys..

    ReplyDelete
  5. Sekolah kat Simpang Ampat...Simpang Ampat tu tempat biasa JR menjelajah dulu masa bekerja di Pejabat Daerah Jawi, sekejap ke Simpang Ampat, Bukit Tambun, Sungai Bakap hingga Nibong Tebal. Nostalgia.....

    ReplyDelete
  6. siap bagitau nak kebendaan tu.. elok la tu, jgn biar dia main sorang2 kat luar. Zaman sekarang zaman yang kita tak tau penjenyah tu ada kat mana & sentiasa ada bahaya di mana2..

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Maisara... Kejap je nak masuk darjah satu kan.. Mesti petah dia kat kelas nanti.. Saya pernah nengok tent ni ada org jual online..

    ReplyDelete
  8. Ohh Simpang Ampat? Seberang Perai Selatan? Tak la jauh dari Parit Buntaq, kampung cheq.

    Moga Maisarah terus menjadi anak yang cemerlang dan menggembirakan orang tua.

    Nanti dia besar dan dah sekulah, soh dia baca blog Mama dia nih. hehehe

    ReplyDelete
  9. happy birthday maisarah.. moga jadi anak yang baik utk ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  10. adui la ayat dia.. hahaha.. mcm baca skrip2 drama plak...

    ReplyDelete
  11. HB maisara..tak lama jd anak dara la :)
    bagus la akak, dia simpan brg2 dgn baik. hdiah org bg masa kecik2 ada lg smpai skrg.

    ReplyDelete
  12. tengok simpang ampat SPS, dekat dgn opis..kat pejabat daerah jawi..sama ngan JR..tapi tak kenai pon dia..hehe

    ReplyDelete
  13. happy birthday buat maisara.... semoga panjang umur , dimurahkan rezeki dan menjadi anak yg soleh ye....

    ReplyDelete
  14. makin kiut anak dara kak diana sorang nih! :)

    ReplyDelete
  15. happy birthday maisara......
    jadi anak yg berguna tau!!!!
    nanti boleh tolong mak ngan abah...juga dik mikail tu....

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();