Skip to main content

MAISARA:: diam

Assalamualaikum...



Selamat petang semua...
jadi pening sekejap..apa benda aku nak tulis nih..
tadi kemain dah bersusun2 nak tulis apa..
sekali layan maisara sembang terus lupa...

Sebab dia sembang benda ciput je tapi lama ..
tu pasal boleh lupa..
selalu aku dengar orang pesan kat aku..

"layan je dia sembang,bagus untuk perkembangan dia.."

aih..korang tak tahu maisara punye mulut cemana...
tak de senyap okey..
kalau tidur baru dia senyap..
kalau korang layan meleret2 citer nye sampai
korang nak berfikir pun tak sempat..

kalau saudara mara kenal sangt dah mulut maisara cemana.
tapi bagi yang pertama kali tengok
mesti akan terkejut.dan sebab tu la
sebelum orang kata yang tak baik
pasal  Maisara aku akan tegur la apa yang patut..

kena ajar jugak bila masa yang sepatutnya dia diam.
kalau asyik bercakap je sampaikan
aku nak berbual dengan orang lain pun tak boleh
takut nanti orang kata keciuk2 dah suka menyampuk orang tua besembang.

Ada masa2 nya aku nak bercakap jugak dengan suami aku..
bercakap benda2 yang serius..yang tak melibatkan anak2..
tapi kalau asyik bercakap disualam dengan suara maisara menyampuk agak geram jugak la..

Lagi satu bila dia bercakap yang merepek2..
sampai bila nak bercakap benda 2 yang merepek??
masuk sekolah rendah nanti
cikgu menyampah pulak bila asyik dia bercakap time igu ngajar.
kat tadika ni pun dah berapa belas kali
cikgu ubah tempat duduk dia sebab banyak sNGT BERCAKAP.

sekarang ni dia suka tanya soalan siap dengan pilihan jawpan..
conrohnya gini..

"ayah nak pi kedai tak??

A)nak pergi
B)tak nak pergi
c)nak pergi sekarang.."

letih oi nak tunggu habis dia  habiskan pilihan jawapan dia tu..
kadang2 pilihan jawapan yang dia bagi panjang2..

sekian..





Comments

  1. hahahahahah yelah kak,mau pengsan kalo nk melayan,adik sy sama mcm maisara,suka sembang,ngan sape sape pon leh sembang.haishhh,xpenat pon.sabo jelah.

    ReplyDelete
  2. hahaha...dapat bayangkan keletah maisara ni..

    ReplyDelete
  3. kehkehkeh...tak letih ke Maisara tuh kak kalau asyik berceloteh jer...hehe

    ReplyDelete
  4. ini maknanya maisara anak yg sangat bijak! kalau ada anugerah utk murid yg paling banyak berkata2... maisaralah pemenangnya. heheh...

    ReplyDelete
  5. yang ni mesti datang dari emak dia..haha.

    ReplyDelete
  6. bagus lah dia tak berat mulut kan :)

    ReplyDelete
  7. Adoi..lawakla. Siap pilihan jwpn tu..

    Teringat dulu2 masa sekolah rendah, saya pun kena tukar tmpt duduk sbb asik sembang je. Dari duduk blkg dgn kwn prmpuan, terus kena dok depan sekali dgn kwn lelaki.

    ReplyDelete
  8. hahaaa..budak2 mmg mcm ni..shida kalo tgk tv suka dgn org dewasa..duk skali dgn ank buah mmmg shida jd hanginn..

    ReplyDelete
  9. nak try jugaklah bercakap dgn maisara ni, konpem die rasa menyampah nak bercakap byk lg lepas tu.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Anak koi pulak kan...dia sgt suka bersembang dgn ayahnya...kalau ayahnya tanya mama satu soalan je pun dia dah boleh jeles.."ayah ni...asik cakap dgn mama je, cakapla dgn abang pulak'..

    ReplyDelete
  11. Ahakz....ahakz....maso kocik2 dulu kalau banyak ckp sket dopan org2 tua...siap aaa....ahakz....zaman dah berubah....

    ReplyDelete
  12. Eheehhe, lawak laa maisara neh :D siap bagi pilihan jawapan lg kan..hihi..walaupun xde anak lg, tp cukuplah dgn melayan karenah2 anak sedara sye neh, mmg mulut potpet2, time tidow baru laa aman sikit..hihihi...tp kdg2 syiokkk kan layan telatah diorg neh.. :D

    ReplyDelete
  13. betul jugak kak diana cakap tu.. dari awal la kita kena ajar apa yg boleh & tak.. kan?? memang bila dia bercakap dia akan berfikir.. blh bayang tahap talkactive si maisarah ni sebab dulu anak buah saya ada juga yg suka bercakap tp makin besar dia jadi makin krg cakap kalau dengan org luar..

    ReplyDelete
  14. besar esok dia jadi seorang yang talkative ni... hehehe bgus2, dia ada keyakinan.. hehehe

    ReplyDelete
  15. alahai maisara.. kalau bc entri pasal maisara dneo boleh sesorang.. hihi... anak buah deno, amir amsyar rasanya mcm maisara kot.. suka bercakap.. susah dia nak diam... hihi^^

    ReplyDelete
  16. jenuh nak melayan kak.......tapi besok lusa bila dia tak ada perasaan malu...mesti dia kurangkan bercakap tu.....

    ReplyDelete
  17. sama mcm my ayu..mulut pot pet jer...jenuh juga lah kita dengar org duk cakap2 anak kita..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …