Saturday, 30 March 2013

12 PERKARA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG KUCING

Assalamualaikum....

adakah anda tahu................................



Membunuh kucing di Mesir purba adalah hukuman mati.


Apabila dalam tergesa-gesa, kucing boleh bangun dengan  kelajuan sehingga ke 50kmph.


Telinga kucing boleh dipusingkan 180 darjah.


Suhu badan yang normal bagi kucing adalah 38,6 C.


Ailurophobia adalah takut (fobia) kucing. Julius Caesar dan Napoleon telah mengalami fobia ini dan benar-benar takut dengan  kehadiran kucing.



Semua kucing dilahirkan dengan mata biru.




Kedua-dua manusia dan kucing mempunyai kawasan yang sama di dalam otak yang bertanggungjawab untuk emosi.



Kucing adalah haiwan domestik yang berjalan secara terus pada kuku mereka.


Air kencing kucing bercahaya di bawah lampu UV.






 Walaupun menyelinap, melompat atau berlari, kucing menggunakan lebih daripada 500 otot.


Kucing tidak pernah berpeluh kerana mereka tidak mempunyai kelenjar peluh.




Kucing tidur sehari purata 16 jam sehari .



sekian...

FERDINAND DI KECAM PEMINAT DENGAN LAGU PERKAUMAN





Rio Ferdinand telah mendakwa terkejut dengan  peminat England yang menyanyikan lagu perkauman mengenai beliau.

Badan Anti Perkauman FARE  melaporkan kejadian itu kepada FIFA  Jumaat lepas

Ia mendakwa beberapa penyokong yang menyanyi dengan mencadangkan Ferdinand dan saudara-saudaranya perlu dibakar di atas unggun api.

Walau bagaimanapun, FA menegaskan mereka masih belum nampak sebarang bukti bahawa kejadian itu berlaku.

Ferdinand telah dicerca oleh peminat selepas menarik diri daripada skuad England kerana ia tidak sesuai dengan program latihan.

Beliau kemudiannya mengembara ke Qatar untuk menjadi cendekiawan TV pada kemenangan 8-0.
Ferdinand, 34 dilaman twitter nya menulis:

You expect+accept banter from fans on the terraces as its part of what makes the game great,but racism is not banter,& from ya own fans. WOW.



THESUN_

Friday, 29 March 2013

8 PERKARA SUAMI JANGAN BUAT DAN PERLU BUAT BILA ISTERI NAK BERSALIN.

Assalamualaikum..
..





ada yang sedang tunggu kelahiran anak pertama??kedua ??
ayah nya pulak mesti terfikir...
"apa la aku nak buat kalau tetiba je bini aku nak besalin nanti..?
ha..jangan risau..meh baca ni ye...
aku nak bagi tau kat lelaki kat luar nun
apa korang perlu buat dan tak perlu buat
bila tengah gelabah bini nk besalin...

1)korang kena tahu kat mana beg
yang bini nak bawak ke hospital tu...
sebaiknya beg nak bawak kehospital,
yang ada baju,tuala baby tu dah siap sebulan sebelum
tarikh jangka besalin..nak lagi mudah tinggal je beg tu kat dalam kereta..
nanti tak payah susah2 dah..

2)tengah2 keadaan yang huru hara tu :p
korang kena fokus pada isteri sahaja..
jangan time tu nak makan nasik kejap la..
nak pi berak sekejap..jangan ye...
itu bikin isteri cekik2 korang..

3)jangan kerap sangt tanya bini..
"sakit ke sayang?"
5 minit sekali dok tanya...
memang korang nak kena kunyah la nampaknya...
tak payah tanya kerap2..nak besalin memang sakit.

4)jangan tanya bini pasal makan time tu..
"nak makan apa2 tak?tomyan nak?
sup cendawan nak tak?"
time sakit2 tu bini tak ingat pasal makan pun..

5)jangan paksa bini untuk bercakap banyak..
kalau korang nak bercakap pun
cakap la benda2 yang menenang kan dia..
pujuk dia besabar,ajak dia mengucap
dan mengingati Allah.
beri kata2 semangat untuk isteri

6)jangan menangis sama dengan
bini yang sedang merintih2 sakit pinggang tu..
bini menangis dia pun menangis,..
patutnya dia kena tunjuk dia kuat.
kalau rasa nak menangis,
menangis dalam hati atau kat belakang bini..

7)jangan ada emosi lain yang ganggu korang ..
masa ni korang tak boleh nak naik angin ke apa..
tengok bini menangis,boleh pulak marah bini..
"tok sah dok menangis la..besalin ja..
macam la ni pertama kali hang beranak.."
bukan saja bini,orang lain pun korang tak boleh marah..
kena kawal emosi ok..

8)jangan gelabah...
pandu ke hospital dengan tenang..
jangan sebab nak cepat,
lepas bini habis pantang 5 surat saman
sampai kat umah...hambik kau!

sekian....

8 HAIWAN YANG LAHIR DENGAN 2 KEPALA





















sekian...

WAJAH KITA 20 TAHUN LAGI JIKA TIDAK BERHENTI MEROKOK

Assalamualaikum...

Tadi kan aku ada cakap pasal wajah akan nampak tua bila kita merokok..kan??
zaman sekarang ni perempuan pun ramai yang merokok..
zaman dulu pujn ada tapi tak la ramai..

zaman sekarang ni adik2 sekolah pun nak hisap rokok..'aih...
kesian mak ayah...



Tadi aku ada jumpa satu aplikasi untuk android ni..
nama aplikasi tu smoking time machine.

Melalui aplikasi tu
kita boleh tengok gambar kita 20 tahun
akan datang bila kita tak berhenti merokok.

Korang cuba la install.
lepas tu kalau ada kekasih ke,suami ke,ayah ke,kakak, ke
kawan2 ke,abang ke yang merokok ambik gambar depa
lepas tu tunjuk..
bagi depa insaf sikit..

hehehhe


sekian..



INI TANDA ANDA TUA SEBELUM WAKTUNYA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..
belek2 muka kat cermin ni,terbayang2 angka 33 kat dahi..
dah tua ke aku ni??geleng2 kepala..
tak la..muka aku comel pe..
lepas tu tetiba meloya nak termuntah..
ye la..ayat sedapkan diri sendiri,..
tekak sendiri la yang nak rasa muntah..muahahahh



Ada jugak orang yang umur 20 an tapi
tengok muka,kulit body macam umur 30.
macam dah beranak sorang..betul tak??

Nak tau apa tanda korang lebih tua dari umur??
memula tengok bibir..kalau kering,pucat,mengelupas,
ha tu maknanya tak muda la..
tu bibir orang tua..orang tua pun mulut masih lembab
sebab jaga tau..kerap pakai lips balm bagai..
lipstik pun tak mau yang cikai2 ni..
jadi adik2 sila jaga bibir anda ye..:)

Yang kedua mata merah..
macam tak cukup tidur je..penting tau cukup tidur ni..
tengok macam mata aku..bersinar menerangi gelap malam..muahahah..
entry ni aku yang tulis jadi aku kena la
tunjukkan diri sendiri sebagai contoh..paham??haahha

Yang ke 3 kulit pucat dan kering...
tengok kaki,siku,lutut,tapak tangan.
kalau kesat je rajin2 la sapu losyen..
kalau dah kematu,losyen pun tak jalan,
guna minyak johnson tu...tiap2 hari gosok..
kering2 je sapu..kering je sapu..ok la nanti kulit tu..
malu tau bila mak mertua nak sarung cincin nanti
tengok kulit tangan kasaq...kering ja..
zaman la ni,orang rajin buat kerja dapur pun kulit lembut tau.
sebab kita jaga baik2..baru cik abang sayang dah kawen nanti..
eceh..!!

yang ke 4 Hilangnya deria bau
bau cicak mati pun korang tak boleh bau..
cicak tu mati betul2 bawah katil.
boleh tidur mimpi indah2 pulak tu..
tu belum bau badan sendiri lagi..
entah2 bau badan sendiri pun tak sedara ada bau ke tidak..
kalau ada bau biarlah bau yang sedap2 je..hehhe
satu lagi kalau hilang deria bau ni petanda sakit parkinson..hati2 tau..

dan yang last sekali berjalan bongkok..
"saya kurus sebab tu bongkok"
kalau gitu mulai hari ni ubah le..jangan jalan bongkok lagi..
dah la bongkok kengkang pulak..
ubah..ubah..lain la kalau itu memang kecacatan kekal..
tak boleh buat apa la..kan??
yang boleh ubah sila ubah..

**salah satu punca kita nampak tua sebelum waktu nya ialah merokok

sekian..

ENTAH APA2 JE ENTRY HARI NI.

Assalamualaikum...

Selamat pagi ...
mimggu ni semua entry aku pageview tak sampai 50.
ada satu je entry yang dapat pageview 90.
menyedihkan betul..
tak pe la..nak buat cemana kan??
dah ada benda lain yang lebih penting yang patut diutamakan..

Masa aku mula buat blog dulu umur Maisara dah 2 tahun.
tak de masalah nak tulis blog dan blogwalking masa tu..
jadi nampak gayanya nak ligat berblog macam dulu kena tunggu 
2 tahun lagi la nampaknya..hahahah..

Buat masa ni menulis bila lapang je.
suami aku pun cakap
"dah tahu cemana caranya ,nanti tak dak masalah bila nak bermula semula.."
betul jugak..kan??

Bukan tak de blogwalking langsung sekarang ni..
ada jugak..cuma sekejap2 je la..
tak semua blog aku pergi..
sebenarnya sangt teringin la nak blogging macam dulu..
rindu sangt.tapi tak boleh la..

Tambah sekarang aku
dah tolak setengah jam dari 24 jam tu untuk bersenam..
nak cantik kan..nak kurus
kena lah bersenam..
nak harap tahan lapar je tak larat la..
dah la aku ni kuat makan..
cemana pun kena bersenam jugak.

tekak aku sekarang ni teringin sangt nak makan puding koktail.
dah la panas sekarang ni kan..
tempat aku ni pulak bukan ada jual benda2 gitu..
ais kacang pun tak de jual..pelik kan??
kalau la terdaya memang aku buka dah kedai jual ais kacang...
lepas tu jual tapai dan puding..
aku jual semua makanan yang aku suka la..
hahahah...

dah la..merepak2 dah entry nih..

sekian..


Thursday, 28 March 2013

KERJA..KERJA..KERJA..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Musim orang pi bercuti nih...
ramai betul la blogger pi bercuti..rasa jeles pulak..

Teringin lak rasa nak bercuti..pi vietnam ke..pi bandung ke..kan??
tapi bukan nya ada duit pun..hahahah..

Jangan kan duit,masa pun tak de.
waktu kerja laki aku tu bukan nya sama macam orang lain..
orang lain habis kerja jam 5,6 petang,
suami aku pulak selagi tak gelap selagi tu la tak nampak batang hidung.
seminggu 7 hari kerja.
Tapi syukur la hari2 masih boleh balik umah
makan sekali,berbual,bercerita dengan anak-anak..
sebabnya tempat kerja suami aku dekat je dengan umah..hehe..
2,3 minit je dah sampai umah ..

Suami aku kata ada kawan2 dia yang
berulang alik dari kulim ke tempat kerja ..
jauh tu kulim dengan simpang Ampat nih..

katanya kawan dia tu keluar dari umah ke tempat kerja jam 6 pagi..
sampai tempat kerja dalam jam 7 lebih..
cer bayangkan kalau waktu balik pulak..
habis kerja jam 8 atau 9 malam..sampai umah dah dekat jam 10 mlam..
balik2 tengok2 anak2 dah tidur..

alahai..tak sempat nak manja2 dengan anak2 kan??
Tapi nak buat cemana dah tu tugas dia,cari rezeki..
nasib baik la tempat kerja suami aku tu
boleh ambik cuti sebulan 2 kali.

dulu kerja kat sini..tiger Balm..


teringat masa kerja kilang kat Jb dulu..
pi kerja jam 6:30 pagi...
sampai umah dah jam 8:30 mlam..
mujur la boipren jauh..boipren dok pulau pinang..
jadi tak de la keluar deting ke apa..
balik kerja,buat apa yang patut..lepas tu tidur..
esok pi kerja balik..ahad je cuti..
tu pun rasa macam nak giler dah..rasa macam ..
aih..lambat nya Abang Lan nak ajak kawen nih..

muahahhah...
sebenarnyat tadi nak citer pasal benda lain la...


sekian...

FILEM THE CROODS KELAKAR HINGGA PENONTON TERPAKSA DIHALAU KELUAR


Assalamualaikum...



Seorang kanak-kanak dihalau keluar dari panggung wayang apabila dia dikatakan ketawa terlalu kuat ketika menonton Filem The Croods.

Kanak-kanak tersebut Sienna Brown yang berusia 7 tahun mempunyai sindrom Down.Staf Cineworld mengatakan Kanak-kanak tersebut telah melanggar policy ketika menonton filem The Croods.



Menurut Ema 28,ibu kepada Sienna, Seorang staf dengan kasar meminta kami untuk beredar,Rupa-rupanya Kerana Siena Ketawa terlalu kuat.Sienna mengalami sindrom down dan dia tidak tahu ketawa secara senyap-senyap.saya berasa meluat dan kecewa dengan staf tersebut.

Pihak Cineworld memohon Maaf tetapi berkata ada penonton lain yang mengadu.Ema danSienna di tawarkan Tiket untuk tayangan seterusnya.seorang jurucakap berkata mereka menemui Ema untuk membincangkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

***eceh..gelabah la dah tu..kalau staf tu tak kurang ajar mungkin masalah tak jadi besar..kan??

sekian..


Wednesday, 27 March 2013

KIM KARDASHIAN DENGAN PENAMPILAN YANG BURUK

Assalamualaikum...

Selalaunya orang perempuan nih bila mengandung 
nampak cantik je..kan??muka berseri2..
tapi jangan la pulak bila muka cantik,wajah berseri2,
pakai apa pun nampak cantik..
Kena lah berhati2 jugak bila nak mengenakan satu2 fesyen tu..
takut jadi macam Kim Kardashian ni..
nampak pelik dan hodoh sangt..









kesian baby kat dalam perut tu..
asyik tersepit je sebab Maknya suka pakai ketat2..
Rasanya dia ni lepas bersiap mesti lupa nak bercermin.

sekian..

MAISARA::Encik MooMoo

Assalamualaikum....

Cer teka Maisara buat apa nih???



jom tengok apa sebenarnya yang dia nak buiat..

 

 Hahah..nak buat persembahan la...
Terima kasih untuk Abang Uncle Remy..
sebab bagi hadiah harihadi untuk Maisara ..
Tak paham aku kenapa kena jugak panggil abng tu padahal dah
panggil Uncle..

Encik Moomoo ni sebenarnya nama betoi nya Heidi..
tapi katanya "kita kan orang melayu.."
makanya dapat la nama encik Moomoo..

sejak semalam lagi tak lepas Encik Moomoo ni..

Maisara:lambatnya nak sekolah..

Ibu:kenapa bosan dah dok umah..baca buku tak la bosan..

Maisara: bukan bosan..maisara cuma tak sabar nak menunujk-nunjuk hadiah
yang Maisara dapat nih..

Tu dia...
jujur tak anak aku??hahahah



sekian...

MIKHAIL:: 6 BULAN

Assalamualaikum...

dahi pun dah ada jerawat..


Selamat pagi semua...
Semalam petang pi klinik untuk cocok Mikhail untuk 6 bulan..
masa nak kena cocok tu dia tidur...
jadi Nurse gerak la dia bangun..
lepas nurse cocok dia sambung tidur balik macam tak de apa2 yang terjadi pun..
memang kuat tidur la dia..sama macam ayah..muahahah

dah 6 bulan pun..
Nurse kata semalam berat dengan tinggi memang cantik..tak gemuk tak kurus....
Bulan akan datang tak tahu la boleh dapat berat cantik gini ke tidak
sebab dah start makan nih...makan banyak pulak tu.
kalau dah habis mengamuk nak lagi..

Awal aku bagi makan bubur nasik..
tepung beras pun aku pernah bagi..
memang dia makan licin..hehhe..

Semalam nurse pun kata bagi makan bubur nasik je..
masak bubur nasik tu masuk kan je sekali sayur2 atau buah2 tu..
pun boleh..tak jadi masalah pun..
tak payah bagi asing2..

Bila dah start makan nih air masak pun aku dah mula bagi.
kan hari tu Remy ada bagi set makanan bayi tu kan??
aku guna cawan tu la untuk bagi dia biasa minum guna cawan..
setakat ni ok la..
habis la tilam basah lenjun dikerjakan Mikhail ni..
air masak tu bukan masuk mulut habis dia buat renjis tilam je..

Sekarang dia masih meniarap lagi..
cuma bila dia nak kedepan  ke belakang ke
mula la dia buat aksi renang berirama dia tu..
bukan boleh  tinggal apa2 barang kat bawah ni dah..semua dia capai..
lepas tu masuk mulut..

Tidur malam Mikhail ..
ya ampun tidur nya kemain lasak..
dah banyak kali aku terjaga tengok2 Mikhail tak de..
rupanya dah lepas nun kat hujung kaki aku..
mujur la tak tidur atas katil..
aih..paling sakit bila tengah dok mimpi indah2..
pap!!rasa penampar kecik kat muka..
siap cekau hidung kita lagi..pedih oi..


sekian...

Tuesday, 26 March 2013

MAISARA:: Hadiah...

Assalamualaikum...
.

hari ni 26/3/2013..
tepat jam 7:46  malam nanti genap la usia Maisara 6 tahun
melihat Dunia yang serba indah bagi Maisara nih..

Walaupun dah ada adik tapi Maisara tetap manja.
Maisara tetap nak kan perhatian lebih dari perhatian untuk adik.heheh

Semalam ayah pun dah daftarkan Maisara untuk Darjah satu..


bila fikir2 balik cepatnya masa berlalu.
Tak terasa pun Maisara dah besar..
aku dok nampk dia tu kecik lagi..

tengok anak orang lain umur 4,5tahun 'dah dibiarkan main sendiri kat luar umah.
sedangkan Maisara ni sampai sekarang nak main kat luar umah
pun mesti ibu atau ayah temankan..
Rasa macam tak sedap hati je biarkan dia tu keluar
umah tanpa perhatian mata kami nih..

Kerap aku cerita pasal maisara dalam blog nih..
Jadi aku agak mesti ramai yang dah tau macam mana
perangai maisara nih sebenarnya..
Bila dah besar ni kurang la cerita2 pasal dia..
maklum la..dah besar..masa kecik2 dulu boleh la citer..kan??

Jadi lepas ni kalau ada citer pasal Maisara
mungkin itu juga citer tentang Mikhail.

dah bagitau kat dia hari ni harijadi dia..
hadiah dari cikgu pun dah dapat..
dapat bekas pensil bentuk singa..

Maisara nih kalau ada orang bagi hadiah memang dia akan
jaga hadiah tu dengan baik sekali..
Sebab tu la sedara mara aku selalu bagi dia hadiah..
bagi teddy bear,bagi sepit rambut,macam2 la
sebab depa tau macam mana di jaga hadiah2 dia tu..
walaupun hadiah nya tu tak seberapa pun..


tadi dia tanya aku..

Maisara: Ibu nak bagi hadiah apa kat maisara??

Ibu:bagi ciuman dan kasih sayang ..

Maisara: tak mau la..maisara nak kebendaan..

ceh!!meterialistik betoi budak nih..

##sebenarnya aku nak belikan dia khemah ni..tapi susahnya nak cari...

 tak bagitau pun kat dia..kalau bagitau dia paksa beli sekarang jugak.
jadi baik jangan cakap apa2 kan..
sekurang2 nya ada masa untuk cari..



sekian..

INI CARANYA MEMBERI AMARAN BAHAWA DIA MILIK ANDA

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Suami korang ensem tak??mesti la ensem kan???
bila dah ensem,keluar jalan2 mesti ada gadis2 yang pandang..
ye tak??heeehe..
masa tu rasa nak je jerit kuat..
"oi...ni laki aku...pi cari laki lain la kalau nak belaki sangt.."
tapi jerit dalam hati je la..kan??
jerit betul2 kang orang kata meroyan pulak..hahaha...

Bayang kan bila korang pi majlis apa2 ke..
masa tu korang berdiri sebelah suami atau pasangan korang..
untuk menunjuk kan yang
lelaki tu milik korang dan tak boleh di kongsi2
apa kata korang tiru je aksi Anggelina jolie dan Katie Holmes nih..




Tangan menyentuh perut atau bahagian dada lelaki..
ini sebagai gambaran atau amaran
bahawa jangan sesekali mendekati
kepada setiap pesaing atau yang mungkin tertarik dengan suami korang...

Tapi jangan la sepanjang masa letak tangan kat perut dia tu..
kang orang kata korang macam belangkas sakit pulak..
pandai2 sebdiri la..kan??heheh.


sekian...

Monday, 25 March 2013

GAMBAR TERBARU ADELE SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum...

Dulu dia tak la gemuk sangt..
dulu dia berisi tapi tak gemuk...
tapi sekarang ni..
erm..jom kita tengok wajah terbaru Adele
selepas melahirkan bayi sulung nya hasil perkongsian hidup bersama simon konecki.
dia melahirkan bayi nya pada bulan oktober tahun lepas.









susah tau nak turunkan berat badan nih..
lagi2 bila badan memang berisi time belum beranak.
bila dah beranak..ha!!ambik kau..
mau semput nafas nak buang lemak2 tu..
heheeh

sekian...


TATU BARU DAVID BECKHAM


DAVID BEKHAM membuat ramai  peminatnya berasa teruja dengan Tatu baru di badan nya.
Bekas bintang England, 37, mengangkat kemejanya untuk menunjukkan kepada pelajar2 ketika mengadakan ceramah di Universiti  Peking.

Tatu tersebut bermaksud : "Hidup dan mati ditentukan oleh takdir, pangkat dan kekayaan ditetapkan oleh Syurga."

Becks, yang dalam lawatan lima hari China sebagai duta untuk bola sepak kanak-kanak , sudah mempunyai tatu untukl  empat anaknya dan isterinya  Victoria.



sekian...

GAMBAR KEHIDUPAN SELEPAS KANAK-KANAK 8 TAHUN BERKAHWIN DENGAN WANITA 61 TAHUN

Ingat tak lagi  berita tentang seorang kanak-kanak ,Senele,yang berkahwin dengan seorang  wanita,Helen Shabangu yang berusia 61 tahun??Masa mula2 aku baca berita tentang tu terfikir jugak aku cemana la dia menjalani ikehidupan berumahtangga dengan wanita tu kan??jom tengok gambar2 dia selepas bergelar suami..

makan bersama..
Macam tengah makan dengan nenek nya aje..heheh

lelaki yang baju biru tu adalah suami pertama wanita berusia 61 tahun tu.,.

Sipa boleh bergambar dengan bekas suami kepada isterinya lagi..kan??tak cemburu ke??ekekekek


Wanita di sebelah ni adalah nenek kepada Senele..


Masih keluar bermain bersama rakan2 sebaya..




Pasangan romantik..hahah..



Ini semasa majlis perkahwinan mereka..


Pengantin lelaki menuju kerumah pengantin perempuan untuk dikahwin kan..

ciuman tu perlu ke?alahai...

Sebenarnya pasangan ni tak tinggal bersama pun..
cuma ada hari2 tertentu saja kedua2 keluarga akan bertemu
dan makan2..
perkahwinan tu tak melibatkan hubungan batin..hehehe..

Cuma mereka mengadakan upacara perkahwinan tu
hanya untuk menunaikan wasiat nenek moyang mereka.
Kanak-kanak tu tetap kena pi sekolah dan
melakukan aktiviti seperti kanak-kanak yang lain..

sekian..