Thursday, 28 February 2013

JANGAN UCAPKAN KATA-KATA INI DIDEPAN MEREKA YANG TAK ADA ANAK

Assalamualaikuum..

Selamat tengahari...
semua orang nak anak..kucing aku kat kampung nun pun nak anak..tapi dia tak boleh beranak.bila ada kucing lain beranak dia la dok jaga anak kawan tu..dia kawal pi mari pi mari macam kawal anak dia.tu kucing..apatah lagi kita ni..manusia..kan??

gambar lama..masa ni tak de adik lg.main dengan dinding je!


Tapi kan sedar tak kita bila kita berhadapan dengan kawan2 yang tak de anak,ada ayat2 dari mulut kita ni yang tak sepatutnya keluar..dulu masa lepas kawen setahun lebih dok tunggu Maisara.smpai menangis sorang2 la dalam bilik air sebab sebak mengenangkan soalan orang pada kita.tu setahun tu.kalau bertahun2 aku mengamuk dah..heheheeh

Antara ayat atau soalan yang kita tak patut cakap dengan diorang ni:

-jadi.bila korang nak ada anak??
ni soalan popular la pada orang yang belum ada anak.tak payah la tanya soalan ni ye.,tengok je la perut dia buncit ka dak.kalau buncit silakan tanya bila tarikh besalin.tengok rata ja tak payah tanya.diam saja,.lain la kalau dia mengandung nak pinjam perut kita..kan?lagi2 kalau depan orang ramai.jangan tanya.

-best tau ada anak nih...rasa sempurna ja.
ni satu lagi..saja nak bagi dia sakit hati..kan?/saja nak bagi orang cemburu.bila orang tu sakit hati kita seronok ka??dapat apa??bila kita cakap macam ni sama macam kita anggap kawan kita tu tak sempurna.kecik la hati dia.tak dak anak pun boleh hidup sempurna.tak pernah pulak aku tengok orang tak de anak tetaiba jadi kura2 atau semut..pernah tengok ka??

-untung la..boleh enjoy,shoping sana sini..
ye betul la tu..bila ada anak kita tak boleh la nak ligat macam kita tak dak anak.tapi bila kita cakap macam ni,serupa la macam kita anggap depa ni jenis yang enjoy berjoli memanjang,shopinng memanjang,bersenang lenang memanjang,tak de memikir pun.setiap orang ada tanggungjawab la.mana tau kalau2 kawan kita tu bukan jenis kaki shopping atau berhibur.kita lak tuduh dia gitu..mesti dia tak suka tau..

-sorry la ye..awak mesti malas nak ada anak bila tengok perangai anak saya ni..kan??
jangan la cakap gitu..macam la kawan kita tu tak pernah langsung berdepan dengan manusia kecil yang namanya bayi atau kanak-kanak.biasa la budak2 lasak,ligat kat depan orang.

-awak bukan paham pun...
Ramai  jugak yang tak berapa suka cerita pasal anak kat depan kawan2 yang tak de anak.alasan nya kawan tu bukan paham pun kalau cerita.."alah..hang bukan paham pun..tak payah cerita la.."..bagi sesetengah wanita dengar cerita pasal anak2 kawan baik dia pun dia dah cukup gembira.sama la macam masa sama2 bujang dulu kita dok cerita pasal bergaduh dengan kekasih..kan??

eh!terpanjang pulak entry ni..tak pe la..sekali sekala aku membebel..heheh

sekian..

35 comments:

  1. baca entri ni terasa sy.. dah bertahun takde anak lg.. moga dipermudahkan.. :(

    ReplyDelete
  2. betul tu..kalau boleh elak kan semua nie..semua nya boleh di elak..elak elak..hehe


    bila nak anak sendiri nie ye...

    ReplyDelete
  3. Mcm myra tak kisah kalau kawan2 atau sesipa yg tak berapa dikenali bercakap/bertanya soal anak ni..


    Tapi sebaliknya hati ni akan mudah tersentuh apabila ada ahli keluarga, sedara mara ka atau yg berhubung rapat dengan kita ni mempersoal tentang kehadiran anak.. Memang cukup sensitip :)

    ReplyDelete
  4. betul tu kak,sy pon mmg jaga2 sgt.takut terasa.

    ReplyDelete
  5. uhuk2..nak nangis baca. mmg sensitip. malas blk kampung sebab benda2 gini. pada pandangan akak, nak smash balik org yg ckp camni camne? ikut hati mmg sound direct je blk. tapi yg tanya tu org tua. sindir sikit pun org keliling dah jeling kata kurang ajar.

    ReplyDelete
  6. Yup, betul.
    Paling nyampah bila dikata..mesti byk duit, takde anak..boleh la enjoy.

    Dia tak tau duit kita dah beribu abis utk rwtn. Takkan nak heboh.

    ReplyDelete
  7. kan..saya pun tak sampai ati nak tanya soalan begitu rupa pada orang yang takde anak. Sekarang ni saya berjiran dengan kawan yang takde anak lagi tapi kita takdelah nak tanya soalan begitu rupa, kenalah jaga hati kan..

    ReplyDelete
  8. betul tu.. hormat perasaan org

    ReplyDelete
  9. betul jugak apa yang akak cakap tu..kebiasaanya kalau bab2 macam nie perempuan akan lebih sensitif skit dari lelaki..tapi sebenarnya ade gak lelaki touching bile soalan2 macam nie diutarakan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. tengkiu kak diana...mmg kena hati2 bila bcakap..

    ReplyDelete
  11. Sangat setuju. Lebih baik diam dari berkata kata tapi menyinggung hati orang lain.

    ReplyDelete
  12. bagus entry ni. bagi pesanan kat org lain kan. kdg2 org yg ada anak or cepat dapat anak ni tak sensitif dgn org yg tak ada anak.

    ReplyDelete
  13. belum ada rezeki tu..adik SA pun lom ada anak..dah setahun kahwin..

    ReplyDelete
  14. saya ni kalau secara live sekarang memang jarang nak berbual dgn org sbb dok dlm umah jer.. jd blm berkesempatan termelakukan perkara demikian.. tp kalau blk kg tu.. dulu sblm muncul lala memang soalan2 pasal anak tu kerap org tnya tp yelah jenis hati dinding ni tak berapa ada perasaan tacing.. hahaha. mcm tu jugak sblm kawen, kdg2 meluat org tnya pasal kawen.

    ReplyDelete
  15. walaupun dah ada anak tapi sorang jer, kekadang terkecik hati dengan kawan2 yang sesajer cakap kat anak, "kesian dia sorang jer, mak n ayah ni tak pandai2 buat adik kan" dan ayat yang seangakatan dengannya... nak wat camana... just enjoy ur life the fullest

    ReplyDelete
  16. jangan tanya padaku.....setakat ni belum sampai menangis nangis lagi...huhu...soklan positif je

    ReplyDelete
  17. biasalah bnde tu mesti akn ditanya..tapi klo ayat kurg ajr agk melampau la

    ReplyDelete
  18. mmg sentap yang last tu kak

    even lom kwen n ade ank

    sentap bak hanggg

    ReplyDelete
  19. tu yang saya takut tu. sy da 8 bulan pretnen, adik sy y baru kawen bln 12 pn baru dpt tau dia pretnen. masalahnye kakak sy y da 3 thun kawen belum ada rezeki lagi. so semua org y sangat berhati2 bile depan dia. mak sy nk tnjk seronok dpt cucu pn tak berani. huhu.

    ReplyDelete
  20. sebenarnya soalan camni memang touching habis la. Tp kalau yang belum kawin mcm saya ni. Depa dok tanya bila nak kawin. Nanti kalau dah kawin. Agaknya bila nak dapat anak. Lepastu bila anak nak masuk uni. Hurm.. Kdang kadang soalan macamtu org tanya tak kena gaya :(

    ReplyDelete
  21. Uih,b'guna ni post ni.Yelah,mana taknya,org Melayu kita ni kalau yg jenis mulut takada insurans,tak fikir org keliling dah...

    Nak cuba utk tak keluarkan ayat2 mcm kat atas daripada mulut...insyaAllah...

    ReplyDelete
  22. Saya dulu lepas kawin 3 tahun baru dpt anak. Lepas dpt seorang berderet2 pula Allah beri (brek putus!!)

    Soalan yg paling kerap ditanya: "La ni anak dah berapa?" (soalan dari mereka yg tak tau cerita kita belum ada nak).

    Satu lagi: "Bila lagi ni???"

    Bila anak dah berduyun2 lahir setiap tahun hingga dpt 6 org, tanya pula: "Suburnya, makan ubat apa?"

    Tak habis2 bertanya kan?

    ReplyDelete
  23. Saya dulu lepas kawin 3 tahun baru dpt anak. Lepas dpt seorang berderet2 pula Allah beri (brek putus!!)

    Soalan yg paling kerap ditanya: "La ni anak dah berapa?" (soalan dari mereka yg tak tau cerita kita belum ada anak).

    Satu lagi: "Bila lagi ni???"

    Bila anak dah berduyun2 lahir setiap tahun hingga dpt 6 org, tanya pula: "Suburnya, makan ubat apa?"

    Tak habis2 bertanya kan?

    ReplyDelete
  24. setuju!!ena pernah merasai... ena ni tak ada anak lgi.. berlaku mengenai perkara yang lain tapi situasi yng sama.. sentap tau

    ReplyDelete
  25. salam diana...

    perlu berhati hati utk melahirkan kata2 ye...kena fikir akibatnya kepada emosi orang lain...

    ReplyDelete
  26. tu hang dah kata dah dalam entry ni..ni tengah duk sentap..ekekek :D

    ReplyDelete
  27. bila bercakap kita kena lebih sensitif dan jangan main lepas cakap je kan...

    ReplyDelete
  28. Saya pun suka conteng dinding masa kecik-kecik dulu hehhe

    ReplyDelete
  29. paling sentap bila orang buat spekulasi... "Planning eh? Tak nak ada anak dulu?" Adoi.. stress jer dengar.. padahal dia tak tau punya la kita berusaha nak dapatkan anak.. hmmm.. sabo jer la... :)

    ReplyDelete
  30. Betul-betul. Setuju tu diana. Ayat yang 'ko tunggu la ko ada anak nanti, baru ko faham'. Ayat tu bagi saya sangat takbur. Macam la pengalaman hidup ko je yang paling lengkap. Puih.

    ReplyDelete
  31. sekali sekala dgr akak membebel...ok apa..... bukan bebelan...tapi nasihat.....

    ReplyDelete
  32. tu la...kdg2 org yg jenis cakap tak bertapis ni mmg tak fikirkan langsung pasal ni...huhu~

    ReplyDelete
  33. rezeki masing2 kan kak..ermm..allah maha mgetahui..kpe dia bt umat dia bbeza2 :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();